Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

20 May 2017

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

19 Mei 2017 (Jumaat) - Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Perjumpaan Pengarah bersama Warga DOSM Selangor bertempat di Auditorium Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 Shah Alam.



Aturcara majlis:
~ Ucapan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor; En.Muhammad Amri bin Idris, diikuti sesi dialog antara Pengurusan Kanan Jabatan bersama anggota DOSM Selangor.

~ Pembentangan Aktiviti Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS) DOSM Selangor bagi tahun 2017-2018.

~ Pelancaran #FitDosm Selangor.

~ Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2016 di mana seramai 15 orang anggota JP Selangor telah dipilih menerima anugerah tersebut termasuk seorang anggota dari P.O. Gombak.



Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2016 bagi DOSM Selangor, khususnya kepada satu-satunya anggota P.O Gombak yang layak menerima anugerah tersebut iaitu Puan Hazwani bt Abdullah.

 

Semoga kejayaan dan kecemerlangan yang ditunjukkan dapat menjadi contoh teladan dan menggalakkan warga POG yang lain agar meningkatkan produktiviti, berintegriti dan lebih beriltizam agar mencapai kualiti yang tinggi seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.



Baca selanjutnya...

12 May 2017

Kenaikan Pangkat: Tahniah En. Ali

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Ali bin Ahmad atas kenaikan pangkat sebagai Pembantu Perangkaan Kanan Gred E22 berkuatkuasa 10 Mei 2017. 

Beliau ditempatkan di Pejabat Operasi Gombak, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh En. Ahmad Rahimi bin Abdullah yang telah bersara pilihan.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pencetus semangat kepada beliau untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.
Baca selanjutnya...

14 Apr 2017

Fit DOSM POG @ Tasik Taman Bersatu, Rawang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Warga POG telah menganjurkan program Fit DOSM bertempat di Tasik Rekreasi Taman Bersatu, Rawang demi menyahut seruan program Fit DOSM oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang bertujuan untuk memastikan anggota Jabatan  sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

 senaman regangan

 kelihatan anggota paling veteran di belakang turut bersemangat menyertai program

 senaman lompat bintang

 melompat ke bintang lagi

 peserta berjalan 10,000 langkah (dipantau oleh En.Frankie 
dari belakang bagi memastikan tiada yang mengelat) hihi

antara anggota paling cergas sedang berjogging

 anggota yang paling bersemangat dan paling awal sampai... memang fit sungguh beliau ni...

 tarian poco-poco diketuai oleh ratu poco-poco POG

 walaupun tarian poco-poco mereka nampak sumbang tapi itu lebih baik dari tak buat apa-apa

masing-masing menunjukkan gaya paling fit (kononnya)

Semoga aktiviti ini dapat diadakan lebih kerap lagi agar warga POG terus sihat, cergas dan cerdas seterusnya meningkatkan lagi semangat bekerja dan produktiviti masing-masing.


Baca selanjutnya...

Pot Luck @ POG; Bil 01/2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Warga POG telah mengadakan majlis jamuan sarapan pagi secara potluck bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama anggota. Antara juadah lazat yang dibawa oleh warga POG adalah nasi lemak, spagheti goreng, bihun goreng, ayam goreng, roti jala, lempeng, kuih muih dan buah-buahan.


Ketua POG, En. Frankie berharap agar majlis seperti ini lebih kerap diadakan bagi merapatkan hubungan sesama warga POG.
Baca selanjutnya...

10 Apr 2017

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah Puan Emily

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Emily Singa, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 3.14 petang, Ahad, 9 April 2017.

Bayi seberat 3.18 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Abner Noel anak Lawrence.


Tahniah kepada Puan Emily dan suami beliau sempena kelahiran cahaya mata kedua mereka itu. Seluruh warga POG mengharapkan semoga keluarga mereka dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan yang baik, serta anak-anak mereka bakal menjadi anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya, bangsa dan negara.
Baca selanjutnya...

3 Apr 2017

Kejohanan Boling Tertutup POG 2017

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab Pejabat Operasi Gombak (K-POG) telah menganjurkan Kejohanan Boling Tertutup Pejabat Operasi Gombak pada 2 April 2017 (Ahad) bertempat di Selayang Mall.

POG turut berbesar hati di atas kesudian Pengarah DOSM Selangor, En. Muhammad Amri bin Idris dan En. Mazlan dari Ibu Pejabat DOSM Selangor, Shah Alam hadir memeriahkan kejohanan ini.

hadiah rebutan

 Perasmian oleh Pengarah






Berikut adalah keputusan kejohanan tersebut:

Kategori Lelaki:
1. En. Azeman 
2. En.Rohaizad
3. En. Aiman
4. En. Reza (suami Pn. Ayu)
5. En. Bazri


Kategori Wanita:
1. Puan Shahray Aini (isteri En. Rahim) 
2. Cik Amalina (PSH)
3. Kak Yam (cleaner POG)
4. Puan Nur Al-Kauthar
5. Hasnida (isteri En. Ali)


Kategori Khas
Raja & Ratu L......g
(tak sampai hati nak tulis.. nama juga terpaksa dirahsiakan
demi menjaga perasaan peserta...hehe)


antara peserta dan keluarga




Tahniah kepada semua pemenang dan juga peserta. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa cuba lagi dalam kejohanan yang akan datang (bolehlah mula berlatih dengan gigih bermula dari sekarang). Semoga kejohanan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga POG dan keluarga masing-masing.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.