Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

3 Apr 2017

Program Fit DOSM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab Sukan Statistik (KSS) telah memperkenalkan dan melaksanakan program Fit DOSM. Program ini bertujuan untuk memastikan warga Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan cerdas.

Bagi mempergiatkan lagi aktiviti sukan dan rekreasi di kalangan warga DOSM, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja KSS Bil. 1/2017 yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua (YDP) KSS, YBrs. Dr. Mohd Uzir bin Mahidin telah bersetuju untuk menubuhkan satu laman Facebook (FB) Fit DOSM.

Sehubungan itu, tuan/puan adalah digalakkan untuk mengikuti dan like FB Fit DOSM di pautan https://www.facebook.com/fitDOSM/ atau Fit DOSM di aplikasi Facebook bagi mendapatkan informasi dan perkembangan terkini aktiviti sukan dan rekreasi warga DOSM di seluruh Malaysia.

Sama-sama kita ke arah warga DOSM yang sihat, ceria dan mesra bagi meningkatkan produktiviti demi mencapai keindahan dan kenikmatan bekerja (KKB).

(Petikan emel Jabatan)

Di peringkat POG, En. Muhammad Aiman b. Mohd Arshad telah dilantik untuk mengetuai Jawatankuasa Fit DOSM untuk merancang sebarang aktiviti/program yang difikirkan sesuai.


Baca selanjutnya...

1 Apr 2017

Lawatan Pengarah DOSM Selangor ke POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

31 Mac 2017 (Jumaat) - Pengarah DOSM Selangor yang baru, En. Muhammad Amri bin Idris telah sudi hadir ke POG dalam Sesi Meet & Greet Pengarah DOSM Selangor Bersama Anggota Pejabat Operasi Gombak.



Dalam ucapan beliau, antara lain melahirkan harapan agar seluruh warga POG terus memberi sumbangan dan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan Pelan Transformasi Jabatan, selaras dengan komitmen Jabatan Perangkaan Malaysia untuk menjadi organisasi statistik yang terbilang di dunia menjelang tahun 2020.

Pelan transformasi ini memberi fokus kepada empat teras strategik; 

1. Penghasilan produk dan perkhidmatan statistik yang berintegriti dan reliable.
2. Pengurusan sumber dan infrastruktur yang efisien.
3. Mendaya upaya bakat.
4. Memperkasa peranan penjana statistik.

Terima kasih kepada En. Muhammad Amri yang telah sudi membuat lawatan ke POG. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan muhibbah sesama kita serta meningkatkan semangat warga POG untuk bersama-sama merealisasikan Pelan Transformasi ini demi mencapai misi dan visi Jabatan.

Baca selanjutnya...

17 Mar 2017

Selamat Datang En. Amri; Pengarah Baru DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa En. Muhammad Amri bin Idris telah melaporkan diri sebagai Pengarah Gred E54 di Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor berkuatkuasa mulai 16 Mac 2017.

Sebelum ini beliau menjawat jawatan Pengarah di DOSM Perak.


Seluruh warga POG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah, selamat datang dan selamat bertugas di DOSM Selangor kepada beliau. Semoga kita semua dapat bekerjasama dengan baik  seterusnya meningkatkan kecemerlangan DOSM Selangor.





Baca selanjutnya...

10 Mar 2017

Kenaikan Pangkat: Tahniah En. Frankie

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Seluruh warga P.O Gombak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Frankie anak Albert Antau, Ketua Pejabat Operasi Gombak atas kenaikan pangkat sebagai Perangkawan Gred E44 berkuatkuasa 1 Mac 2017.

Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan menjadi pencetus semangat kepada beliau untuk berkhidmat lebih cemerlang dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan di masa akan datang.

Pengiktirafan disampaikan oleh Ketua Perangkawan, Dr. Mohd Uzir bin Mahidin


Bersama Timbalan Pengarah DOSM Selangor, Puan Hartini bt Yaacob


Baca selanjutnya...

Mesyuarat Penubuhan KSKS

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

9 Mac 2017 (Khamis) - Mesyuarat Penubuhan Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial JP Negeri Selangor (KSKS) telah diadakan bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, Shah Alam.


Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik bagi tempoh 2017/2018:

Pengerusi : En. Mohd Suhaidi bin Abdul Rais

Tim. Pengerusi : Pn Noor Azlin bt Jaafar

Bendahari : En. Mohamad Mazlan bin Jamaludin

Setiausaha : Pn Nur Azah Afnan bt Hanafi

Pen. Setiausaha : Pn Erma Arifah bt Muhammed Misman


Ahli Jawatankuasa :

Seksyen Rangka&Pemetaan - En Khairul Anuar bin Parlan

Seksyen Isi Rumah - Cik Asma Asiah bt Ramlee

Seksyen Harga-Harga - En Amir Imran bin Zainal Ariffin

Seksyen Perkhidmatan - En Hairul Hadimi bin Mohd Diah

Seksyen Industri - En Wan Mohd Hisyamuddin bin Che Yusoff

Seksyen Pentadbiran - Pn Jenny Anak Masam

Seksyen Prosesan - En Tuan Afiq bin Tuan Mud

PO Kajang - En Muhammad Rushd Al Faizal bin Abd Rshid

PO Gombak - Pn Nur Al Kauthar bin Burhan


Semoga Jawatankuasa baru ini dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi.
 
 
Baca selanjutnya...

7 Mar 2017

Kelahiran Cahaya Mata: Tahniah En. Afiq

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 3.27 pm, 6 Mac 2017.

Bayi seberat 2.64 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan dinamakan Raysha Naurah bt Mohd Afiq Aizzuddin.


Tahniah kepada En. Afiq dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata kedua mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.