Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

17 Nov 2019

Explore Race Green Run 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

16 November 2019 (Sabtu) - Acara tahunan Explore Race Green Run 2019 DOSM Selangor anjuran Seksyen Harga-Harga telah diadakan di Perkarangan Laman Budaya, Tasik Shah Alam.

12 Pasukan telah menyelesaikan 12 Cabaran yang disediakan. Kepantasan masa dan ketepatan jawapan menjadi penentu kemenangan. POG turut tidak ketinggalan menghantar peserta bagi memeriahkan lagi acara ini.










Peserta dari POG telah menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi walaupun tidak berjaya meraih kedudukan yang membanggakan kali ini... cuba lagi tahun depan ya. Tahniah dan terima kasih kepada penganjur dan semua yang terlibat menjayakan acara ini. 


Baca selanjutnya...

1 Nov 2019

Persediaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Menjelang Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, tugas dan tanggungjawab persediaan banci sentiasa digalas dengan penuh komitmen oleh para pegawai kerja luar. Walaupun halangan dan cabaran sentiasa berada di depan, namun semuanya perlu diharungi demi menyelesaikan amanah yang telah diberikan. Terima kasih kepada semua Pegawai Kerja Luar Department of Statistics, Malaysia di seluruh Malaysia dan di POG khususnya.





You are our unsung heroes...
Demi negara yang tercinta,
Dicurahkan bakti penuh setia....



"Data Anda, Masa Depan Kita"
Layari laman web Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020
https://www.mycensus.gov.my
MyCensus2020


Baca selanjutnya...

27 Oct 2019

Program Sahabat Statistik 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pejabat Operasi Gombak (POG) DOSM Selangor telah menganjurkan Program Sahabat Statistik sempena Hari Statistik Negara 2019 dan Sambutan Ulang Tahun ke-70 Jabatan Perangkaan Malaysia pada 26 Oktober 2019 di Kampung Melayu Batu 16, Rawang.

Program yang dirasmikan oleh Tuan Md. Sabri bin Md. Taib, Ahli Majlis Zon 14 Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah dihadiri oleh penduduk kampung sekitar Kampung Melayu Batu 16, Rawang.

Antara aktiviti yang diadakan adalah Sesi Literasi Statistik, FitDOSM@Senamrobik, pertandingan mewarna dan melukis bagi kanak-kanak, pameran produk jabatan, pemeriksaan kesihatan percuma yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Gombak serta gerai jualan.




Semoga program ini dapat menjalin dan mengeratkan lagi hubungan antara DOSM dengan komuniti sekitar seterusnya meningkatkan literasi statistik di kalangan masyarakat.




Baca selanjutnya...

21 Oct 2019

Sambutan Hari Statistik Negara 2019 dan Sambutan 70 Tahun DOSM di Muar, Johor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

18-20 Oktober 2019 (Jumaat-Ahad): Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor telah menganjurkan sambutan Hari Statistik Negara 2019 dan Sambutan 70 Tahun DOSM di Muar, Johor. Pelbagai acara diadakan bersama komuniti kampung dan agensi di sekitar daerah Muar bertujuan mendekati dan meningkatkan literasi statistik di kalangan masyarakat, antaranya :

~ Pertandingan sukan bersama komuniti dan agensi (bolasepak, bola jaring, sepakraga bulatan, futsal)
~ Program Jom Sihat 10000 Langkah
~ Program Jelajah Berbasikal Stats De Tour
~ CSR (membersihkan parit, hiasan laman, rewang dan bantuan kepada asnaf)
~ Pertandingan mewarna, Kuiz Stats, Pameran & Stats Beyblade
~ Program 'School Outreach' 
~ Program 'Harvest, Pick & Eat' Nanas
~ Persembahan kebudayaan (ghazal, zapin, boria, dikir barat, pentomin)
~ solat berjemaah, majlis doa selamat dan bacaan Yasin

4 orang anggota POG telah terpilih menyertai acara-acara yang dijalankan mewakili kontinjen DOSM Selangor iaitu Cik Siti Norasyikin Mohd Ghani, En. Ali Ahmad, En. Azeman Shaari dan En. Mohamad Zulrusdi Mohd Zain.

pelepasan kontinjen DOSM Selangor

 Program Jom Sihat 10000 Langkah

 pasukan sepakraga bulatan

 pasukan bolasepak

Program Jelajah Berbasikal Stats De Tour



Pada 20 Oktober 2019, berlangsung Upacara Kemuncak Hari Statistik Negara 2019 dan Sambutan 70 Tahun DOSM di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor, dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut hadir ialah Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Dr. Sahruddin Haji Jamal, YB Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan; YBhg. Dato’ Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Setiausaha MEA dan YBhg. Dato' Sri Dr Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia.





Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan acara sambutan ini.



Baca selanjutnya...

2 Sept 2019

Bolasepak Persahabatan : POG FC vs Red Giant FC

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

30/8/2019: Buat julung kalinya, pasukan bolasepak POG yang baru ditubuhkan telah mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan pasukan Red Giants FC bertempat di Padang Taman Kanching, Rawang.


Para pemain POG FC terdiri dari gabungan anggota Tetap & PSH. Permainan pada peringkat awal berjalan lancar dan seimbang. Namun mungkin disebabkan kurangnya persefahaman kerana pertama kali bermain bersama dalam satu pasukan serta kekurangan stamina, pasukan POG FC akhirnya berjaya memenangkan pasukan tuan rumah dengan jaringan 0-4.

Diharapkan kekalahan ini tidak mematahkan semangat pemain sebaliknya menjadi permulaan untuk  berusaha lebih gigih agar bangkit pada masa akan datang.
Baca selanjutnya...

19 Aug 2019

World Stats (WSC) Run 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2019 - World Stats (WSC) Run 2019 anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia telah berlangsung di Dataran Merdeka bersempena 62nd ISI World Statistics Congress (WSC) 2019.




Sebanyak 3 kategori larian dipertandingkan iaitu 21km, 10km dan 5km. YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah melakukan flag off peserta bagi kategori 10km manakala flag off bagi kategori 21km dan 5km telah dilakukan oleh YBhg. Dato' Saiful Anuar Lebai Hussen, Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Larian kategori 5km turut disertai oleh YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, YB Senator Dr. Radzi Jidin, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Ketua Perangkawan Malaysia, Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin. WSC Run menerima kira-kira 7,000 penyertaan dari 45 buah negara.






Warga DOSM Selangor khususnya dari POG turut berkesempatan menyertai acara larian tersebut.










Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.