Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
12 April 2018 (Khamis) - Lumrah kehidupan, set
iap pertemuan pasti ada perpisahan. Hari ini merupakan hari terakhir En. Haidzir bin Kidam bertugas di
Pejabat Operasi Gombak dan akan mula bercuti rehat sebelum menamatkan perkhidmatan atas sebab bersara wajib pada usia 60 tahun.
Sesungguhnya seluruh warga POG amat merasai kehilangan seorang kakitangan yang berdedikasi lagi berpengalaman luas seperti beliau.
Seluruh warga POG dengan tulus
ikhlas mendoakan
En. Haidzir a.k.a Wak Dir sentiasa sihat dan berbahagia menikmati alam persaraan serta dilimpahkan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan beliau bersama keluarga.
Insya Allah, warga POG akan mengadakan majlis perpisahan untuk menzahirkan penghargaan kepada beliau tidak lama lagi.
Berikut adalah email Salam Perpisahan dari beliau kepada seluruh warga DOSM :
Assalamualaikum wrb, Salam Sejahtera, Salam 1 Statistik
YBhg. Dato’ Sri Dr. Ketua Perangkawan Malaysia
YBrs. Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi)
Ybrs. Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/Demografi)
Pengarah Kanan Bahagian
Pengarah Kanan
Pengarah Negeri
Tuan/Puan,
Alhamdulillah dengan ketentuan dan izinNya saya Haidzir Bin Kidam,
Pembantu Perangkaan Gred 22 (KUP) di Pejabat Operasi Gombak, DOSM
Selangor akan bersara wajib pada 12 Jun 2018 setelah berkhidmat selama 37
tahun. Hari ini 12 April 2018 merupakan hari terakhir saya bertugas di DOSM dan
esok saya akan mula bercuti rehat sebelum bersara.
Pada kesempatan ini, saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf
zahir batin diatas tingkah laku, terkasar bahasa, tutur kata yang kurang
menyenangkan sepanjang persahabatan kita. Saya amat bersyukur kepada Allah SWT
kerana memperolehi banyak pengalaman, kenangan, tunjuk ajar dari
pegawai-pegawai dan sahabat-sahabat sepanjang saya berkhidmat di DOSM. Saya
juga memohon dihalalkan makan dan minum serta ilmu yang diperolehi dari
tuan/puan. Semoga silaturrahim dan ukhwah yang terjalin ini akan terus
berkekalan. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan kekurangan
itu adalah kelemahan saya sendiri.
Saya juga mendoakan YBhg. Dato’ Sri Dr./ Tuan/Puan dan seluruh warga
DOSM serta keluarga akan sentiasa di bawah lindunganNya, semoga DOSM akan terus
mencapai prestasi yang cemerlang dan unggul sebagai Penjana Statistik Negara
yang terbilang di persada dunia.
Periuk
kera di pohon berangan,
Lembah rata udang di
paya,
Apabila bersara dilupa
jangan,
Ada acara undanglah
saya.
Sekian, terima kasih.
HAIDZIR BIN KIDAM
Pejabat Operasi Gombak
Jabatan Perangkaan Malaysia
Negeri Selangor.
No.Tel : 017-6985881