Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
15 Februari 2019 (Jumaat) - Warga Pejabat Operasi Gombak telah mengikuti Kelas Bahasa Isyarat oleh Malaysian Sign Language - Bahasa Isyarat Malaysia. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan mengenai penggunaan bahasa isyarat kepada anggota semasa menjalankan kerja luar dan kehidupan seharian.
Sesi pengajaran disampaikan oleh En. Mohd Armi bin Rusli (baca latar belakang beliau di SINI). Turut diadakan latihan praktikal dan latihan dalam kumpulan bagi memantapkan pemahaman penggunaan bahasa isyarat. Semoga ilmu baru ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat untuk dipraktikkan khususnya apabila keadaan memerlukan sewaktu menjalankan kerja di lapangan.
Baca selanjutnya...