Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

20 Feb 2015

Wan Aimy Zahra selamat dilahirkan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab POG mengucapkan  tahniah kepada En. Wan Ahmad Faizal dan isteri beliau, sempena kelahiran anak ketiga mereka yang dinamakan Wan Aimy Zahra.

Bayi seberat 2.6 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Kota Bharu Medical Centre pada hari Isnin, 1.09 pagi, 19 Februari 2015.



  
Ketua POG menyampaikan sumbangan kelahiran

 Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

14 Feb 2015

Majlis Sambutan Hari Lahir

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

13hb Februari 2015 - Satu majlis ringkas sambutan hari lahir untuk anggota POG yang tidak sempat diraikan tahun lepas telah diadakan.


Semoga semua anggota POG yang diraikan dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, serta dirahmati dan diberkati kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Amin.

Baca selanjutnya...

11 Jan 2015

Misi Bantuan Pasca Banjir STATS Relief - Kelantan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Berikutan bencana banjir luar biasa yang telah melanda negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, gabungan Persatuan, Kelab dan Kesatuan di Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengadakan misi bantuan sukarelawan STATS Relief dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan pasca banjir khususnya di rumah anggota-anggota Jabatan yang terjejas teruk akibat banjir.

Misi pertama digerakkan ke negeri Kelantan iaitu antara negeri yang paling teruk terjejas dalam bencana tersebut. Ia disertai oleh 65 anggota Jabatan dari Ibu Pejabat, JP Selangor, JP Negeri Sembilan, JP Zon Utara (Kedah, P.Pinang & Perlis) dan JP Terengganu, serta bantuan oleh anggota JP Kelantan sendiri. Tiga anggota dari P.O Gombak turut berkesempatan menyertai misi tersebut yang bermula dari 6-10 Januari 2015.  

Destinasi yang dituju oleh para sukarelawan ini adalah di rumah-rumah anggota dari JP Kelantan di sekitar Jajahan Kota Bharu dan Tumpat, serta rumah-rumah anggota P.O Kuala Krai di sekitar Jajahan Kuala Krai. 

taklimat dan pembahagian kumpulan di JP Kelantan


kesan-kesan kemusnahan selepas banjir

para sukarelawan STATS Relief
 


selesai tugas...bergambar dengan tuan rumah (salah seorang anggota JP Kelantan)


penyerahan sumbangan jabatan disampaikan oleh Datuk KP kepada 
seorang anggota PSH, P.O Kuala Krai yang menjadi mangsa banjir



Melihat kesan kemusnahan selepas banjir, pastinya peristiwa ini memberi kesan mendalam terhadap mangsa-mangsa yang terlibat. Semoga mereka tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharapkan berkat usaha bersama para sukarelawan ini dapat sedikit sebanyak meringankan bebanan anggota-anggota Jabatan yang menjadi mangsa banjir. 

.
Baca selanjutnya...

6 Jan 2015

Nur Khamadhia Azra selamat dilahirkan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Kelab POG mengucapkan  tahniah kepada tuan pengerusi kita, En. Azeman dan isteri beliau, sempena kelahiran anak keempat mereka yang dinamakan Nur Khamadhia Azra bt. Azeman.

Bayi seberat 3.83 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang pada hari Isnin, 3.07 pagi, 5 Januari 2015,


Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki serta semoga puteri-puteri mereka bakal menjadi anak yang solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

20 Dec 2014

Majlis Apresiasi Anggota PSH 2014

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 19 Disember 2014 (Jumaat), telah diadakan satu majlis penyampaian sijil penghargaan kepada anggota-anggota PSH yang bakal menamatkan kontrak masing-masing.

bacaan doa dan ucapan aluan Ketua P.O



ini baru betul buah tangan

Terima kasih kepada semua PSH kerana banyak membantu memperkasakan peranan pejabat operasi di dalam kerja-kerja pengumpulan data di lapangan. Semoga ilmu dan pengalaman yang ditimba di POG dapat dimanfaatkan di dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.
Baca selanjutnya...

13 Dec 2014

Sukan Perangkaan Selangor (SUPES) 2014

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

13 Disember 2014 (Sabtu) - Sukan Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor (SUPES) 2014 telah dilangsungkan di Kompleks Sukan SUK/MSN, Shah Alam, terbuka untuk semua kakitangan tetap dan PSH, JP Selangor.


 perasmian

Terbahagi kepada 5 Pasukan iaitu :

- Tingkat 8,9 & 20 (Sek. Prosesan, Pentadbiran & Kewangan, Rangka) – HIJAU
   Ketua Pasukan : En Mohd Izam b. Jantan

- Tingkat 10 (Sek. Industri, Perkhidmatan) – BIRU – Ketua Pasukan : En. Abu Bakar b. Mansor

- Tingkat 19 (Sek. Isi Rumah, Harga) – HITAM – Ketua Pasukan : En. Mohd Fairoz b. Abdul Rani

- PO Kajang – KUNING – Ketua Pasukan : En. Mohd Ridzal b. Mohd Noor

- PO Gombak – MERAH – Ketua Pasukan : En. Frankie Albert Antau


Sebanyak 6 jenis sukan telah dipertandingkan :

 Futsal Lelaki

 Badminton Berpasukan

 Ping Pong Berpasukan

 Karom Berpasukan 

 Catur & Dam


Kali ini, POG berjaya menjuarai acara karom berpasukan serta tempat ketiga bagi acara ping pong dan dam. Bagi acara-acara lain, POG memberi peluang kepada pasukan-pasukan lain untuk turut sama merasai nikmat bergelar juara... tak sampai hati POG nak bolot semua... :)

Tahniah buat pasukan P.O Kajang yang bergelar Juara Keseluruhan SUPES 2014



POG... juara kategori bergambar

Diharapkan dengan penganjuran acara sukan ini dapat mengeratkan hubungan sesama kita serta memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan anggota Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Selangor.

Jumpa lagi dalam SUPES yang akan datang.

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.