Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

1 Aug 2021

Selamat Datang Kembali En. Azizol

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pejabat Operasi Gombak mengalu-alukan kepulangan semula En. Azizol bin Harun, Pembantu Perangkaan E22 (TBK1) berkuatkuasa 1 Ogos 2021. Pada tahun 2016, POG pernah mengadakan majlis perpisahan untuk beliau setelah permohonan untuk bertukar ke DOSM Kelantan diluluskan.

Namun setelah 5 tahun berlalu, beliau memohon bertukar kembali ke Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor atas sebab-sebab peribadi, atau mungkin tidak boleh move on kerana terlalu rindukan rakan-rakan lama di POG.


Ditempatkan di Unit Ekonomi, seluruh warga POG dengan tulus ikhlas mengalu-alukan kepulangan beliau. Semoga beliau dapat meneruskan kecemerlangan, 
dilimpahkan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan beliau sekeluarga serta berjaya mengejar segala impian di masa akan datang. Harapnya janganlah bertukar lagi, pencen di POG sajalah ya...
Baca selanjutnya...

20 May 2021

Salam Takziah : En. Razak Dalam Kenangan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


إنا لله وإنا إليه راجعون 
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه 

Dukacita dimaklumkan bahawa bekas anggota POG yang telah bersara iaitu Encik Abdul Razak bin Yusoff  telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis, 20 Mei 2021, pada usia 66 tahun.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Selasih, Batu Caves.



Sama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

“﷽”

            Al-Fatihah.

‎   بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
‎          ◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞
‎     الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞
‎   إيَّاك نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ 
‎    الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ  
‎       غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ..  
‎                       آمِّيْ

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
Baca selanjutnya...

12 May 2021

Salam Aidilfitri 1442H Dari Warga POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Salam Aidilfitri dari kami warga Pejabat Operasi Gombak kepada semua warga DOSM. Salam kemaafan kepada semua, semoga hari raya kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan di samping keluarga tersayang walaupun terpaksa beraya jauh di perantauan ketika musim pandemik Covid-19 ini.



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada,
Warga Pejabat Operasi Gombak
DOSM Selangor
Baca selanjutnya...

21 Feb 2021

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah Pn Hazwani

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Hazwani bt Abdullah, Pembantu Perangkaan E22 (TBK1), Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 1.49 PM, Sabtu, 20 Februari 2021.

Bayi seberat 1.3 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Aminatul Mardhiyyah binti Mohd Sahlan.


Tahniah kepada Puan Hazwani dan suami beliau sempena kelahiran cahaya mata kedua mereka. Kami warga POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga puteri mereka bakal menjadi anak yang solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

15 Dec 2020

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Shahrul

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Mohd Shahrul bin Johari, Pembantu Am Pejabat N11, telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 15 Disember 2020.

Bayi seberat  2.50kg tersebut telah selamat dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan dinamakan  Nur Dhuha bt Mohd Shahrul.


Tahniah kepada En. Shahrul dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata sulung mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga puteri mereka bakal menjadi anak yang solehah... aamiinn. Insya Allah.

Baca selanjutnya...

30 Nov 2020

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 30 November 2020 (Isnin) - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 DOSM Selangor telah berlangsung secara norma baharu mengikut SOP yang ditetapkan MKN bertempat di Hab MyCensus 2020 Selangor, Plaza Masalam Shah Alam.

Penyampaian Sijil Anugerah telah disempurnakan oleh Pengarah DOSM Selangor, YBrs. Tuan Muhammad Amri bin Idris.

Turut disampaikan adalah Anugerah Jasamu Dikenang kepada para pesara DOSM Selangor iaitu En. Ismail bin Arshad, Pn. Rohana bt Osman, Pn. Rohana bt Yaakob dan Pn. Selehah bt Sanusi.

Dalam majlis tersebut juga para hadirin berpeluang menghayati amanat daripada Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin secara maya.

Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua 15 orang penerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 bagi DOSM Selangor, khususnya kepada dua anggota P.O Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Nadarajah a/l P.Pavadi dan Pn. Nur Al-Kauthar bt Burhan. 


Gegar APC 2019 diangkat sebagai tema penganjuran pada tahun ini... saksikan video ala-ala program Gegar Vaganza yang disediakan oleh jawatankuasa penganjur Majlis APC ini...



Semoga kejayaan dan kecemerlangan mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.