Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Dukacita dimaklumkan bahawa bapa kepada seorang anggota POG, Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab, telah kembali ke Rahmatullah pada petang 30 September 2015 (Rabu) bersamaan dengan 16 Zulhijjah 1436H.
Marilah kita semua, warga POG menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, Insya-Allah.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pada 3-6 September 2015, Sukan Antara Zon (SAZ) ke-11 Jabatan Perangkaan Malaysia yang dianjurkan oleh Zon Timur dengan kerjasama JP Pahang, telah diadakan di Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Para atlet disediakan tempat penginapan di Mahallah Maimunah, kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Cawangan Kuantan.
Venue pertandingan: Kompleks Sukan UIAM (bola tampar, badminton, ping pong, sepaktakraw, bola jaring dan perbarisan) Kuantan Futsal Centre (bagi acara futsal lelaki, wanita dan veteran) Premium Lane Kuantan Plaza (acara bowling) Stadium Darul Makmur (acara kemuncak bolasepak 9 sebelah) Sri Manja Boutique Hotel (Malam Perangkaan 2015)
Pada SAZ 2015 ini, seramai 9anggota POG telah terpilih untuk mewakili pasukan Zon Tengah iaitu: 1. Siti Norasyikin bt Mohd Ghani (acara bola tampar wanita) 2. Haidzir b. Kidam (persembahan Malam Perangkaan) 3. MohdBazri b. Abu Bakar (acara badminton, futsal veteran & persembahan Malam Perangkaan) 4. Azeman b. Shaari (badminton, sepaktakraw & persembahan Malam Perangkaan) 5. Ali b. Ahmad (futsal veteran & bolasepak9-sebelah) 6. Mohd Shahrul b. Johari (futsal lelaki & bolasepak 9-sebelah) 7. Mohd Fadzly b. Mohd Noor (bolasepak 9-sebelah) 8. Mohd Afiq Aizzuddin b. Wahab (futsal lelaki) 9. Rozan b. Sulaiman (bola tampar lelaki) Setinggi tahniah kepada pasukan Bola Tampar Lelaki dan Wanita Zon Tengah yang berjaya muncul juara, manakala dalamacara Bolasepak 9-sebelah, Zon Tengah berjaya meraih gelaran naib juara.
ketibaan anggota kontinjen Zon Tengah dari POG
para atlet (dan artis juga) sedang menjalani latihan menguatkan otot
aksi Cik Syikin dalam acara bola tampar wanita
Abang Bazri kita dengan selamba membalas pukulan smash kencang pihak lawan
acara bola jaring dan sepaktakraw dijalankan di tengah panas terik ... rentung Abg Jiman dibuatnya...
otai-otai dari pasukan futsal veteran
pasukan bowling turut disertai Pengarah JP Selangor
Kontinjen Zon Tengah dalam acara perbarisan di Stadium UIAM
bersama maskot SAZ-11
This is Darul Makmur
pegawai perlawanan berbaju belang berpuas hati dengan keadaan padang...
ultras.... penyokong Zon Tengah memberi sokongan dan sorakan padu
Pasukan bolasepak 9-sebelah Zon Tengah. Menang 2-0 vs Zon Selatan dan seri 0-0 vs Ibu Pejabat
berjaya mara ke final namun tewas tipis 0-1 kepada Zon Sabah/Sarawak
Malam Perangkaan 2015... meriah dengan acara penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan persembahan
sarapan di dewan makan UIAM sebelum berangkat pulang
sempat singgah di Temerloh pekena patin tempoyak
Keputusan Penuh Kejohanan Sukan Antara Zon 2015:
Bola Tampar (L)
Johan: Zon Tengah
Naib Johan: Zon Sabah/Sarawak
Bola Tampar (W)
Johan : Zon Tengah
Naib Johan : Zon Selatan
Bola Jaring
Johan : Zon HQ
Naib Johan : Zon Timur
Badminton
Johan : Zon HQ
Naib Johan : Zon Utara
Sepak Takraw
Johan: Zon Utara
Naib Johan: Zon Sabah/Sarawak
Futsal (L)
Johan: Zon Utara
Naib Johan : Zon Sabah/Sarawak
Futsal (W)
Johan : Zon Selatan
Naib Johan : Zon Utara
Futsal (V)
Johan : Zon HQ
Naib Johan : Zon Utara
Ping Pong
Johan : Zon Selatan
Naib Johan : Zon Utara
Boling
Johan: Zon Selatan
Naib Johan: Zon HQ
Perbarisan
Johan: Zon Utara
Naib Johan: Zon Timur
Bola Sepak
Johan: Zon Sabah/Sarawak
Naib Johan : Zon Tengah
Johan Keseluruhan : Zon Utara
Jutaan terima kasih kepada semua pemain dan penyokong yang telah berusaha gigih dan memberi komitmen yang tinggi. Semoga dalam kejohanan pada tahun 2017 yang akan dianjurkan oleh Zon Tengah, kita mampu untuk mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam setiap acara.
Syabas dan tahniah buat semua.
INFO : SEJARAH PENGANJURAN SUKAN ANTARA ZON
1997 : Zon Utara - Ipoh, Perak
1999 : Zon Timur - Kuala Terengganu, Terengganu
2002 : Zon Ibu Pejabat - Pusat Latihan BSN, Bangi
2004 : Zon Tengah - Pusat Latihan BSN, Bangi
2006 : Zon Selatan - Ayer Keroh & Bandaraya Melaka
2009 : Zon Ibu Pejabat - Pusat Latihan BSN, Bangi
2011 : Zon Selatan - Seremban, N.Sembilan
2013 : Zon Utara - UUM Sintok, Kedah
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Patah tumbuh hilang berganti. Setelah kehilangan Puan Yusnida bt Yusoff yang bertukar ke Shah Alam, Pejabat Operasi Gombak menerima kehadiran anggota baru.Pada 17 Ogos 2015 (Isnin), Puan Nur Al-Kauthar bt Burhan, Pembantu Perangkaan E17 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak.
Beliau yang menetap di Selayang sebelum ini bertugas di Bahagian Perangkaan Perdagangan Luar Negeri (BPPLN), Ibu Pejabat Putrajaya.
POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Puan Nur,
semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen
padu sepanjang bertugas di sini.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada hari Jumaat, 14 Ogos 2015, serentak dengan majlis jamuan Aidilfitri, Kelab POG telah juga menganjurkan majlis perpisahan untuk Puan Yusnida bt Yusoff, yang kembali bertukar suka sama suka 3 penjuru ke ibu pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, Shah Alam mulai 17Ogos 2015...
Majlis
dimulakan dengan ucapan oleh Ketua POG, En. Frankie oleh yang
merakamkan penghargaan atas khidmat cemerlang sepanjang
Puan Yusnida berkhidmat di POG.
Seterusnya
Puan Yusnida dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua
anggota POG yang memberikan kerjasama dan bantuan sepanjang beliau
berada di POG. Setelah lebih 2 tahun mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka,
duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau.
Seluruh
warga POG dengan tulus ikhlas memohon maaf atas segala keterlanjuran
dan mendoakan
beliau akan terus maju jaya serta berjaya mengejar segala impian di masa
akan datang.
Mujur tidaklah jauh sangat beliau bertukar. Ada masa kami ke Shah Alam, insya Allah kita akan berjumpa lagi.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Majlis sambutan Aidilfitri di POG telah diadakan pada 14 Ogos 2015
bersamaan 29 Syawal 1436. Saksikan kemeriahan suasana hari raya di POG
pada majlis tersebut.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari kami di POG.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pada
11 Julai 2015, bersamaan 24 Ramadhan 1436 (Sabtu), POG telah meneruskan tradisi mengadakan
majlis berbuka puasa bersama-sama anggota POG seisi keluarga di pejabat POG.
Menu:
Nasi Beriyani, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca, Acar, Laksa, Sagu
Santan... dan pelbagai kuih muih dan pencuci mulut lain. Terima kasih juga kepada Sdra Azeman dan Afiq yang sudi menaja Daging Kambing Panggang sempena meraikan APC mereka baru-baru ini. Minuman yang
disediakan pula adalah Air Sirap Bandung, Teh Tarik dan sudah tentu Jus
Mangga Mangolee.
Begitulah meriahnya suasana majlis tersebut. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Harap maaf atas segala kekurangan.
PENAFIAN:
Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.