Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

31 Mar 2018

FitDOSM POG 30/03/18

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

30/03/2018 (Jumaat) - Warga POG telah menganjurkan program senaman FitDOSM demi menyahut seruan program FitDOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan  sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.











Baca selanjutnya...

17 Mar 2018

Majlis Jasamu Dikenang & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

16 Mac (Jumaat) - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Selangor telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 Peringkat Zon Tengah bersama DOSM Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5 Shah Alam.

Aturcara majlis:
~ Ucapan Pengarah DOSM Selangor; YBrs. En. Muhammad Amri bin Idris.

~ Ucapan Ketua Perangkawan Malaysia; YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir bin Mahidin.

~ Penyampaian Anugerah Perkhidmatan:
   - Anugerah Jasamu Dikenang.
   - Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 DOSM Selangor & DOSM Wilayah Persekutuan.

~ Pengenalan dan Pelancaran KOSPEN-Plus DOSM Selangor.

Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada kesemua 15 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2017 bagi DOSM Selangor, khususnya kepada dua anggota P.O Gombak yang terpilih menerima anugerah tersebut iaitu En. Mohamad Bazri bin Abu Bakar dan Puan Husna bt Khiri.

Dizahirkan juga ucapan penghargaan tidak terhingga kepada dua orang anggota P.O Gombak yang menerima anugerah Jasamu Dikenang, yang akan bersara pada tahun 2018 ini iaitu En. Arifin bin Amin dan En. Haidzir bin Kidam.

Tidak lupa juga ucapan syabas kepada En. Mohamad Bazri bin Abu Bakar dan Puan Nur Al-Kauthar bt Burhan yang terpilih menjadi antara anggota Pasukan Rujuk KOSPEN-Plus DOSM Selangor.





















Semoga kejayaan dan kecemerlangan serta jasa yang ditunjukkan dapat menjadi contoh teladan dan menggalakkan warga POG yang lain agar meningkatkan produktiviti, berintegriti dan lebih beriltizam agar mencapai kualiti yang tinggi seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.

Baca selanjutnya...

2 Mar 2018

Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) merupakan transformasi perkhidmatan kesihatan awam untuk meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia, yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam.





Pelaksanaan program ini adalah berdasarkan penglibatan sukarelawan yang dikenali sebagai Pasukan Gerak Sihat Malaysia atau singkatannya GSiM. Sukarelawan ini dipilih dari kalangan masyarakat yang bertindak sebagai agen bagi menggerakkan masyarakat Malaysia ke arah gaya hidup sihat dan seterusnya mencegah penyakit tidak berjangkit.

Pejabat Operasi Gombak (POG) turut tidak ketinggalan menjalin kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak dalam mengadakan Program KOSPEN ini khususnya KOSPEN-Plus yang lebih menjurus ke arah  meningkatkan kesedaran kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Dua orang anggota POG telah terpilih menjadi Sukarelawan KOSPEN iaitu Mohamad Bazri bin Abu Bakar dan Nur Al-Kauthar bt Burhan.

Dalam taklimat program yang disampaikan oleh Dr. Nofi Yuliani bt Dahlan, Pakar Perubatan dari PKD Gombak, beliau telah berkongsi pelbagai maklumat dan tips berkaitan penjagaan kesihatan, khususnya yang terkandung dalam Skop Utama KOSPEN iaitu :

1. Amalan Pemakanan Sihat.
2. Hidup Yang Aktif.
3. Pengurusan Berat Badan.
4. Amalan tidak merokok
5. Menjalankan saringan kesihatan.


Selesai sahaja sesi taklimat, dijalankan pula sesi saringan kesihatan meliputi pemeriksaan tekanan darah, bacaan paras gula dalam darah serta pengiraan Indeks Jisim Badan atau BMI yang merupakan petunjuk jumlah lemak badan seseorang berdasarkan nisbah berat badan berbanding ketinggiannya.











Begitulah pelbagai ragam warga POG dalam sesi tersebut. Semoga warga POG terus sihat dari segi fizikal dan mental seterusnya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih cemerlang. Diharapkan juga tiadalah hendaknya warga POG yang terpaksa bersara awal atas sebab kesihatan ya!


Baca selanjutnya...

26 Jan 2018

Lawatan Ketua Perangkawan Malaysia ke POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato' Sri Dr Mohd Uzir Mahidin telah mengadakan sesi walkabout ke Pejabat Operasi Gombak, DOSM Selangor pada 25 Januari 2018. Lawatan ini turut disertai Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan; Encik Saifuzzaman bin Abdul Rahman.

Warga POG sungguh berbesar hati kerana ini merupakan lawatan pertama YBhg. Dato' Sri Dr KP bagi sesi turun padang beliau ke pejabat operasi seluruh negara pada tahun 2018. 

Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato' Sri Dr KP menzahirkan penghargaan kepada Warga POG yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Beliau mengharapkan Warga POG bersedia menangani cabaran dalam menjalankan tugas ke arah negara yang lebih maju dan lebih tinggi tahapnya menjelang tahun 2020.

Menurut YBhg. Dato' Sri Dr KP, tugas anggota jabatan kini bukan lagi hanya sekadar mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyebarkan data, malah perlu juga meningkatkan hubungan dengan masyarakat dalam menyebarkan data statistik. Sebagai contoh, berkongsi infografik, data, produk-produk jabatan serta mempopularkan aplikasi jabatan iaitu MyLocal Stats dan BizCode@Stats dalam media sosial masing-masing. Kesannya masyarakat dari pelbagai lapisan dapat lebih memahami kepentingan statistik serta dapat menggunakan dan memanfaatkan data statistik untuk membuat keputusan atau tindakan yang lebih baik, selaras dengan usaha jabatan untuk merakyatkan statistik.













Akhir kata, YBhg. Dato' Sri Dr KP mengharapkan Warga POG menjaga kesihatan masing-masing dengan memperbanyakkan aktiviti senaman fizikal dan riadah, serta menggalakkan aktiviti Fit DOSM. Sesungguhnya mencegah penyakit lebih baik dari mengubati. Sesungguhnya juga kesihatan sangat penting dalam melahirkan warga Jabatan yang sihat dan cergas seterusnya meningkatkan kualiti dan produktiviti seseorang individu sama ada dalam keluarga mahupun Jabatan.

Baca selanjutnya...

18 Jan 2018

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah Puan Hazwani

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Hazwani bt Abdullah, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 5.57pm, Rabu, 17 Januari 2018.

Bayi seberat 2.63 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan A'isyah Mawaddah bt Mohd Sahlan.



Tahniah kepada Puan Hazwani dan suami beliau sempena kelahiran cahaya mata sulung mereka itu. Kami warga POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga puteri mereka bakal menjadi anak yang solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.