Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

21 Feb 2021

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah Pn Hazwani

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Hazwani bt Abdullah, Pembantu Perangkaan E22 (TBK1), Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 1.49 PM, Sabtu, 20 Februari 2021.

Bayi seberat 1.3 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Aminatul Mardhiyyah binti Mohd Sahlan.


Tahniah kepada Puan Hazwani dan suami beliau sempena kelahiran cahaya mata kedua mereka. Kami warga POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga puteri mereka bakal menjadi anak yang solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

15 Dec 2020

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Shahrul

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Mohd Shahrul bin Johari, Pembantu Am Pejabat N11, telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 15 Disember 2020.

Bayi seberat  2.50kg tersebut telah selamat dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan dinamakan  Nur Dhuha bt Mohd Shahrul.


Tahniah kepada En. Shahrul dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata sulung mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga puteri mereka bakal menjadi anak yang solehah... aamiinn. Insya Allah.

Baca selanjutnya...

30 Nov 2020

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 30 November 2020 (Isnin) - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 DOSM Selangor telah berlangsung secara norma baharu mengikut SOP yang ditetapkan MKN bertempat di Hab MyCensus 2020 Selangor, Plaza Masalam Shah Alam.

Penyampaian Sijil Anugerah telah disempurnakan oleh Pengarah DOSM Selangor, YBrs. Tuan Muhammad Amri bin Idris.

Turut disampaikan adalah Anugerah Jasamu Dikenang kepada para pesara DOSM Selangor iaitu En. Ismail bin Arshad, Pn. Rohana bt Osman, Pn. Rohana bt Yaakob dan Pn. Selehah bt Sanusi.

Dalam majlis tersebut juga para hadirin berpeluang menghayati amanat daripada Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin secara maya.

Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua 15 orang penerima  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 bagi DOSM Selangor, khususnya kepada dua anggota P.O Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Nadarajah a/l P.Pavadi dan Pn. Nur Al-Kauthar bt Burhan. 


Gegar APC 2019 diangkat sebagai tema penganjuran pada tahun ini... saksikan video ala-ala program Gegar Vaganza yang disediakan oleh jawatankuasa penganjur Majlis APC ini...



Semoga kejayaan dan kecemerlangan mereka terus dikekalkan dan menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.


Baca selanjutnya...

2 Nov 2020

Kenaikan Pangkat: Tahniah Pn. Nik Zafifah, Pn. Husna, Pn. Hazwani & Pn. Nur Hidayu

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beberapa orang anggota POG di atas kenaikan pangkat Pembantu Perangkaan E19 ke Gred E22 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) berkuatkuasa 1 November 2020. 

Anggota-anggota tersebut adalah :

1. Pn. Nik Zafifah bt Nik Ibrahim
2. Pn. Husna bt Khiri 
3. Pn. Hazwani bt Abdullah
4. Pn. Nur Hidayu bt Md Shukor


Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin 
dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat kepada mereka untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.

Baca selanjutnya...

20 Oct 2020

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Rozan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Rozan bin Sulaiman, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 8.45 pm, 20 Oktober 2020.

Bayi seberat 2.34 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Hana Safiya bt Rozan.



Tahniah kepada En. Rozan dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata sulung mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga puteri mereka bakal menjadi anak solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

5 Sept 2020

Program Jelajah Banci Malaysia 2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

5 September 2020, Taman Metropolitan Kepong - Program Jelajah Banci Malaysia 2020 telah diadakan anjuran Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor. Program yang dihadiri 15 orang anggota serta turut dihadiri oleh En. Muhammad Amri bin Idris, Pengarah DOSM Selangor. 

Objektif utama adalah sebagai promosi untuk menggalakkan orang ramai mengisi e-census sebelum 30 September 2020.

maskot Abam Banci turut serta memeriahkan suasana







Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.