Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Peluang dan peningkatan kerjaya penjawat awam terbuka luas apabila Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 8/2013 Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Yang Berada Di Gred Lantikan.
Sebelum ini, pelaksanaan kenaikan pangkat secara time-based bagi pegawai Kumpulan Pelaksana yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih dalam skim perkhidmatan semasa secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Melalui pekeliling baru ini, tempoh kenaikan pangkat secara KUP telah dipendekkan daripada 15 tahun kepada 13 tahun. Penambahbaikan ini juga mengambil kira penilaian kecemerlangan.
Kenaikan pangkat time-based berasaskan kecemerlangan bertujuan untuk menyediakan peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai yang mencapai prestasi yang baik di samping menunjukkan sikap dan komitmen kerja yang positif. Dengan ini, pegawai berpeluang untuk meningkat dalam kerjaya melalui kaedah kenaikan pangkat tanpa terikat kepada keperluan kekosongan jawatan.
Sehubungan
itu, Pejabat Operasi Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada En. Rohaizad bin Mohamad Hashim yang telah memenuhi syarat kenaikan pangkat secara time
based berasaskan kecemerlangan berkuatkuasa 2 Mei 2015.
Semoga kenaikan pangkat ini akan menjadi pencetus semangat kepada beliau untuk berkhidmat lebih cemerlang di masa akan datang.
Baca selanjutnya...