Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

15 Aug 2015

Majlis Sambutan Aidilfitri POG 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Majlis sambutan Aidilfitri di POG telah diadakan pada 14 Ogos 2015 bersamaan 29 Syawal 1436. Saksikan kemeriahan suasana hari raya di POG pada majlis tersebut.













Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin dari kami di POG.
Baca selanjutnya...

13 Jul 2015

Majlis Berbuka Puasa POG 2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 11 Julai 2015, bersamaan 24 Ramadhan 1436 (Sabtu), POG telah meneruskan tradisi mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama anggota POG seisi keluarga di pejabat POG.

Menu: Nasi Beriyani, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca, Acar, Laksa, Sagu Santan... dan pelbagai kuih muih dan pencuci mulut lain. Terima kasih juga kepada Sdra Azeman dan Afiq yang sudi menaja Daging Kambing Panggang sempena meraikan APC mereka baru-baru ini. Minuman yang disediakan pula adalah Air Sirap Bandung, Teh Tarik dan sudah tentu Jus Mangga Mangolee.











Begitulah meriahnya suasana majlis tersebut. Semoga majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Harap maaf atas segala kekurangan.
Baca selanjutnya...

19 Jun 2015

Semoga cepat sembuh Nik Zafifah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Puan Nik Zafifah Binti Nik Ibrahim telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim (fibroid) di Hospital Sungai Buloh.

antara rakan-rakan dari POG yang sempat menziarahi beliau di hospital
Seluruh warga POG mendoakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat kembali meneruskan tugas seperti sediakala.
Baca selanjutnya...

18 Jun 2015

Majlis Ceramah Sempena Kedatangan Ramadhan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

17 Jun 2015 (Rabu) - Kelab Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan Majlis Ceramah Agama sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak. Ceramah tersebut disampaikan oleh Y.Bhg. Ustaz Mohd Zuhdi Bin Mat Piah (Imam 1 Masjid Bandar Tasik Puteri).




Berikut adalah intipati ceramah untuk kita renung dan amalkan bersama sepanjang bulan Ramadhan ini :

~ Ramadhan al-Mubarak bermaksud Ramadhan yang diberkati. Keberkatan itu bukan disebabkan bulan itu bulan Ramadhan tetapi turunnya al-Quran dalam bulan Ramadhanlah yang menjadikan bulan itu berkat lagi mulia.

~ Generasi kini tidak lagi cintakan al-Quran. Maka bermulanya Ramadhan ini sama-samalah kita berubah mendekatkan diri dengan al-Quran. Buat tadarus sekurang-kurangnya 1 mukasurat sehari menggantikan waktu makan tengah hari.

~ Sentiasa bermuhasabah diri untuk berubah menjadi insan yang lebih baik, bukan hanya dalam bulan Ramadhan sahaja malah juga selepasnya.

~ Menghayati bahawa ibadah puasa itu kerana Allah, jangan cuma berlapar dahaga kerana semata-mata diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan. Maka kena tunaikan juga ibadah lain yang wajib seperti mendirikan solat 5 waktu dan menutup aurat serta banyak bersedekah dan sebagainya.

~ Jangan tinggalkan bangun bersahur walaupun dengan hanya minum seteguk air dan sebiji tamar. Sebaik-baiknya dilakukan di akhir malam ketika sudah hampir waktu subuh serta diiringi dengan banyak berdoa, beristighfar dan solat malam.

~ Mengerjakan solat subuh berjemaah, jika tak sempat ke surau/masjid sekurang-kurangnya dikerjakan di rumah bersama keluarga.

~ Sentiasa produktif di tempat kerja dan tidak bermalas-malasan kerana sikap bermalas-malasan itu akan menyebabkan bulan Ramadhan itu menjadi fitnah kepada orang Islam, seolah-olah dengan berpuasa menjadikan umat Islam malas, lemah dan tidak produktif.

~ Sentiasa amalkan mengerjakan solat dhuha setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, di mana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

~ Jangan membazir ketika berbuka, kawal nafsu makan dan nafsu mata ketika membeli makanan di bazar Ramadhan.

~ Berbuka bersama keluarga dan jangan makan terlalu banyak. Banyakkan berdoa sebelum berbuka kerana waktu sebelum berbuka adalah antara waktu mustajab untuk berdoa. Sebaiknya bergilir-gilirlah berdoa antara suami, isteri dan anak-anak menyatakan hasrat masing-masing dalam bahasa yang mudah difahami.

~ Solat maghrib berjemaah di rumah atau di masjid.

~ Solat isyak berjemaah di surau/masjid diikuti dengan solat terawih, solat witir dan bertadarus..

~ Begitulah seterusnya sehingga waktu sahur keesokannya dengan bangun bersolat malam (qiamullail).


Selesai ceramah, En. Arifin Amin mewakili POG menyampaikan sumbangan cenderahati kepada Ustaz Mohd Zuhdi.



Baca selanjutnya...

17 May 2015

Mini Karnival Sukan 4 Penjuru

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Kelab Sukan Statistik (KSS) telah menganjurkan Mini Karnival Sukan 4 penjuru 2015 yang disertai oleh  Ibu Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perangkaan Negeri Selangor, Jabatan Perangkaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Bank Negara Malaysia pada 16 Mei 2015 bertempat di Pusat Latihan Inspen, Bangi.

Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Dr Hj Abdul Rahman Hasan, turut dihadiri Pengarah JP Selangor, wakil JP WPKL serta wakil dari Bank Negara Malaysia.



gimik perasmian... perlawanan badminton antara Datuk KP menentang...???
Pengarah JP Selangor...
Mini Karnival ini juga dijadikan sebagai medan pemilihan pemain bagi JP Selangor dan JP WPKL untuk mewakili Zon Tengah dalam Sukan Antara Zon (SAZ) 2015 yang bakal dijalankan di Pahang pada 3-5 September 2015.

4 orang anggota dari Pejabat Operasi Gombak telah terpilih untuk mewakili JP Selangor dalam Mini Karnival tersebut. Acara bolasepak 9-sebelah diwakili oleh Sdra. Ali Ahmad (yang baru cukup umur untuk mengisi kuota pemain veteran), Mohd Fadzly Mohd Noor dan Mohd Afiq Aizzuddin Wahab. Manakala dalam acara bola tampar pula diwakili oleh Sdra. Rozan Sulaiman.

Dalam acara bolasepak 9-sebelah, JP Selangor berjaya muncul naib juara setelah menang dalam 2 perlawanan dan tewas sekali.
- JP Selangor 0-2 Bank Negara Malaysia
- JP Selangor 1-0 JP WPKL
- JP Selangor 1-0 Ibu Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia
  (gol kemenangan dijaringkan oleh Sdra. Afiq Aizzuddin)
 
pasukan bolasepak JP Selangor
antara aksi menarik

Dalam acara bola tampar lelaki dan wanita pula, JP Selangor berjaya muncul juara dengan bergaya setelah memenangi kesemua perlawanan dengan keputusan 2-0.
aksi bola tampar lelaki
pasukan bola tampar lelaki
pasukan bola tampar wanita

pasukan bola jaring
majlis penyampaian hadiah

kontinjen JP Selangor bersama pingat kemenangan

wakil POG bersama pingat kemenangan...

Berikut adalah keputusan penuh semua acara yang dipertandingkan:

1. Bolasepak 9-sebelah
    Juara : Bank Negara Malaysia
    Naib Juara : JP Selangor

2. Bola Jaring
    Juara : Ibu Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia
    Naib Juara : Bank Negara Malaysia

3. Badminton Berpasukan
    Juara : Bank Negara Malaysia
    Naib Juara : Ibu Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia

4. Bola Tampar Lelaki
    Juara : JP Selangor
    Naib Juara : Bank Negara Malaysia

5. Bola Tampar Wanita
    Juara : JP Selangor
    Naib Juara : Ibu Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia

KESELURUHAN:
1. Bank Negara Malaysia
2. JP Selangor
3. Ibu Pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia
4. JP WPKL

Semua acara berlangsung dalam suasana meriah dengan semangat kesukanan yang tinggi. Tahniah dan syabas kepada yang berjaya. Kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa dan perlu usaha lebih mantap sebagai persediaan untuk menghadapi SAZ nanti.


Baca selanjutnya...

24 Apr 2015

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

PUTRAJAYA, 23 April 2015 - Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2014 di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

Sebanyak tiga jenis bentuk penghargaan disampaikan iaitu Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Sijil Penghargaan JPM dan Sijil Anugerah Khas JPM. 


Dari 58 Jabatan dan Agensi di bawah JPM, seramai 1,954 orang warga JPM merupakan penerima APC bagi tahun 2014. 

Anugerah telah disampaikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada sesi pagi dan Y.Bhg. Tan Sri Mohamad Zabidi bin Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada sesi petang. Giliran penerima anugerah bagi Jabatan Perangkaan telah ditetapkan pada sesi petang. 

Y.Bhg. Tan Sri KSN berkata, APC merupakan platform menguji komitmen dan menggalakkan penjawat awam meningkatkan produktiviti dan lebih beriltizam agar mencapai kualiti yang tinggi, berintegriti dan menepati kehendak pelanggan atau rakyat. 



Di kesempatan ini seluruh warga P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2014 bagi JP Selangor, khususnya kepada dua anggota P.O Gombak yang menerima anugerah tersebut iaitu En. Azeman bin Shaari dan En. Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab.


Semoga kejayaan dan kecemerlangan yang ditunjukkan dapat menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.