Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

18 Aug 2015

Selamat Datang Nur Al-Kauthar

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Patah tumbuh hilang berganti. Setelah kehilangan Puan Yusnida bt Yusoff yang bertukar ke Shah Alam, Pejabat Operasi Gombak menerima kehadiran anggota baru. Pada 17 Ogos 2015 (Isnin), Puan Nur Al-Kauthar bt Burhan, Pembantu Perangkaan E17 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak.

Beliau yang menetap di Selayang sebelum ini bertugas di Bahagian Perangkaan Perdagangan Luar Negeri (BPPLN), Ibu Pejabat Putrajaya.



POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Puan Nur, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen padu sepanjang bertugas di sini.
Baca selanjutnya...

15 Aug 2015

Majlis Perpisahan Puan Yusnida

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada hari Jumaat, 14 Ogos 2015, serentak dengan majlis jamuan Aidilfitri, Kelab POG telah juga menganjurkan majlis perpisahan untuk Puan Yusnida bt Yusoff, yang kembali bertukar suka sama suka 3 penjuru ke ibu pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor, Shah Alam mulai 17 Ogos 2015...

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua POG, En. Frankie oleh yang merakamkan penghargaan atas khidmat cemerlang sepanjang Puan Yusnida berkhidmat di POG. 



 Seterusnya Puan Yusnida dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota POG yang memberikan kerjasama dan bantuan sepanjang beliau berada di POG. Setelah lebih 2 tahun mencurah bakti di POG, pastinya banyak memori suka, duka, pahit dan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat beliau.



Seluruh warga POG dengan tulus ikhlas memohon maaf atas segala keterlanjuran dan mendoakan beliau akan terus maju jaya serta berjaya mengejar segala impian di masa akan datang.


Mujur tidaklah jauh sangat beliau bertukar. Ada masa kami ke Shah Alam, insya Allah kita akan berjumpa lagi.

Baca selanjutnya...

Majlis Sambutan Aidilfitri POG 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Majlis sambutan Aidilfitri di POG telah diadakan pada 14 Ogos 2015 bersamaan 29 Syawal 1436. Saksikan kemeriahan suasana hari raya di POG pada majlis tersebut.













Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari kami di POG.
Baca selanjutnya...

13 Jul 2015

Majlis Berbuka Puasa POG 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 11 Julai 2015, bersamaan 24 Ramadhan 1436 (Sabtu), POG telah meneruskan tradisi mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama anggota POG seisi keluarga di pejabat POG.

Menu: Nasi Beriyani, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca, Acar, Laksa, Sagu Santan... dan pelbagai kuih muih dan pencuci mulut lain. Terima kasih juga kepada Sdra Azeman dan Afiq yang sudi menaja Daging Kambing Panggang sempena meraikan APC mereka baru-baru ini. Minuman yang disediakan pula adalah Air Sirap Bandung, Teh Tarik dan sudah tentu Jus Mangga Mangolee.











Begitulah meriahnya suasana majlis tersebut. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Harap maaf atas segala kekurangan.
Baca selanjutnya...

19 Jun 2015

Semoga cepat sembuh Nik Zafifah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Puan Nik Zafifah Binti Nik Ibrahim telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (fibroid) di Hospital Sungai Buloh.

antara rakan-rakan dari POG yang sempat menziarahi beliau di hospital
Seluruh warga POG mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat kembali meneruskan tugas seperti sediakala.
Baca selanjutnya...

18 Jun 2015

Majlis Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

17 Jun 2015 (Rabu) - Kelab Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan Majlis Ceramah Agama sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak. Ceramah tersebut disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Mohd Zuhdi Bin Mat Piah (Imam 1 Masjid Bandar Tasik Puteri).




Berikut adalah intipati ceramah untuk kita renung dan amalkan bersama sepanjang bulan Ramadhan ini :

~ Ramadhan al-Mubarak bermaksud Ramadhan yang diberkati. Keberkatan itu bukan disebabkan bulan itu bulan Ramadhan tetapi turunnya al-Quran dalam bulan Ramadhanlah yang menjadikan bulan itu berkat lagi mulia.

~ Generasi kini tidak lagi cintakan al-Quran. Maka bermulanya Ramadhan ini sama-samalah kita berubah mendekatkan diri dengan al-Quran. Buat tadarus sekurang-kurangnya 1 mukasurat sehari menggantikan waktu makan tengah hari.

~ Sentiasa bermuhasabah diri untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, bukan hanya dalam bulan Ramadhan sahaja malah juga selepasnya.

~ Menghayati bahawa ibadah puasa itu kerana Allah, jangan cuma berlapar dahaga kerana semata-mata diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan. Maka kena tunaikan juga ibadah lain yang wajib seperti mendirikan solat 5 waktu dan menutup aurat serta banyak bersedekah dan sebagainya.

~ Jangan tinggalkan bangun bersahur walaupun dengan hanya minum seteguk air dan sebiji tamar. Sebaik-baiknya dilakukan di akhir malam ketika sudah hampir waktu subuh serta diiringi dengan banyak berdoa, beristighfar dan solat malam.

~ Mengerjakan solat subuh berjemaah, jika tak sempat ke surau/masjid sekurang-kurangnya dikerjakan di rumah bersama keluarga.

~ Sentiasa produktif di tempat kerja dan tidak bermalas-malasan kerana sikap bermalas-malasan itu akan menyebabkan bulan Ramadhan itu menjadi fitnah kepada orang Islam, seolah-olah dengan berpuasa menjadikan umat Islam malas, lemah dan tidak produktif.

~ Sentiasa amalkan mengerjakan solat dhuha setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, di mana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

~ Jangan membazir ketika berbuka, kawal nafsu makan dan nafsu mata ketika membeli makanan di bazar Ramadhan.

~ Berbuka bersama keluarga dan jangan makan terlalu banyak. Banyakkan berdoa sebelum berbuka kerana waktu sebelum berbuka adalah antara waktu mustajab untuk berdoa. Sebaiknya bergilir-gilirlah berdoa antara suami, isteri dan anak-anak menyatakan hasrat masing-masing dalam bahasa yang mudah difahami.

~ Solat maghrib berjemaah di rumah atau di masjid.

~ Solat isyak berjemaah di surau/masjid diikuti dengan solat terawih, solat witir dan bertadarus..

~ Begitulah seterusnya sehingga waktu sahur keesokannya dengan bangun bersolat malam (qiamullail).


Selesai ceramah, En. Arifin Amin mewakili POG menyampaikan sumbangan cenderahati kepada Ustaz Mohd Zuhdi.



Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.