Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

26 Nov 2019

Majlis Apresiasi Pekerja Sambilan Harian (PSH) 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

25 November 2019 (Isnin) - DOSM Selangor  telah menganjurkan Majlis Apresiasi Pekerja Sambilan Harian (PSH) 2019 bagi menghargai sumbangan anggota PSH dalam menjayakan tugas-tugas di Jabatan Perangkaan Malaysia.

Tetamu kehormat :
~ En. Muhammad Amri bin Idris, Pengarah DOSM Selangor
~ En. Sharuddin bin Shafie, Timbalan Pengarah DOSM Selangor
~ En. Mohd Suhaidi bin Abdul Rais, Ketua Penolong Pengarah DOSM Selangor
~ Ketua-ketua Seksyen dan Pejabat Operasi DOSM Selangor


Agenda majlis :
~ Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil
~ Penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua PSH DOSM Selangor 2019
~ Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PSH 2019
~ Penyampaian Anugerah Khas Kerja Pengemaskinian Rangka untuk Persediaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020
~ Sesi Bergambar


Berikut adalah gambar-gambar anggota dari POG yang turut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PSH 2019. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua anggota PSH yang banyak membantu dalam menjayakan banci, persediaan banci dan survei yang dijalankan di POG.









Baca selanjutnya...

20 Nov 2019

Selamat Datang En. Rashid

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 19 November 2019 (Selasa), Pejabat Operasi Gombak mengalu-alukan kehadiran anggota baru, En. Mohd Rashid bin Ahmad, Pembantu Perangkaan E19 yang telah melapor diri untuk memulakan tugas di Pejabat Operasi Gombak.

Berasal dari Bachok, Kelantan, beliau merupakan salah seorang dari kelompok pengambilan anggota baru bagi mengisi kekosongan jawatan di DOSM seluruh negara.

POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan En. Rashid, semoga beliau cepat menyesuaikan diri dan seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.


Baca selanjutnya...

18 Nov 2019

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Aiman

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Muhammad Aiman bin Arshad , Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 6.24 petang, 17 November 2019 (Ahad).

Bayi seberat 2.99 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dinamakan Afeeya Eryna bt Muhammad Aiman.




Tahniah kepada En. Aiman dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata sulung mereka itu. Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga puteri mereka bakal menjadi anak yang solehah... aamiinn. Insya Allah.


Baca selanjutnya...

17 Nov 2019

Explore Race Green Run 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

16 November 2019 (Sabtu) - Acara tahunan Explore Race Green Run 2019 DOSM Selangor anjuran Seksyen Harga-Harga telah diadakan di Perkarangan Laman Budaya, Tasik Shah Alam.

12 Pasukan telah menyelesaikan 12 Cabaran yang disediakan. Kepantasan masa dan ketepatan jawapan menjadi penentu kemenangan. POG turut tidak ketinggalan menghantar peserta bagi memeriahkan lagi acara ini.










Peserta dari POG telah menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi walaupun tidak berjaya meraih kedudukan yang membanggakan kali ini... cuba lagi tahun depan ya. Tahniah dan terima kasih kepada penganjur dan semua yang terlibat menjayakan acara ini. 


Baca selanjutnya...

1 Nov 2019

Persediaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Menjelang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, tugas dan tanggungjawab persediaan banci sentiasa digalas dengan penuh komitmen oleh para pegawai kerja luar. Walaupun halangan dan cabaran sentiasa berada di depan, namun semuanya perlu diharungi demi menyelesaikan amanah yang telah diberikan. Terima kasih kepada semua Pegawai Kerja Luar Department of Statistics, Malaysia di seluruh Malaysia dan di POG khususnya.





You are our unsung heroes...
Demi negara yang tercinta,
Dicurahkan bakti penuh setia....



"Data Anda, Masa Depan Kita"
Layari laman web Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020
https://www.mycensus.gov.my
MyCensus2020


Baca selanjutnya...

27 Oct 2019

Program Sahabat Statistik 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pejabat Operasi Gombak (POG) DOSM Selangor telah menganjurkan Program Sahabat Statistik sempena Hari Statistik Negara 2019 dan Sambutan Ulang Tahun ke-70 Jabatan Perangkaan Malaysia pada 26 Oktober 2019 di Kampung Melayu Batu 16, Rawang.

Program yang dirasmikan oleh Tuan Md. Sabri bin Md. Taib, Ahli Majlis Zon 14 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah dihadiri oleh penduduk kampung sekitar Kampung Melayu Batu 16, Rawang.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Sesi Literasi Statistik, FitDOSM@Senamrobik, pertandingan mewarna dan melukis bagi kanak-kanak, pameran produk jabatan, pemeriksaan kesihatan percuma yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Gombak serta gerai jualan.




Semoga program ini dapat menjalin dan mengeratkan lagi hubungan antara DOSM dengan komuniti sekitar seterusnya meningkatkan literasi statistik di kalangan masyarakat.




Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.