Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

7 Mar 2019

Ceramah Mengukuh Integriti dan Menangani Rasuah Dalam Perkhidmatan Awam & Ikrar Bebas Rasuah Bersama SPRM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SHAH ALAM, 6 Mac - Selesai Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga DOSM Selangor, diadakan pula sesi Ceramah & Perkongsian Bertajuk "Mengukuh Integriti dan Menangani Rasuah Dalam Perkhidmatan Awam" oleh Tuan Mohd Zamir bin Zubid, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor. 

Seterusnya diadakan majlis melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh warga DOSM Selangor. Bacaan ikrar dipimpin oleh YBrs. Encik Muhammad Amri bin Idris, Pengarah DOSM Selangor dan disaksikan oleh YBhg. Dato Hj Alias Salim, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor.












Kepada semua Warga DOSM Selangor, JAUHILAH ABCD!

A - AMBIL
B - BERI
C - CLAIM (tuntutan palsu)
D - DUDUK (salah guna kedudukan/kuasa)

Semua gambar ihsan FB DOSM Selangor.
Baca selanjutnya...

Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga DOSM Selangor 2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SHAH ALAM, 6 Mac 2019 - Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. 

Dalam majlis tersebut, YBrs. Encik Muhammad Amri bin Idris, Pengarah DOSM Selangor telah menyampaikan ucapan bertajuk Mencari Makna Di Balik Kata : 'Data Anda, Masa Depan Kita'. 

Turut hadir adalah En. Sharudin bin Shafie, Timbalan Pengarah DOSM Selangor dan En. Mohd Suhaidi bin Abdul Rais, Ketua Penolong Pengarah DOSM Selangor.

Seterusnya diadakan sesi soal jawab warga kerja DOSM Selangor bersama pengurusan atasan DOSM Selangor. Majlis ini dihadiri oleh semua kakitangan tetap Pejabat Shah Alam, Pejabat Operasi Kajang, DOSM Selangor dan Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor.










Semua gambar ihsan FB DOSM Selangor.


Baca selanjutnya...

2 Mar 2019

Kejohanan Futsal Tertutup POG Siri 1/2019

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

K-POG telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup POG, bertempat di Gelanggang Futsal MPS, Bt 17 Rawang. Para pemain yang terdiri dari kalangan anggota Tetap dan PSH telah diundi dan dibahagikan kepada 5 pasukan mengikut warna :







Aksi-aksi perlawanan :





Keputusan kejohanan adalah seperti berikut :

 Juara : Merah

 Naib Juara : Putih

 Ketiga : Hitam

 Keempat : Biru

 Kelima : Kuning


Setinggi-tinggi  tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pemain yang sama-sama menjayakan kejohanan ini. Kepada pasukan yang tidak berjaya, jangan ada rasa kecewa. Yang penting, tujuan utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama anggota di samping memupuk budaya hidup sihat.


Baca selanjutnya...

24 Feb 2019

Hiking di Denai Tiga Puteri, Kota Damansara

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.





Begitulah sesi membakar kalori sempena menyahut seruan FitDosm oleh beberapa anggota POG yang menyertai aktiviti hiking santai di Denai Tiga Puteri, Kota Damansara.

Terbaik!

Baca selanjutnya...

16 Feb 2019

Kelas Bahasa Isyarat oleh Malaysian Sign Language

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

15 Februari 2019 (Jumaat) - Warga Pejabat Operasi Gombak telah mengikuti Kelas Bahasa Isyarat oleh Malaysian Sign Language - Bahasa Isyarat Malaysia. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan mengenai penggunaan bahasa isyarat kepada anggota semasa menjalankan kerja luar dan kehidupan seharian.

Sesi pengajaran disampaikan oleh En. Mohd Armi bin Rusli (baca latar belakang beliau di SINI). Turut diadakan latihan praktikal dan latihan dalam kumpulan bagi memantapkan pemahaman penggunaan bahasa isyarat. Semoga ilmu baru ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat untuk dipraktikkan khususnya apabila keadaan memerlukan sewaktu menjalankan kerja di lapangan.














Baca selanjutnya...

18 Dec 2018

Selamat Datang En. Zulrusdi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 17 Disember 2018 (Isnin), Pejabat Operasi Gombak mengalu-alukan kehadiran anggota baru, En. Mohamad Zulrusdi bin Mohd Zain, Pembantu Perangkaan E19 yang telah melapor diri untuk memulakan tugas di Pejabat Operasi Gombak.

Telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia selama kira-kira 8 tahun, beliau yang berasal dari Betong, Sarawak sebelum ini bertugas di Bahagian Perangkaan Imbangan Pembayaran, Ibu Pejabat (Wisma Minlon) dan kini menetap di Selayang.

POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan En. Zulrusdi, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.