Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

15 Jul 2019

Kejohanan Bolasepak 11-Sebelah MAKSWIP 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kejohanan Bolasepak 11-Sebelah MAKSWIP 2019 telah berlangsung di Padang Precint 8, Putrajaya. 2 orang pemain dari POG iaitu Mohamad Zulrusdi Mohd Zain serta Ali Ahmad (yang mengisi kuota pemain veteran) telah terpilih untuk mewakili pasukan bolasepak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM FC) menyertai kejohanan tersebut.


Berikut adalah keputusan perlawanan:

DOSM FC vs Kementerian Kesihatan Malaysia; seri 1-1
DOSM FC vs Jabatan Imigresen; tewas 0-1
DOSM FC vs Kementerian Pembangunan Luar Bandar; menang 1-0

STATS FC‬ terkandas di peringkat kumpulan dengan mengumpul 4 mata. Walau apa pun mereka telah melakukan yang terbaik. Tahniah buat semua pemain khususnya 2 orang wakil dari POG.

Baca selanjutnya...

13 Jul 2019

Kejohanan Futsal Tertutup POG Siri 3/2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 12 Julai 2019, K-POG telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup POG, bertempat di Gelanggang Futsal MPS, Bt 17 Rawang. Para pemain yang terdiri dari kalangan anggota Tetap dan PSH telah diundi secara telus... siap ada rakaman video lagi untuk mengelakkan sebarang rasa tak puas hati..hihi. Mereka dibahagikan kepada 5 pasukan mengikut warna :


putih-putih melati...


merah-merah delima

hitam si tampuk manggis

demam kuning 

biru mata hitamku


Keputusannya...


 juara

  naib juara

tempat ketiga

 tempat keempat

 tempat kelima

Setinggi-tinggi  tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pemain yang sama-sama menjayakan kejohanan ini. Kepada pasukan yang tidak berjaya, jangan ada rasa kecewa. Kejohanan akan datang kita buat undian semula ya... Yang penting, tujuan utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama anggota di samping memupuk budaya hidup sihat.... #FitDosm.

Baca selanjutnya...

26 Jun 2019

Majlis Sambutan Aidilfitri POG 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

25 Jun 2019 bersamaan 21 Syawal 1440H (Selasa) - Kelab POG telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri POG yang telah diadakan bertempat di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pejabat Operasi Gombak.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris, Ketua Pejabat Operasi Kajang (POK), En. Mohd Shahrill bin Abdul Rashid, para pegawai,  AJK KSKS serta anggota-anggota dari Ibu Pejabat DOSM Selangor, Shah Alam.

Antara acara yang diadakan adalah penyampaian duit raya dan anugerah kecemerlangan kepada anggota tetap dan PSH di POG bagi separuh tahun 2019. Acara kemuncak sambutan kali ini pastilah acara santapan pelbagai menu juadah istimewa.

Saksikan gambar-gambar keceriaan dan kemeriahan majlis tersebut:













Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota POG dan tetamu yang menjayakan dan memeriahkan majlis ini. Semoga semangat kerjasama dan ukhuwah antara sesama anggota DOSM Selangor khususnya di POG bertambah erat dan jitu.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI WARGA POG.


Baca selanjutnya...

12 Jun 2019

Semoga cepat sembuh, Shahrul

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa En. Mohd Shahrul bin Johari telah dimasukkan ke Hospital Selayang kerana mengalami demam denggi.


Seluruh warga POG mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat kembali meneruskan tugas seperti biasa. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

4 Jun 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Hari Gawai 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pejabat Operasi Gombak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semoga hari raya disambut dengan penuh kesyukuran dan kebahagian di samping keluarga tersayang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada kami di Jabatan Perangkaan Malaysia
"Indahnya Langit Kerana Awan,
Indahnya Lautan Kerana Kebiruan,
Indahnya Ramadhan kerana Keinsafan,
Indahnya Syawal kerana Kemaafan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"






Ucapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai 2019 daripada Pejabat Operasi Gombak. Walaupun bergambar di bawah panas terik matahari tetapi tetap bersemangat demi menghasilkan ucapan ringkas tetapi bermakna kepada rakyat Malaysia.

Baca selanjutnya...

31 May 2019

Program Khidmat Masyarakat di Pusat Jagaan Titian OKU Nur

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

30 Mei 2019 (Khamis) - Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor telah melaksanakan Program Khidmat Masyarakat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Kembara ISI World Statistics Congress 2019. Program ini dijalankan di Pusat Jagaan Titian OKU Nur Batu 16, Rawang yang dihuni lebih kurang 70 orang penghuni OKU, warga emas dan anak-anak yatim. 

Program ini diadakan agar selari dengan tema Sustainable Development Goals (SDGs) ‘No One Leave Behind’ kerana setiap penghuni yang tinggal di rumah jagaan ini mempunyai hak untuk disayangi terutama pada musim perayaan yang bakal menjelma. 

Perkara ini amat dihargai oleh pengurus yang juga pengasas pusat jagaan ini, Puan Normah binti Adlan kerana menurut beliau, pusat ini bukan hanya mengharapkan sumbangan daripada orang ramai tetapi mereka juga mengharapkan agar ada insan yang sudi untuk meluangkan masa bersama penghuni yang ada di sini agar mereka tidak akan rasa terpinggir.



Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong membersihkan kawasan ruang tidur, ruang dapur dan persekitaran tempat kediaman berkenaan. Selain itu turut disampaikan juga sumbangan ikhlas hasil kutipan dari anggota Pejabat Operasi Gombak.











Semoga aktiviti ini akan dapat diteruskan secara rutin dan lebih ramai insan akan menyantuni warga Pusat Jagaan Titian OKU Nur ini.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.