Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

28 Oct 2016

Kelahiran Cahaya Mata: Tahniah En. Wan Faizal

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Wan Ahmad Faizal bin Wan Ibrahim, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata kembar lelaki pada jam 8.31 am dan 8.37 am, 27 Oktober 2016.

Bayi seberat 2.37 dan 2.51 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Wan Aydan dan Wan Aydin bin Wan Ahmad Faizal.

kelahiran kembar pertama dalam kalangan warga POG

Tahniah kepada En. Wan Faizal dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata keempat dan kelima mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

15 Oct 2016

Salam Perpisahan Pengarah JP Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 14 Oktober 2016 (Jumaat), Pengarah JP Selangor, Tuan Haji Ibrahim bin Jantan yang telah menjawat jawatan Pengarah sejak 16 Februari 2009 telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Kanan (JUSA C), Bahagian Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan (BPHPP) di Ibu Pejabat, Putrajaya.

Seluruh warga POG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas perlantikan tersebut dan terima kasih di atas segala jasa, tunjuk ajar dan sumbangan yang telah beliau curahkan kepada JP Selangor. Warga POG turut mendoakan semoga Tuan Haji Ibrahim terus maju jaya dan lebih cemerlang dalam menjalankan tugas di tempat baru.


Nota: Timbalan Pengarah, Puan Hartini bt Yaacob akan memangku tugas-tugas Pengarah sehingga kekosongan jawatan tersebut diisi.


Baca selanjutnya...

6 Sept 2016

Selamat Datang Puan Emily

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Patah tumbuh hilang berganti. Setelah kehilangan Puan Raiham bt Abdullah yang bertukar ke Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang, kini Pejabat Operasi Gombak menerima kehadiran anggota baru.

Pada 5 September 2016 (Isnin), Puan Emily Singa, Pembantu Perangkaan E19 telah melapor diri untuk memulakan tugas di Pejabat Operasi Gombak.

Telah berkhidmat di Jabatan Perangkaan Malaysia selama kira-kira 7 tahun, beliau yang berasal dari Sarawak, sebelum ini bertugas di Bahagian Perangkaan Akaun Negara, Wisma Minlon.



 POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Puan Emily, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang bertugas di sini.
Baca selanjutnya...

3 Sept 2016

Semoga cepat sembuh, En. Rahimi

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa En. Ahmad Rahimi bin Abdullah telah dimasukkan ke Hospital Selayang kerana menjalani rawatan berkaitan masalah jantung. Seterusnya beliau dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut.

En. Frankie sempat menziarahi En. Rahimi di wad
Beliau telah dibenarkan pulang pada hari Jumaat, 2 September 2016. Kami seluruh warga POG mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat kembali meneruskan tugas seperti biasa. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

2 Sept 2016

Salam Perpisahan dari Puan Raiham

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setelah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 19 Ogos 2016, permohonan Puan Raiham bt Abdullah, Pembantu Perangkaan E19 untuk bertukar mengikut suami beliau yang bertugas di Kuantan, Pahang telah berjaya. Beliau akan bertukar ke Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pahang mulai 5 September 2016.

Setelah kira-kira 8 tahun mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau. 


Walau bagaimanapun, warga POG belum berkesempatan untuk mengadakan majlis perpisahan untuk beliau memandangkan beliau masih dalam cuti bersalin.

Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas mendoakan beliau akan terus maju jaya, dilimpahkan kesejahteraan dan keberkatan dalam kehidupan beliau sekeluarga di tempat yang baru serta berjaya mengejar  segala impian di masa akan datang.

UPDATE:

Penyampaian sumbangan kelahiran dan sempena perpisahan dari wakil KPOG sewaktu beliau singgah di POG sebelum melapor diri di JP Pahang.
 
Baca selanjutnya...

30 Aug 2016

Kelahiran Cahaya Mata: Tahniah Puan Husna

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Husna bt Khiri, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 9.02 pagi, 29 Ogos 2016.

Bayi seberat 2.55 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Ahmad Amin Hazimi bin Mohd Azman.


Tahniah kepada Puan Husna dan suami beliau sempena kelahiran cahaya mata ketiga mereka itu. Kami warga POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.

 En. Frankie menyampaikan sumbangan kelahiran dari KPOG


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.