Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

4 Jun 2020

33 hari lagi Menjelang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Countdown 33 hari lagi menjelang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia. Projek 10 tahun sekali ini merupakan aktiviti penting untuk mengira stok penduduk dan perumahan negara.



Semua orang perlu dihitung untuk MyCensus 2020
tanpa mengira kaum, agama, umur dan latarbelakang. Banci tahun ini akan dimulakan dengan ecensus pada 7 Julai 2020 kelak.
Pastikan anda juga dihitung.
Baca selanjutnya...

23 Feb 2020

Hiking : Bukit Dua Ringgit, Bukit Sentosa, Rawang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

22 Februari 2020 (Sabtu) - Hari ini beberapa orang warga POG menyertai program hiking di Bukit Dua Ringgit, Bukit Sentosa, Rawang.

Aktiviti mendaki bukit setinggi 250 meter dari paras laut ini merupakan salah satu aktiviti fizikal yang dirancang khususnya untuk para peserta program The Biggest Loser (TBL) DOSM Selangor 2020.














Terima kasih kepada semua yang bersemangat menyertai dan tahniah kerana semuanya berjaya menakluki puncak bukit tersebut. Jumpa lagi dalam program akan datang.

Baca selanjutnya...

21 Feb 2020

Salam Takziah : Wak Dir Dalam Kenangan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

إنا لله وإنا إليه راجعون 
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه 

Dukacita dimaklumkan bekas anggota POG yang telah bersara iaitu Encik Haidzir bin Kidam telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5.43 pagi, hari Jumaat, 21.02.2020.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.


Sama-samalah kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya.

“﷽”

            Al-fatihah.

‎   بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
‎          ◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞
‎     الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞
‎   إيَّاك نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ 
‎    الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ  
‎       غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ..  
‎                       آمِّيْ

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

Baca selanjutnya...

15 Feb 2020

The Biggest Loser (TBL) Musim Kedua Dosm Selangor 2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dalam kesibukan menjalankan kerja-kerja hakiki, kesihatan juga perlu dijaga. Sehubungan itu DOSM Selangor telah menganjurkan program The Biggest Loser (TBL) Musim Kedua 2020. Program ini berlangsung selama kira-kira 4 bulan bermula 15 Februari 2020 hingga 15 Jun 2020.

Syarat-syarat penyertaan adalah terbuka untuk peserta yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) 28 ke atas, bersemangat, komited dan ingin perubahan ke arah mengamalkan gaya hidup sihat.

Program ini hanya dibuka untuk 35 peserta sahaja dan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 2 kumpulan di Ibu Pejabat Shah Alam, manakala 1 kumpulan masing-masing dari P.O Gombak dan P.O Kajang.

Team Leader

Tahniah kepada 7 orang peserta POG yang begitu bersemangat menyahut cabaran

Di peringkat POG, aktiviti yang dirancang adalah :

Harian

1. Jaga pemakanan, kawal pengambilan kalori, kurangkan karbohidrat (seperti nasi, mi, roti, pasta dsb) dengan anggaran segenggam sekali makan, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan (suku suku separuh) serta amalkan kudapan sihat.

2. Mengayuh basikal gimnasium yang tersedia di pejabat POG  pada waktu senggang... antara 10-15 minit bagi satu sesi.

Mingguan

1. Jogging setiap hari Jumaat (Tasik Taman Bersatu, Rawang)

2. Badminton, setiap Rabu malam Khamis (Dewan MPS Kg Melayu Bt16)

3. Workout di rumah masing-masing 2-3 kali seminggu... tak perlu lama, dicadangkan hanya 5-10 minit satu sesi, boleh rujuk video workout dalam YouTube yang sesuai ikut kemampuan.

4. Timbang berat badan setiap dua minggu.

Bulanan

1. FitDosm- Senaman setempat di pejabat.

2. Februari : Hiking Bukit Dua Ringgit, Bkt Sentosa.

3. Mac: Hiking menjelajah 7 tingkat Air Terjun Kanching.

4. April: Hiking Denai 3 Puteri, Kota Damansara.

5. Jun: Jogging Tasik Metropolitan, Kepong...bakar lemak lepas raya.


Selamat berjaya kepada semua peserta dan semoga pertandingan ini dapat mengurangkan tahap obesiti di kalangan anggota menjelang penamat pada 15 Jun 2020 nanti sekaligus melahirkan warga DOSM yang lebih sihat dan cergas.


Baca selanjutnya...

31 Jan 2020

Kenaikan Pangkat : Tahniah Pn. Siti Fatimah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Siti Fatimah bt Ahmad 
di atas kenaikan pangkat Pembantu Perangkaan E19 ke Gred E22 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) berkuatkuasa Januari 2020. 



Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat kepada mereka untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
Baca selanjutnya...

18 Jan 2020

FitDOSM POG 1/2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

17/1/2020 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program senaman FitDOSM demi menyahut seruan program FitDOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan  sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.


Setelah itu diadakan pula majlis jamuan ringkas sempena sambutan hari lahir anggota POG. Diharap semua dapat mengawal jumlah kalori makanan yang diambil... jangan sampai FitDOSM bertukar menjadi FatDOSM.


Selesai majlis, anggota POG bergotong-royong pula menyisih kertas-kertas terpakai untuk dibuat pelupusan.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.