Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

31 Jan 2020

Kenaikan Pangkat : Tahniah Pn. Siti Fatimah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Siti Fatimah bt Ahmad 
di atas kenaikan pangkat Pembantu Perangkaan E19 ke Gred E22 Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Kali Pertama (TBK1) berkuatkuasa Januari 2020. 



Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin dalam kemajuan kerjaya serta pencetus semangat kepada mereka untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
Baca selanjutnya...

18 Jan 2020

FitDOSM POG 1/2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

17/1/2020 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program senaman FitDOSM demi menyahut seruan program FitDOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan  sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.


Setelah itu diadakan pula majlis jamuan ringkas sempena sambutan hari lahir anggota POG. Diharap semua dapat mengawal jumlah kalori makanan yang diambil... jangan sampai FitDOSM bertukar menjadi FatDOSM.


Selesai majlis, anggota POG bergotong-royong pula menyisih kertas-kertas terpakai untuk dibuat pelupusan.


Baca selanjutnya...

14 Jan 2020

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Rahim

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Abdul Rahim bin Shaharuddin, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 12.06 pm, 13 Januari 2020.

Bayi seberat 3.33 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Kemaman, Terengganu dan dinamakan Aneesa Zahira binti Abdul Rahim.


Tahniah kepada En. Rahim dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata keempat mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.

Baca selanjutnya...

17 Dec 2019

Hari Keluarga POG 2019 di Melaka

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

14-15 Disember 2019 (Sabtu - Ahad) - Kelab POG telah menganjurkan Hari Keluarga POG bertempat di Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh, Melaka.

Meriah dan seronok sungguh suasana sepanjang dua hari tersebut dengan aktiviti mandi manda serta bermain polo air, acara sukaneka, majlis makan malam dan cabutan bertuah.

 mandi-manda

 acara sukaneka

 pemenang cabutan bertuah

 hadiah untuk pengantin baru

 pemenang acara sukaneka

sebahagian keluarga yang sempat diambil gambar

keluarga besar POG
(klik gambar untuk besarkan)

Setinggi penghargaan kepada En. Frankie dan Cik Syikin di atas sokongan padu dalam menjayakan program ini. Sekalung tahniah jua kepada barisan AJK serta semua anggota yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan menjayakan hari keluarga ini. Diharapkan dengan penganjuran hari keluarga ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama anggota, dapat lebih mengenali ahli keluarga masing-masing, menenangkan fikiran serta dapat melegakan tekanan kerja di pejabat.


Baca selanjutnya...

11 Dec 2019

Kejohanan Futsal Tertutup POG Siri 4/2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 10 Disember 2019, K-POG telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup POG Siri 4/2019 sebagai acara futsal penutup untuk tahun ini, bertempat di Gelanggang Futsal EPL, Rawang.

Para pemain yang terdiri dari kalangan anggota Tetap dan PSH telah diundi secara telus... siap ada rakaman video lagi untuk mengelakkan sebarang rasa tak puas hati.. Mereka telah dibahagikan kepada 5 pasukan mengikut warna :

putih macam Germany


merah ala Portugal

kuning ala Brazil

biru macam Itali

hitam macam team mana entah... New Zealand kot


hitam vs merah

kuning vs putih

hitam vs biru





Keputusan adalah seperti berikut :

Hitam 0-2 Biru
Putih 2-5 Kuning
Merah 0-1 Hitam
Biru 3-0 Putih
Kuning 4-0 Merah
Hitam 1-1 Putih
Biru 1-1 Kuning
Putih 2-0 Merah
Kuning 1-0 Hitam
Merah 1-5 Biru


 juara

naib juara

tempat ketiga

tempat keempat

tempat kelima

Setinggi-tinggi  tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pemain yang sama-sama menjayakan kejohanan ini. Kepada pasukan yang tidak berjaya, jangan rasa kecewa. Kejohanan akan datang kita buat undian semula ya... Yang penting, tujuan utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama anggota di samping memupuk budaya hidup sihat.... #FitDosm.

Baca selanjutnya...

8 Dec 2019

Selamat Pengantin Baru, En. Rozan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

8 Disember 2019 (Ahad) - Ucapan Selamat Pengantin Baru kepada anggota POG, Rozan bin Sulaiman yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati beliau, Siti Umairah bt Hashim yang juga merupakan bekas PSH di POG. Majlis telah dilangsungkan di Dewan Serbaguna Taman Jati, Rawang.




Seluruh warga POG mengucapkan selamat melayari bahtera rumahtangga kepada Rozan dan isteri, semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Aamin Ya Rabbal 'Aalamiin.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.