Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

7 Jan 2017

Majlis Persaraan En. Rahimi dan Perpisahan En. Faizal

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada 6 Januari 2017 (Jumaat), POG mengadakan majlis persaraan dan perpisahan bagi menzahirkan penghargaan untuk dua orang anggota.

Mereka adalah En. Ahmad Rahimi bin Abdullah (Pembantu Perangkaan E22) yang bakal menamatkan perkhidmatan atas sebab bersara pilihan pada usia 58 tahun, dan En. Muhammad Faizal bin Noorsham (Pembantu Perangkaan E19) yang bertukar ke Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Abdul Rahim, diikuti ucapan penghargaan oleh Ketua POG, En. Frankie. Di akhir ucapan beliau, En. Frankie merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Rahimi dan En. Faizal di atas segala jasa bakti dan khidmat cemerlang yang telah disumbangkan selama bertugas di POG.


tugas pengerusi majlis yang sebelum ini dikendalikan oleh En. Faizal tanpa dicabar, 
kini diambil alih oleh En. Fadzly... nampak terserlah bakat beliau...



Seterusnya ucapan oleh pegawai yang diraikan, En. Rahimi dan En. Faizal yang sudi berkongsi pelbagai pengalaman pahit manis dan suka duka sepanjang berkhidmat di Jabatan Perangkaan, serta mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang memberikan kerjasama dan tunjuk ajar sepanjang berada di POG, sambil menyelitkan kata-kata nasihat untuk pegawai dan anggota yang masih berkhidmat.





Majlis diteruskan dengan penyerahan sumbangan cenderamata kenang-kenangan kepada kedua-dua pegawai yang diraikan, diikuti tayangan slaid dan jamuan makan.








punch card buat kali terakhir sebelum bersara



 Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Hati sayu merenung malam
Cengkerik dan unggas meneman diri
Bertemu berpisah lumrah alam
Pasti jadi suatu memori

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas mendoakan En. Rahimi sentiasa sihat dan berbahagia menikmati alam persaraan serta dilimpahkan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan beliau bersama keluarga.

Warga POG turut mendoakan En. Faizal akan terus maju jaya, dilimpahkan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan beliau sekeluarga di tempat yang baru serta berjaya mengejar segala impian di masa akan datang.

Aamiin, ya Robbal 'aalamiin.


Baca selanjutnya...

16 Dec 2016

Sijil Pengiktirafan EKSA : Tahniah JP Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 15 Disember 2016, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah berjaya secara rasminya menerima Sijil Pengiktirafan memenuhi keperluan kriteria komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Tahniah kepada semua anggota JP Selangor termasuk di Pejabat Operasi Gombak dan Pejabat Operasi Kajang yang telah bertungkus lumus dan begitu komited membuat persediaan dan persiapan terbaik untuk pengauditan EKSA ini, walaupun pada masa yang sama sibuk dengan kerja-kerja hakiki.


Semoga kekemasan dan kebersihan pejabat kita ini dapat dikekalkan bagi mewujudkan suasana persekitaran kerja yang selesa, selamat, harmoni dan kondusif.


Baca selanjutnya...

18 Nov 2016

Takziah En. Frankie

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa Ibu kepada Encik Frankie anak Albert Antau, Ketua Pejabat Operasi Gombak telah meninggal dunia pada 16 November 2016 (Rabu).

Seluruh warga POG merakamkan ucapan takziah kepada En. Frankie dan keluarga. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai kematian. Semoga beliau sabar dan tabah menghadapi ujian ini.


DIKEMASKINI:

Pengerusi KPOG, En. Rohaizad menyerahkan sumbangan dari kelab kepada En. Frankie.



Baca selanjutnya...

13 Nov 2016

Malam Perangkaan 2016

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 11 November 2016 (Jumaat), 7.00 - 11.00 malam, Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS) JP Negeri Selangor telah menganjurkan Program Malam Perangkaan 2016 bertempat di Aras 4, Dewan Orkid, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam. 

Majlis makan malam ini telah dirasmikan oleh Mantan Pengarah JP Selangor, Tuan Haji Ibrahim bin Jantan. Jumlah peserta terlibat adalah seramai hampir 430 orang, terdiri daripada seluruh warga Selangor berserta keluarga. Pelbagai anugerah dan hadiah turut disediakan khusus buat hadirin yang hadir.

Beberapa orang anggota POG termasuk anggota PSH berkesempatan hadir serta membuat persembahan pada malam tersebut yang bertemakan "Glamourous Night". Saksikan kemeriahan malam tersebut.





 

 
 
Baca selanjutnya...

28 Oct 2016

Kelahiran Cahaya Mata: Tahniah En. Wan Faizal

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Wan Ahmad Faizal bin Wan Ibrahim, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata kembar lelaki pada jam 8.31 am dan 8.37 am, 27 Oktober 2016.

Bayi seberat 2.37 dan 2.51 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Wan Aydan dan Wan Aydin bin Wan Ahmad Faizal.

kelahiran kembar pertama dalam kalangan warga POG

Tahniah kepada En. Wan Faizal dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata keempat dan kelima mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

15 Oct 2016

Salam Perpisahan Pengarah JP Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 14 Oktober 2016 (Jumaat), Pengarah JP Selangor, Tuan Haji Ibrahim bin Jantan yang telah menjawat jawatan Pengarah sejak 16 Februari 2009 telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kanan (JUSA C), Bahagian Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan (BPHPP) di Ibu Pejabat, Putrajaya.

Seluruh warga POG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan tersebut dan terima kasih di atas segala jasa, tunjuk ajar dan sumbangan yang telah beliau curahkan kepada JP Selangor. Warga POG turut mendoakan semoga Tuan Haji Ibrahim terus maju jaya dan lebih cemerlang dalam menjalankan tugas di tempat baru.


Nota: Timbalan Pengarah, Puan Hartini bt Yaacob akan memangku tugas-tugas Pengarah sehingga kekosongan jawatan tersebut diisi.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.