Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

31 Oct 2021

Banci Malaysia 2020 Ditutup Secara Rasmi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

31 Oktober 2021 (Ahad) - Banci Malaysia 2020 akhirnya ditutup secara rasminya hari ini selepas 482 hari dilaksanakan.

Dianggarkan seramai 32.3 juta penduduk Malaysia atau 99.3 peratus daripada anggaran penduduk 32.6 juta telah dibanci.

Menurut Pesuruhjaya Banci 2020, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin yang juga merupakan Ketua Perangkawan Malaysia, data awalan Banci Malaysia 2020 akan dikeluarkan pada Januari 2022.


gambar ihsan BERNAMA

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih  kepada semua Pegawai Banci (MyAD, MyCD, Penyelia dan Pembanci) atas komitmen dan kebersamaan dalam  menjayakan Banci Malaysia 2020 dan dalam masa yang sama tekun melaksanakan survei-survei rutin DOSM.

Seiring dengan perkembangan semasa dan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, kerja-kerja pungutan data Banci di lapangan semakin mencabar yang memerlukan ketabahan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. 

Setelah lebih setahun bertungkus-lumus, bermandi keringat di lapangan dan bersengkang mata mengemaskini dan mengesahkan data Banci, sama-sama kita imbas kembali cabaran, pengalaman baru dan kenangan warga POG khususnya sepanjang melaksanakan dan menjayakan Banci Malaysia 2020 dan dalam masa yang sama perlu menyelesaikan survei-survei rutin DOSM  ketika musim pandemik ini...

menghadiri sesi taklimat




semua MYCD perlu pula memberi taklimat kepada para Penyelia & Pembanci 
mengikut CD masing-masing.... (gambar sekadar yang ada)




mengendalikan klinik e-Census untuk membantu penduduk melengkapkan Banci secara dalam talian














dan kita raikan penutupan Banci ini dengan acara... makan besar!!!


Syukur Alhamdulillah
Jumpa lagi Banci 2030


Baca selanjutnya...

29 Oct 2021

Selamat Bersara En. Nada

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

29 Oktober 2021 (Jumaat) - Lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada hari ini Pejabat Operasi Gombak (POG) telah mengadakan majlis persaraan untuk menzahirkan penghargaan kepada En. Nadarajah a/l P.Pavadi yang telah menamatkan perkhidmatan atas sebab bersara wajib pada usia 60 tahun.

Sesungguhnya seluruh warga POG amat merasai kehilangan seorang kakitangan yang sangat berdedikasi lagi berpengalaman luas seperti beliau. 

antara kenangan di POG


Ketua POG, En. Frankie anak Albert Antau dalam ucapan beliau, mengucapkan terima kasih kepada En. Nada di atas segala jasa bakti yang telah disumbangkan selama ini.

Majlis diteruskan dengan ucapan ringkas oleh pegawai yang diraikan. Beliau mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama dan tunjuk ajar para pegawai dan rakan-rakan setugas sepanjang 39 tahun berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia.

ucapan perpisahan

sumbangan cenderahati kenangan kepada beliau

sewaktu menerima anugerah Jasamu Dikenang dalam Majlis APC yang lalu

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas mengucapkan semoga En. Nada sentiasa sihat dan berbahagia menikmati alam persaraan serta semoga beroleh kesejahteraan dalam kehidupan beliau bersama keluarga.
Baca selanjutnya...

24 Sept 2021

Runliga Malaysia Challenge (RMC) 2021 : Tahniah Puan Nik Zafifah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga Jabatan Perangkaan Malaysia yang telah berjaya menyertai acara Runliga Malaysia Challenge (RMC) 2021 dengan cemerlang, khususnya kepada satu-satunya wakil POG yang berjaya memasuki carta antara yang terbaik di kalangan warga DOSM. Kekalkan momentum anda, kami semua di POG bangga denganmu Pn. Nik Zafifah!


Untuk makluman, R️MC merupakan acara larian maya (virtual run) yang merekodkan jarak larian terkumpul yang mampu dicapai dalam masa sebulan.

Baca selanjutnya...

1 Aug 2021

Selamat Datang Kembali En. Azizol

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pejabat Operasi Gombak mengalu-alukan kepulangan semula En. Azizol bin Harun, Pembantu Perangkaan E22 (TBK1) berkuatkuasa 1 Ogos 2021. Pada tahun 2016, POG pernah mengadakan majlis perpisahan untuk beliau setelah permohonan untuk bertukar ke DOSM Kelantan diluluskan.

Namun setelah 5 tahun berlalu, beliau memohon bertukar kembali ke Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor atas sebab-sebab peribadi, atau mungkin tidak boleh move on kerana terlalu rindukan rakan-rakan lama di POG.


Ditempatkan di Unit Ekonomi, seluruh warga POG dengan tulus ikhlas mengalu-alukan kepulangan beliau. Semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan, 
dilimpahkan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan beliau sekeluarga serta berjaya mengejar segala impian di masa akan datang. Harapnya janganlah bertukar lagi, pencen di POG sajalah ya...
Baca selanjutnya...

20 May 2021

Salam Takziah : En. Razak Dalam Kenangan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


إنا لله وإنا إليه راجعون 
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه 

Dukacita dimaklumkan bahawa bekas anggota POG yang telah bersara iaitu Encik Abdul Razak bin Yusoff  telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis, 20 Mei 2021, pada usia 66 tahun.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Selasih, Batu Caves.



Sama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

“﷽”

            Al-Fatihah.

‎   بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
‎          ◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞
‎     الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞
‎   إيَّاك نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ 
‎    الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ  
‎       غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ..  
‎                       آمِّيْ

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
Baca selanjutnya...

12 May 2021

Salam Aidilfitri 1442H Dari Warga POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Salam Aidilfitri dari kami warga Pejabat Operasi Gombak kepada semua warga DOSM. Salam kemaafan kepada semua, semoga hari raya kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan di samping keluarga tersayang walaupun terpaksa beraya jauh di perantauan ketika musim pandemik Covid-19 ini.



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada,
Warga Pejabat Operasi Gombak
DOSM Selangor
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.