Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

15 Oct 2017

Program Sahabat Statistik Bersama Komuniti 2017 sempena Hari Statistik Negara

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

14 Oktober 2017 (Sabtu) - Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan Program Sahabat Statistik : Merakyatkan Statistik Bersama Komuniti bertempat di  Dewan Kuliah, Kolej Komuniti Selayang. Program ini diadakan sebagai salah satu acara bersempena Hari Statistik Negara yang diisytiharkan disambut pada 20 Oktober setiap tahun.

Kumpulan sasaran yang dijemput menghadiri program ini adalah para Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK dalam seluruh Daerah Gombak yang meliputi 5 mukim dan 49 kampung. 

Objektif program ini adalah seperti berikut: 

1. Mempromosi serta memperkenalkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) khususnya PO Gombak di kalangan komuniti setempat;

2. Menjalinkan kerjasama yang baik antara Jabatan dan komuniti agar kepentingan data statistik dapat disebarkan selaras dengan objektif Jabatan untuk merakyatkan statistik;

3. Penganjuran aktiviti pameran  yang akan memperkenalkan produk serta survei yang dijalankan oleh Jabatan khususnya persediaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020; dan

4. Memupuk semangat ukhuwah dan kerjasama berpasukan sesama anggota Jabatan demi meningkatkan kecemerlangan Jabatan. 

 Lokasi Program, urusetia pendaftaran dan ketibaan Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri dan Ketua Penolong Pengarah, En. Mohd Suhaidi


Ketibaan para tetamu jemputan

Tetamu jemputan memenuhi dewan kuliah



Aturcara Program

Pembentangan oleh Ketua Pejabat Operasi Gombak, En. Frankie anak Albert Antau; 
Fungsi dan Peranan DOSM: Penjana Statistik Negara.

  Pembentangan oleh Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris; 
Peranan Statistik Dalam Memacu Kemakmuran Dan Kesejahteraan Rakyat: 
Bersama Kita Menyumbang Ke Arah Data Yang Lebih Baik.

Pembentangan oleh Pegawai Ibu Pejabat Polis Gombak, Inspektor Muhammad Faiz bin Abu Samah; Kerjasama PDRM Bagi Melancarkan Tugas Jabatan Perangkaan Malaysia.

Tayangan Montaj & Sesi Interaktif

Booth Pameran.

Penyerahan Sijil Penyertaan & Cenderahati

 bergambar ramai-ramai

tak wefie tak sah

 ramai-ramai mengucapkan Selamat Hari Statistik Negara!!!

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari

 pelbagai ragam

 free style!!!

 wefie lagi sebelum balik

Syabas dan tahniah kepada semua anggota yang terlibat menjayakan program ini. Terbukti hasil kerjasama berpasukan yang padu, kita mampu menjayakan program ini dengan cemerlang serta mendapat maklum balas positif dari para jemputan yang kini lebih mengenali dan memahami fungsi dan peranan DOSM.

#POG Ohsem

 
Baca selanjutnya...

1 Oct 2017

Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
 
Pada 28-30 September 2017, telah berlangsung Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) 2017 kali ke-12, yang merupakan penjenamaan semula Sukan Antara Zon (SAZ), hasil cetusan ilham Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin. Temasya kejohanan dwitahunan kali ini dianjurkan oleh Zon Tengah (DOSM Wilayah Persekutuan & Selangor) dan telah diadakan di Pusat Latihan Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang.


Logo Kejohanan




Venue pertandingan: 
Stadium INSPEN (Bolasepak 9-Sebelah & acara balapan) 
Dewan Indoor INSPEN (Majlis Perasmian, Sorakan, Bola Tampar, Badminton & Ping Pong)
Outdoor Arena INSPEN (Bola Jaring, Sepak Takraw & Tarik Tali lelaki)
Uptown Sports, Bangi (bagi acara Futsal lelaki, wanita dan veteran)
Wangsa Bowl, IOI City Mall (acara Boling)
Dewan Jubli, INSPEN (Malam Perangkaan)

Pada SSK 2017 ini, seramai 8 anggota POG telah terpilih untuk mewakili pasukan Zon Tengah iaitu:
1. Siti Norasyikin bt Mohd Ghani (acara Bola Tampar wanita)
2. Ali b. Ahmad (Futsal veteran & Bolasepak 9-Sebelah)
3. Mohd Bazri b. Abu Bakar (acara Sepaktakraw & Futsal Veteran)
4. Azeman b. Shaari (Sepaktakraw, Futsal Veteran & Boling)
5. Mohd Shahrul b. Johari (Futsal lelaki & Bolasepak 9-Sebelah)
6. Mohd Fadzly b. Mohd Noor (Futsal lelaki & Bolasepak 9-Sebelah)
7. Mohd Afiq Aizzuddin b. Wahab ((Futsal lelaki & Bolasepak 9-Sebelah))
8. Rozan b. Sulaiman (Bola Tampar lelaki)



Gambar atas dan bawah; sebahagian pemain dan penyelaras sukan dari POG

Setinggi tahniah kepada pasukan Bola Tampar Lelaki dan Wanita, Sepaktakraw, Tarik Tali dan Pasukan Sorakan Zon Tengah yang berjaya muncul juara, manakala dalam acara Bolasepak 9-sebelah dan Ping Pong, Zon Tengah berjaya meraih gelaran naib juara.













Kebanggaan POG; En. Frankie sebagai Ketua Penyelaras Majlis Perasmian manakala 
En. Mohd Fadzly dipilih menjadi salah seorang Pengacara Majlis Perasmian

Kontinjen Zon Tengah



Acara balapan yang baru diperkenalkan kali ini


 Malam Perangkaan bertemakan Blue, White & Denim



POG menjadi persinggahan pertama Piala Pusingan Juara Keseluruhan SSK 2017 


Zon Tengah muncul Juara Keseluruhan buat julung kalinya dengan mengutip 12 mata, manakala Zon Ibu Pejabat Putrajaya dengan 10 mata di tempat kedua. Zon Borneo pula mencipta kejutan meraih tempat ketiga dengan mengutip 9 mata. 

Jutaan terima kasih kepada semua urusetia, penyelaras acara sukan, pemain dan penyokong Zon Tengah yang telah berusaha gigih dan memberi komitmen yang tinggi. Semoga dalam kejohanan pada tahun 2019 yang akan dianjurkan oleh Zon Ibu Pejabat, kita mampu untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam setiap acara.

Syabas dan tahniah buat semua.


INFO : SEJARAH PENGANJURAN SUKAN STATISTIK KEBANGSAAN

1997 : Zon Utara - Ipoh, Perak
1999 : Zon Timur - Kuala Terengganu, Terengganu
2002 : Zon Ibu Pejabat - Pusat Latihan BSN, Bangi
2004 : Zon Tengah - Pusat Latihan BSN, Bangi 
2006 : Zon Selatan - Ayer Keroh & Bandaraya Melaka
2009 : Zon Ibu Pejabat - Pusat Latihan BSN, Bangi
2011 : Zon Selatan - Seremban, N.Sembilan
2013 : Zon Utara - UUM Sintok, Kedah
2015 : Zon Timur - UIAM, Kuantan, Pahang


Baca selanjutnya...

22 Sept 2017

POG @ Sukan Para Asean ke-9

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

21 September 2017 (Khamis) - Seluruh warga POG merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Cik Norfariza Mortadza dari Pejabat Operasi Miri, DOSM Sarawak yang telah mewakili Malaysia dan memenangi pingat perak bagi acara Angkat Berat 86kg ke atas dalam Sukan Para Asean ke-9 yang berlangsung di MITEC Kuala Lumpur.


Beberapa orang warga POG turut berkesempatan hadir memberi sokongan kepada Wirawati DOSM dan negara itu. Syabas! Kami turut berbangga dengan kejayaan yang diraih ini.







Baca selanjutnya...

30 Aug 2017

Kelahiran Cahaya Mata: Tahniah En. Bazri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Mohamad Bazri bin Abu Bakar, Pemandu R3, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 2.13 pm, 29 Ogos 2017.

Bayi seberat 3.10 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Siti Nur Raisya bt Mohamad Bazri.



 Tahniah kepada En. Bazri dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata ketujuh yang juga merupakan puteri ketiga mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.

Baca selanjutnya...

19 Aug 2017

Majlis Penghargaan Pelajar Latihan Industri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

18 Ogos 2017 (Jumaat) - P.O Gombak telah mengadakan majlis penghargaan kepada 2 orang pelajar latihan industri dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Cik Hani Iryani bt Lasmudin dan Cik Nur Faizzati bt Ahmad Faizal telah menamatkan dengan jayanya latihan industri mereka selama kira-kira 2 bulan di P.O Gombak.

 pelajar yang diraikan

 pengerusi majlis; En. Fadzly
pembaca doa; En. Afiq
ucapan penghargaan Ketua POG; En. Frankie

 ucapan pelajar yang diraikan; Cik Hani (kiri) & Cik Izzati (kanan)

 sijil penghargaan





POG mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka berdua. Semoga pendedahan tentang tugas-tugas di Jabatan Perangkaan dapat memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran serta menjadi pengalaman berharga dalam menghadapi dunia pekerjaan sebenar nanti.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.