Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

26 Nov 2013

Selamat Datang Cik Siti Norasyikin

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 25 November 2013 (Isnin), Cik Siti Norasyikin bt Mohd Ghani, Penolong Pegawai Perangkaan E27 telah melapor diri di Pejabat Operasi Gombak. Beliau menggantikan Puan Norazlinda bt Ramli yang bertukar ke Bahagian Perangkaan Perdagangan Luar Negeri (BPPLN), Ibu Pejabat Putrajaya.



Berusia 26 tahun, beliau dilahirkan di Selangor tetapi dibesarkan di Kelantan. Sebelum ini beliau bertugas di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

POG mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kedatangan Cik Syikin, semoga beliau cepat menyesuaikan diri seterusnya memberikan komitmen padu sepanjang bertugas di sini.




Baca selanjutnya...

14 Nov 2013

Taklimat Pelaksanaan Amalan 5S

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selaras dengan usaha P.O Gombak untuk mendapatkan Pensijilan 5S menjelang Disember depan, Taklimat Pelaksanaan Amalan 5S telah diadakan pada 13 November 2013 (Rabu) bertempat di Bilik Taklimat Seri Selayang, P.O Gombak.

Taklimat selama 2 jam tersebut telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari IKBN Dusun Tua, Hulu Langat, En. Wan Hussin b. Wan Ahmad.






Taklimat tersebut dihadiri oleh semua anggota Tetap dan PSH.
Baca selanjutnya...

12 Nov 2013

Hari Sahabat Statistik bersama Komuniti Taman Widuri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Pada 10 November 2013 (Ahad), bermula 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, Pejabat Operasi Gombak dengan kerjasama Komuniti Taman Widuri 2 telah mengadakan Program Hari Sahabat Statistik bersama masyarakat bertempat di  Padang Taman Widuri 2, Bukit Sentosa, Rawang. 

Program ini diadakan buat julung-julung kalinya di peringkat Jabatan Perangkaan Malaysia, dan P.O Gombak menjadi pelopornya.

Objektif program ini adalah seperti berikut:


  •       Mempromosi serta memperkenalkan Jabatan Perangkaan Malaysia khususnya PO Gombak di kalangan isi rumah terutama di kawasan yang sukar mendapat kerjasama dalam penyiasatan rutin dijalankan oleh jabatan.
  •       Menjalinkan kerjasama yang baik antara Jabatan dan komuniti agar kepentingan data statistik dapat disebarkan.
  •       Selain itu, pameran  bagi memperkenalkan produk/penyiasatan yang dijalankan oleh Jabatan khususnya Penyiasatan Isi Rumah.


Program ini dianggarkan telah dihadiri oleh 150 orang penduduk Taman Widuri dan penduduk sekitarnya. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-


  •     Pameran – produk/penyiasatan Jabatan Perangkaan serta booth kuiz yang menyediakan 20 unit hadiah
  •       Booth ’rent survey’ (pendaftaran sewa rumah)
  •       Ceramah berkenaan Jabatan Perangkaan  
  •       Sukaneka
  •       Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak
  •       Cabutan bertuah
  •       Pertandingan tarik tali antara Jabatan & Komuniti


Saksikan kemeriahan sepanjang program berlangsung :

pembuka acara... senamrobik
pendaftaran para tetamu
ucapan aluan oleh pengerusi majlis dan doa
ucapan aluan ketua POG, En Frankie anak Albert Antau
ucapan Pengerusi Komuniti taman Widuri 2, En Muhamed Nizam b. Sanan
ucapan dan perasmian oleh Pengarah JP Selangor, Tn. Hj. Ibrahim b Jantan
penyampaian cenderahati kepada pihak komuniti
para hadirin
pameran dan kuiz
sukaneka dan pertandingan mewarna
pertandingan tarik tali menentang  pasukan komuniti Taman Widuri 2

penyampaian hadiah dan cabutan bertuah

sebahagian krew

tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program


Ucapan tahniah dari Ketua P.O Gombak, En. Frankie anak Albert Antau :
Tahniah diucapkan kepada semua Warga POG kerana telah berjaya menganjurkan Program Sahabat Statistik pada 10 November 2013 yang lepas di Taman Widuri, Bukit Sentosa Rawang. Terima kasih juga saya ucapkan atas komitmen padu yang telah ditunjukkan oleh semua dalam menjayakan program ini. Bukan mudah hendak menganjurkan program seperti ini tetapi dengan adanya kerjasama yang telah diberikan oleh semua sekali telah berjaya menjadikan segala usaha dan penat lelah kita berbaloi dengan adanya respon positif daripada masyarakat di Taman Widuri. Syabas dan saya bangga dengan semua Warga POG. Terima kasih juga atas segala sokongan tuan/puan.



































Baca selanjutnya...

2 Nov 2013

Mendaki Bukit Broga 2013

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 2 November 2013 (Sabtu), beberapa anggota P.O Gombak telah menyertai aktiviti mendaki Bukit Broga, Semenyih yang di anjurkan oleh P.O Kajang. Semua warga JP Selangor dijemput menyertainya.

Para pendaki dari JP Selangor (majoritinya anggota Tetap dan PSH dari P.O Kajang) mula berkumpul di kaki Bukit Broga pada jam 7.00 pagi. Turut hadir Timbalan Pengarah JP Selangor, Puan Norhashimah Haron bersama keluarga. Pada jam 7.30 pagi, para pendaki memulakan pendakian ke puncak Bukit Broga, yang ketinggiannya 1312 kaki / 400 meter dari paras laut.

Alhamdulillah, keempat-empat pendaki POG yang bersemangat waja (Ali, Rohaizad, Afiq dan Rozan) berjaya sampai ke puncak Bukit Broga selepas  kira-kira sejam pendakian, walaupun ada yang langsung tak pernah mendaki sebelum ini.

pertengahan pendakian
ambil nafas
dari kiri... Ajis, Ramlee & Sudin... hehe sebijik la...
wajah kepuasan kerana berjaya sampai di puncak
sebahagian pemandangan dari puncak
generasi pelapis 
ada cabutan bertuah
wakil POG yang bertuah... kami bangga denganmu (bolehlah kongsi hamper tu)
bergambar ramai sebelum balik

Tahniah dan terima kasih kepada anggota P.O Kajang yang merancang dan menjayakan program ini, serta tahniah kepada semua pendaki yang terlibat, sama ada yang berjaya sampai ke puncak mahupun tidak.

Baca selanjutnya...

26 Oct 2013

Larian Statistik (StatsRun) 2013

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Pada 26 Oktober 2013, beberapa anggota P.O Gombak telah berkesempatan menyertai Larian Statistik (StatsRun) 2013 yang diadakan di Putrajaya. StatsRun 2013 merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (JP) sempena meraikan Tahun Statistik Antarabangsa (IYOS) 2013.



Larian sejauh 3km/10km meliputi 7 kategori termasuk kategori Fun Run ini adalah terbuka kepada semua peringkat umur dengan penyertaan mencecah lebih 2000 orang. JP Selangor turut menghantar peserta seramai hampir 200 orang. Pelepasan peserta disempurnakan oleh YB Senator Dato' Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Aktiviti-aktiviti menarik lain seperti kuiz statistik, pameran produk JP, pertandingan/permainan untuk kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan asas serta cabutan bertuah turut diadakan untuk memeriahkan acara.

Dengan penganjuran program seperti ini, diharapkan pelbagai lapisan masyarakat dapat lebih memahami kepentingan statistik serta peranan mereka dalam memberi kerjasama dalam pengumpulan dan penghasilan statistik yang tepat untuk pembangunan negara, sambil turut mempromosikan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.

Tahniah kepada semua anggota P.O Gombak khususnya yang sungguh bersemangat dan sanggup mengorbankan hari cuti dengan bangun sebelum subuh semata-mata untuk menyertai larian ini. Walaupun tidak menang serta agak bergelut dan berhempas pulas, alhamdulillah semuanya berjaya menamatkan larian.

sebelum... segar dan bersemangat
panaskan badan... senamrobik dulu











Maklumat lanjut sila layari web StatsRun 2013

Baca selanjutnya...

12 Oct 2013

Gotong-royong Perdana 5S POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Amalan 5S telah dilancarkan... kini tiba masanya untuk bergotong royong... amalan 5S yang pertama iaitu SISIH atau dalam bahasa Jepun SEIRI, bermaksud mengasing/membuang barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.





Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.