Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

11 Mar 2015

Anis Zulaikha selamat dilahirkan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab POG mengucapkan tahniah kepada En. Abdul Rahim b. Shaharuddin dan isteri beliau, sempena kelahiran anak kedua mereka yang dinamakan Anis Zulaikha bt Abdul Rahim.

Bayi seberat 3.34 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Kemaman, Terengganu pada hari Selasa, 2.34 petang, 10 Mac 2015. Kebetulan pula sama tarikh lahir dengan ayahnya. 



Ketua POG menyampaikan sumbangan kelahiran

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.

Baca selanjutnya...

6 Mar 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-18 KSKS

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (KSKS) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-18 pada 5 Mac 2015 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 14, Bangunan Darul Ehsan.  

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :

a) Ucapan Pengerusi KSKS
b) Ucapan Penasihat KSKS serta Perasmian Mesyuarat Agung Kali ke 18
c) Membentang dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung Kali ke 17
d) Membentang dan Meluluskan Laporan Aktiviti Tahunan 2013/2014 
e) Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan
f) Pembubaran AJK Sesi 2013/2014 dan Perlantikan AJK Sesi 2015/2016
g) Hal-hal lain

Keputusan pemilihan AJK baru Sesi 2015/2016

Pengerusi         : En. Mohd Fairoz bin Abdul Rani
Tim. Pengerusi : En. Mohd Shahrizal bin Alias
Bendahari        : En. Frankie anak Albert Antau
Setiausaha       : Cik Siti Suhaina binti Abdul Wahab
Pen. Setiausaha : En. Othman bin Mohamed
AJK :
i.     Pn. Ruslia Abu
ii.    En. Afzahari bin Ramlan
iii.   En. Mohd Nor Izwan bin Mustapha
iv.   En. Mohd Firdaus bin Ghani
v.    Cik Wan Rusmin binti Wan Yusoff
vi.   Pn. Faridatulnurhana binti Ismail
vii.  En. Mohd Hafizal bin Harun
viii. Pn. Nik Zafifah binti Nik Ibrahim
ix.  Cik Nadia binti Baharin

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang baru khususnya Pn. Nik Zafifah binti Nik Ibrahim yang dipilih sebulat suara untuk mewakili PO Gombak.
gaya seorang AJK yang berkaliber
Semoga Jawatankuasa baru ini dapat melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka




Baca selanjutnya...

20 Feb 2015

Wan Aimy Zahra selamat dilahirkan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab POG mengucapkan  tahniah kepada En. Wan Ahmad Faizal dan isteri beliau, sempena kelahiran anak ketiga mereka yang dinamakan Wan Aimy Zahra.

Bayi seberat 2.6 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Kota Bharu Medical Centre pada hari Isnin, 1.09 pagi, 19 Februari 2015.



  
Ketua POG menyampaikan sumbangan kelahiran

 Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

14 Feb 2015

Majlis Sambutan Hari Lahir

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

13hb Februari 2015 - Satu majlis ringkas sambutan hari lahir untuk anggota POG yang tidak sempat diraikan tahun lepas telah diadakan.


Semoga semua anggota POG yang diraikan dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, serta dirahmati dan diberkati kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Amin.

Baca selanjutnya...

11 Jan 2015

Misi Bantuan Pasca Banjir STATS Relief - Kelantan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Berikutan bencana banjir luar biasa yang telah melanda negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, gabungan Persatuan, Kelab dan Kesatuan di Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengadakan misi bantuan sukarelawan STATS Relief dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasca banjir khususnya di rumah anggota-anggota Jabatan yang terjejas teruk akibat banjir.

Misi pertama digerakkan ke negeri Kelantan iaitu antara negeri yang paling teruk terjejas dalam bencana tersebut. Ia disertai oleh 65 anggota Jabatan dari Ibu Pejabat, JP Selangor, JP Negeri Sembilan, JP Zon Utara (Kedah, P.Pinang & Perlis) dan JP Terengganu, serta bantuan oleh anggota JP Kelantan sendiri. Tiga anggota dari P.O Gombak turut berkesempatan menyertai misi tersebut yang bermula dari 6-10 Januari 2015.  

Destinasi yang dituju oleh para sukarelawan ini adalah di rumah-rumah anggota dari JP Kelantan di sekitar Jajahan Kota Bharu dan Tumpat, serta rumah-rumah anggota P.O Kuala Krai di sekitar Jajahan Kuala Krai. 

taklimat dan pembahagian kumpulan di JP Kelantan


kesan-kesan kemusnahan selepas banjir

para sukarelawan STATS Relief
 


selesai tugas...bergambar dengan tuan rumah (salah seorang anggota JP Kelantan)


penyerahan sumbangan jabatan disampaikan oleh Datuk KP kepada 
seorang anggota PSH, P.O Kuala Krai yang menjadi mangsa banjir



Melihat kesan kemusnahan selepas banjir, pastinya peristiwa ini memberi kesan mendalam terhadap mangsa-mangsa yang terlibat. Semoga mereka tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharapkan berkat usaha bersama para sukarelawan ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan anggota-anggota Jabatan yang menjadi mangsa banjir. 

.
Baca selanjutnya...

6 Jan 2015

Nur Khamadhia Azra selamat dilahirkan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Kelab POG mengucapkan  tahniah kepada tuan pengerusi kita, En. Azeman dan isteri beliau, sempena kelahiran anak keempat mereka yang dinamakan Nur Khamadhia Azra bt. Azeman.

Bayi seberat 3.83 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang pada hari Isnin, 3.07 pagi, 5 Januari 2015,


Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki serta semoga puteri-puteri mereka bakal menjadi anak yang solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.