Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

7 Mar 2014

Baju Kelab 2014

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Projek pertama yang dirancang tahun ini adalah membuat baju kelab. Kos untuk ahli ditanggung sebahagiannya oleh kelab.


logo di depan
alamat blog di belakang

Bakal dipakai setiap ahli K-POG ketika menyertai mana-mana aktiviti luar misalnya hari keluarga, team buliding, lawatan dan sebagainya... biar nampak seragam dan melambangkan semangat bersatu hati sesama anggota POG.

Ahli juga digalakkan menempah untuk ahli keluarga/bakal keluarga masing-masing agar mereka dapat berkongsi kebanggaan menjadi sebahagian keluarga POG. (kos untuk baju tambahan ditanggung sepenuhnya oleh ahli)

Dengan warna tema merah+hitam, amacam cantik tak baju KPOG???


model yang terpilih untuk memperagakan baju kelab yang baru... kah3

Baca selanjutnya...

3 Mar 2014

Hiking ke Air Terjun Sungai Chiling

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 2 Mac 2014 (Ahad), beberapa anggota POG iaitu Bazri, Ali & anaknya, Rohaizad, Faizal & isteri, Shahrul serta Rozan & sepupunya berkesempatan menyertai aktiviti hiking di Air Terjun Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu. Sempena musim kemarau dan mungkin rumah masing-masing sedang mengalami catuan air, kelihatan mereka begitu bersemangat untuk mencari ketenangan (atau mencari air) di air terjun ini.

Setelah membeli sedikit bekalan makanan di Pasar Peladang Kuala Kubu Baru, perjalanan diteruskan. Air Terjun Sungai Chilling ini terletak kira-kira 14 km dari pekan Kuala Kubu Bharu, mengikuti jalan menuju ke Bukit Fraser. Selepas Empangan Sungai Selangor dan selepas melalui satu jambatan sempit,  akan jumpalah jalan masuknya di sebelah kanan jalan melalui pintu gerbang tertulis Santuari Ikan Sungai Chiling. Tempat ini dibuka untuk pelawat hanya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Hari-hari lain ditutup untuk kerja-kerja pemuliharaan.


baru sampai

Faizal dan isterinya telah menunggu kami di pintu gerbang tersebut. Dari pintu masuk tersebut kena berjalan pula lebih kurang 500 meter sampailah jumpa tapak perkhemahan yang cukup luas dan lengkap dengan kemudahan tandas, surau, wakaf dan kaunter pendaftaran. Santuari ini dijaga dan diuruskan oleh Jabatan Perikanan. Bayaran masuk cuma RM 1 seorang.

9.00 pagi, kami memulakan perjalanan ke air terjun menyusuri laluan yang agak landai, memakan masa kira-kira 45 minit dan perlu melintasi anak sungai 6 kali termasuk 1 jambatan gantung (sungai yang sama sebenarnya, cuma kena lintas banyak kali sebagai jalan pintas ke air terjun). Selepas 3.00 petang tak dibenarkan mendaki ke air terjun atas sebab-sebab keselamatan. Petang-petang selalu hujan, khabarnya di sini bila hujan sering berlaku kejadian kepala air, kalau terkandas atau dilanda kepala air buruk padahnya.

tak sabar-sabar abang baju putih yang depan tu

uncle Bazri sedang melepaskan lelah atas batu



menyeberangi sungai entah kali ke berapa...

Di sepanjang sungai banyak ikan kelah dan tengas berkejar-kejaran dan akan mengerumuni kita kalau ditabur makanan. Makanan ikan boleh dibeli di kaunter pendaftaran tadi pada harga RM 2 sebungkus. Dilarang sama sekali menangkap ikan di sini dengan apa cara sekalipun, sama ada memancing, menjala, menyauk, menuba mahupun jika ilmu anda hebat dan mampu menangkap ikan menggunakan tangan kosong. Hukumannya agak berat iaitu boleh didenda sehingga RM 10,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali. 


beri makan ikan

kena selak ikan baru nampak air ni

seronok betul budak ni dikelilingi ikan

Terdapat tiga tingkat air terjun di sini. Tingkat paling bawah paling ramai pengunjung, tingkat kedua sangat curam dan tiada laluan, manakala untuk ke air terjun tingkat ketiga perlu mendaki melalui laluan yang agak curam di tepi air terjun serta tidak begitu sesuai untuk kanak-kanak.

 Tapi alang-alang dah sampai, kami terus menuju air terjun tingkat ketiga di mana terdapat kolam yang besar untuk berenang dan berendam. Selepas itu kami turun semula dan singgah sebentar di air terjun pertama yang dipenuhi pengunjung.  Memikirkan tidak selesa untuk mandi di situ, kami mencari lokasi lain yang lebih baik untuk berenang dan berendam sepuas-puasnya sebelum meneruskan perjalanan balik menjelang tengah hari.

air terjun tingkat 1

tingkat 2 yang curam... Shahrul buat-buat tak gayat je tu

tingkat 3

pasangan paling lasak di POG buat masa ini

Sayang sekali kerana ramai anggota lain yang ingin turut serta tetapi tidak berkesempatan kerana sibuk dengan urusan masing-masing. Tak apalah, lain kali kita buat lagi, harapnya lebih ramai dapat menyertai.

Baca selanjutnya...

14 Feb 2014

Menziarahi Zureen dan Adam

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Hampir 2 bulan berlalu sejak kelahiran Muhammad Adam Wafie, baru-baru ini beberapa ahli K-POG diketuai Pengerusinya Azeman Shaari berkesempatan menziarahi Puan Azureen di kediaman beliau yang tidaklah begitu jauh dari pejabat POG.

dah besar hero ni

Pengerusi menyampaikan sumbangan kelahiran

antara yang sempat hadir...

Semoga  Muhammad Adam Wafie membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
Baca selanjutnya...

10 Feb 2014

Kejohanan Futsal Tertutup JP Selangor Siri 1/2014

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

8 Februari 2014 (Sabtu) - Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial (KSKS) Jab Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor Siri 01/2014, bertempat di Sport Planet, Seksyen 16 Shah Alam.

Kejohanan ini juga dijadikan sebagai medan pemilihan pemain untuk mewakili Jabatan dalam Kejohanan Futsal Jemputan Piala Pengarah Jabatan Audit Negeri Selangor yang akan diadakan pada 01 Mac 2014 nanti.

Setiap seksyen dan pejabat operasi diwajibkan menghantar satu pasukan untuk menyertai kejohanan futsal ini. POG tidak ketinggalan menghantar pasukan yang dirasakan terkuat untuk mencabar kejuaraan. Penyertaan ditaja sepenuhnya oleh K-POG, menyebabkan para pemain diselubungi tekanan yang agak tinggi untuk memberikan yang terbaik.

Tanpa disangka-sangka, pasukan POG telah berjaya menjadi juara kejohanan dengan rekod tanpa kalah dalam kesemua 6 perlawanan.
 
Keputusan kejohanan adalah seperti berikut :

Pejabat Operasi Gombak vs Harga; 0-0
Pejabat Operasi Gombak vs Pejabat Operasi Kajang; 2-2
Pejabat Operasi Gombak vs Rangka; 4-1
Pejabat Operasi Gombak vs Ekonomi; 2-0
Pejabat Operasi Gombak vs PSH Ekonomi; 3-0
Pejabat Operasi Gombak vs PSH Isirumah; 6-2
 

Pasukan
Perlawanan
Menang
Seri
Kalah
Mata
Pej. Operasi Gombak
6
4
2
0
14
Pej. Operasi Kajang
6
4
1
1
13
Ekonomi
6
3
1
2
10
Harga
6
2
2
2
8
PSH Ekonomi
6
1
2
3
5
Rangka
6
1
1
4
4
PSH Isi Rumah
6
1
1
4
4


Pengurus pasukan POG dengan muka bangganya menerima piala pusingan dari En.Hafiz
        barisan juara yang mulanya nampak macam tak power, tapi rupa-rupanya boleh tahan juga powernya... Bazri, Ali, Afiq, Amirul, Fadzly & Shahrul bersama pengurus Sir Wakdir... seorang lagi pemain tonggak iaitu Wan Faizal tiada dalam gambar kerana terpaksa pulang sejurus perlawanan berakhir disebabkan komitmen keluarga

piala kebanggaan
naib juara... POK
Ketiga... Seksyen Ekonomi
tahniah semua

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang sama-sama menjayakan kejohanan ini. Kepada pasukan yang tidak berjaya, masih ada ruang dan peluang pada siri akan datang. Yang penting, tujuan utama kejohanan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim di antara kakitangan di samping memupuk budaya hidup sihat di kalangan anggota JP Selangor.


Baca selanjutnya...

13 Jan 2014

Hiking ke Air Terjun Lepoh, Ulu Langat

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Ini bukanlah aktiviti yang dianjurkan oleh K-POG, cuma berkongsi cerita tentang aktiviti riadah terapi minda yang disertai oleh beberapa anggota POG di hujung minggu.

Pada 12 Januari 2014 (Ahad), 4 orang pemuda harapan POG berkesempatan menyertai beberapa rakan dari Unit Isirumah, JP Shah Alam dalam aktiviti hiking menjelajah Air Terjun Lepoh, Ulu Langat. Ini catatan ringkas perjalanan mereka :

8.30 am - Singgah bersarapan di Pekan Bt. 18 Ulu Langat. Kemudian membeli bekalan makanan untuk dimakan di air terjun nanti.

9.30 am - Berkumpul di starting point di Asli Adventure Camp, Sungai Lepoh. Parking kereta di sini. Memulakan perjalanan melalui dusun buah-buahan, kebun getah dan seterusnya menyusuri denai hutan yang kebanyakannya landai dan kadangkala perlu mendaki bukit yang tidaklah terlalu sukar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.

11.00 am - Sampai di Air Terjun Lepoh. Kalau di pejabat ramai yang jiwa kacau, tetapi di sini jiwa rasa tenang dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah sambil mandi-manda dalam kedinginan air terjun yang sungguh menyegarkan. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk memancing.

3 pemuda harapan POG berhenti rehat di pertengahan perjalanan...
Ramlee (baju oren), Ajis (baju kuning) dan Sudin (baju hitam)..
hehe jangan marah haaa....

tiba di air terjun

subhanallah... indahnya

airnya sungguh sejuk, kolamnya pula cukup sesuai untuk berenang

anak siapa la enter frame ni???  orang nak ambil gambar air terjun ni....

2.00 pm - Berkemas untuk pulang dan perjalanan keluar semula ke starting point yang mengambil masa kira-kira 1 jam.


Baca selanjutnya...

10 Jan 2014

Pemilihan Jawatankuasa K-POG 2014-2015

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat tahun baru 2014. 

Begitu pantas masa berlalu. Kini tiba masanya untuk menjalankan pemilihan baru bagi jawatankuasa Kelab P.O.G bagi tahun 2014-2015. Berikut adalah keputusan pemilihan tersebut:

Penasihat : En. Frankie anak Albert Antau
Pengerusi : En. Azeman bin Shaari
Setiausaha : En. Muhamad Faizal bin Noorsham
Bendahari : En. Azizol bin Harun

AJK :         
En. Mohd Afiq Aizzuddin bin Wahab (Sukan)
En. Abdul Rahim bin Shaharuddin (Kebajikan)
En. Rohaizad bin Mohamad  Hashim (Sosial)
Pn. Yusnida bt Yusoff (Ekonomi)
En. Rozan bin Sulaiman (Keceriaan)
En. Ali bin Ahmad (Blogger)

Cik Norazirah bt Abd. Rahim (Wakil PSH)




Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa lama yang memberi komitmen yang cukup padu dalam merancang dan menjayakan semua aktiviti yang telah dijalankan, dibantu kerjasama dari semua ahli K-POG. Diharapkan jawatankuasa yang baru dipilih ini akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi berintegriti.

Sekian dilaporkan.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.