Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

20 Aug 2016

Kelahiran Cahaya Mata: Tahniah Puan Raiham

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Raiham bt Abdullah, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 10.43 pagi, 19 Ogos 2016.

Bayi seberat 2.63 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan dinamakan Siti Nurkhayla Ailani bt Shaikh Mohd Azmi.

Tahniah kepada Puan Raiham dan suami beliau sempena kelahiran puteri mereka itu... kini melengkapkan sepasang cahaya mata.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

15 Aug 2016

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Rahim

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa isteri En. Abdul Rahim bin Shaharuddin , Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 10.40 pm, 7 Ogos 2016.

Bayi seberat 3.38 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Kemaman, Terengganu dan dinamakan Aiman Hakimi bin Abdul Rahim.

Tahniah kepada En.Rahim dan isteri beliau sempena kelahiran cahaya mata ketiga mereka itu.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.



DIKEMASKINI:

Ketua POG, En. Frankie mewakili KPOG menyampaikan sumbangan kelahiran 
kepada En. Rahim yang kelihatan begitu riang sekali.


Baca selanjutnya...

14 Aug 2016

Kejohanan Futsal Tertutup JP Selangor 2016

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

13 Ogos 2016 (Sabtu) - Kejohanan Futsal Tertutup Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, telah dianjurkan bertempat di KSL Sport Futsal, Taman Seri Gombak, Batu Caves.

Setiap seksyen dan pejabat operasi telah menghantar satu pasukan untuk menyertai kejohanan futsal ini. POG selaku tuan rumah yang juga merupakan juara bertahan tidak ketinggalan menghantar dua pasukan yang dirasakan mampu mempertahankan kejuaraan. 

Senarai Pasukan: 
1. Pogback FC (POG)
2. Mat Master FC (PSH POG)
3. Industri Power FC (Industri)
4. Abang Long Af FC (Isirumah & Harga)
5. Rangka FC (Rangka)
6. Try Main Je (TMJ) FC (Perkhidmatan)
7. Broga FC (POK)

Kejohanan ini dijalankan secara liga sepusingan, di mana setiap pasukan bermain sebanyak 6 perlawanan. Tanpa disangka-sangka, pasukan POG telah berjaya mempertahankan kejuaraan, sekali lagi dengan rekod tanpa kalah dalam kesemua perlawanan.

keputusan perlawanan

kedudukan keseluruhan


hadiah & piala rebutan

pengurus pasukan POGBACK dengan muka bangganya menjulang piala yang disampaikan oleh En. Suhaidi








Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang sama-sama menjayakan kejohanan ini. Kepada pasukan yang tidak berjaya, masih ada ruang dan peluang dalam kejohanan akan datang. Yang penting, tujuan utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara kakitangan di samping memupuk budaya hidup sihat di kalangan anggota JP Selangor.


Baca selanjutnya...

30 Jul 2016

Majlis Sambutan Aidilfitri POG 2016

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri POG telah diadakan pada 29 Julai 2016 (Jumaat) bertempat di Bilik Latihan Seri Selayang, Aras 2, Pej. Operasi Gombak.

Saksikan kemeriahan majlis tersebut.




penerima sumbangan kelahiran










Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini.  Kami di POG mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Baca selanjutnya...

6 Jul 2016

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah Puan Fairos

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Puan Che Norfairos binti Che Omar, Pembantu Perangkaan E19, Pejabat Operasi Gombak telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 11.35 pagi, 5 Julai 2016 (sehari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri).

Bayi seberat 3.12 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan dinamakan Muhammad Ahnaf Nazhan bin Ahmad Nasrum.

Tahniah kepada Puan Fairos dan suami beliau sempena kelahiran putera kedua mereka itu. Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-putera mereka bakal menjadi anak yang soleh... aamiinn. Insya Allah.



DIKEMASKINI:

Ketua POG, En. Frankie mewakili KPOG menyampaikan sumbangan kelahiran kepada Puan Fairos sebaik sahaja beliau kembali bertugas.


Baca selanjutnya...

4 Jun 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


3 Jun 2016 (Jumaat) - Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Perjumpaan Pengarah bersama Warga JP Selangor & Sesi Penerangan Banci Ekonomi (BE) 2016 bertempat di Auditorium Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 Shah Alam.

Aturcara majlis:
~ Ucapan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor; Tuan Haji Ibrahim bin Jantan, diikuti sesi dialog bersama anggota JP Selangor.

~ Sesi Penerangan Banci Ekonomi (BE) 2016 oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor; Puan Hartini bt Yaacob.

~ Penyampaian Sijil Penghargaan kepada  Kumpulan Inovatif & Kreatif JP Selangor iaitu Kumpulan KRINOV (yang turut dianggotai oleh En. Frankie anak Albert Antau dan En. Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab dari P.O Gombak)

 Kumpulan KRINOV

~ Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2015 di mana seramai 16 orang anggota JP Selangor telah dipilih menerima anugerah tersebut termasuk 3 orang anggota dari P.O. Gombak.


Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2015 bagi JP Selangor, khususnya kepada tiga anggota P.O Gombak yang menerima anugerah tersebut iaitu En. Ahmad Rahimi bin Abdullah, Puan 'Ainun Sa'adah bt Haji Abd. Rahim dan En. Azizol bin Harun (kini telah bertukar ke Pejabat Operasi Kuala Krai, JP Kelantan).





Semoga kejayaan dan kecemerlangan yang ditunjukkan dapat menjadi contoh teladan dan menggalakkan warga POG yang lain agar meningkatkan produktiviti, berintegriti dan lebih beriltizam agar mencapai kualiti yang tinggi seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.