Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

5 Apr 2013

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

5 April (Jumaat) -  Sejak kebelakangan ini, POG telah mengalami beberapa musibah seperti kecurian kabel, kebakaran fius sebanyak dua kali serta beberapa masalah sistem elektrikal yang masih belum selesai.

Hari ini POG telah mengadakan Majlis Solat hajat, bacaan surah Yaasin, tahlil dan doa selamat, sebagai salah satu ikhtiar memohon perlindungan dari Allah s.w.t agar POG dan seluruh warga kerjanya terhindar dari segala musibah dan keburukan.



Majlis tersebut dipimpin oleh En. Rosdi, Pengerusi Surau Al-Raudhah, Bukit Beruntung, Rawang, turut hadir Pengarah JP Selangor; Tn. Hj Ibrahim Jantan dan En. Mohd Fuad Hj. Ismail.
.
.
.


Baca selanjutnya...

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Di kesempatan ini kami di P.O Gombak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2012 bagi JP Selangor, khususnya kepada dua anggota P.O Gombak yang menerima anugerah tersebut iaitu Pn. Nik Zafifah bt. Nik Ibrahim dan Pn. Nur Hidayu bt. Md Shukor.












Semoga kejayaan dan kecemerlangan yang tuan/puan tunjukkan dapat menjadi contoh teladan kepada warga POG yang lain seterusnya menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan jabatan.

Penghargaan: Semua gambar ihsan dari Sdra. Hanif Mohd Hanan, JP Selangor



Baca selanjutnya...

30 Mar 2013

Raid Fayyadh selamat dilahirkan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pejabat Operasi Gombak (POG) gempar seketika setelah Ketua POG, En. Mohd Rosli bin Mahmood menghilangkan diri tidak masuk ke pejabat selama 7 hari. Setelah diselidiki, rupa-rupanya beliau telah memanfaatkan kemudahan cuti tanpa rekod isteri bersalin...hehe...

Seluruh anggota Kelab POG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En.Rosli dan isteri, Pn. Nik Farhana sempena kelahiran anak kedua mereka.

Alhamdulillah, bayi lelaki seberat 2.45 kg tersebut telah selamat dilahirkan secara normal di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang pada 21hb Mac 2013, jam 5.19 petang.



Raid Fayyadh
Dengan kelahiran Raid Fayyadh bin Mohd Rosli, maka setakat ini lengkaplah sepasang cahaya mata yang dikurniakan kepada pasangan ini. Tentu Rusydina Damia seronok dah dapat adik.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta semoga putera puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.

.
.
.

Baca selanjutnya...

27 Feb 2013

Tahniah Raiham dan suami

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab POG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Raiham dan suami sempena kelahiran anak sulung mereka.

Bayi lelaki seberat 2.95 kg tersebut telah selamat dilahirkan di Hospital Selayang pada 25 Februari 2013, jam 11.40 pagi.
 


Setelah berbincang panjang lebar... mereka sepakat menamakan putera mereka dengan nama yang agak panjang juga... iaitu Shaikh Muhammad Uwais Adwa.

Kami di POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki serta semoga putera mereka bakal menjadi anak yang soleh... aamiinn. Insya Allah.


.
Baca selanjutnya...

2 Feb 2013

Majlis Persaraan En. Razak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Pada 1 Februari 2013 (Jumaat), buat julung kalinya POG mengadakan majlis persaraan untuk anggotanya. POG amat merasai kehilangan seorang kakitangan yang berdedikasi lagi berpengalaman apabila En. Abd. Razak b. Yusoff bakal menamatkan perkhidmatan atas sebab bersara wajib pada umur 58 tahun.

Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi menzahirkan penghargaan kepada En. Razak sepanjang berkhidmat di Jabatan Perangkaan dan di POG khususnya. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah JP Selangor, Tn. Hj. Ibrahim b. Jantan yang sudi meluangkan masa ke majlis ini.

Pengerusi Majlis (Tetap)  En. Faizal Noorsham memulakan majlis dengan bacaan doa oleh En. Wan Faizal dan ucapan aluan daripada Ketua POG, En. Mohd Rosli b. Mahmood. Di akhir ucapan beliau, En. Rosli mengucapkan terima kasih kepada En. Razak di atas segala jasa bakti yang telah disumbangkan selama ini .


hensemnya.... evolusi En. Razak dari dulu hingga kini
Seterusnya ucapan oleh pegawai yang diraikan, En. Razak yang sudi berkongsi pelbagai pengalaman pahit manis dan suka duka sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat di Jabatan Perangkaan, sambil menyelitkan kata-kata nasihat untuk pegawai dan anggota yang masih berkhidmat.

motto yang menjadi pegangan beliau

Majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan oleh Tn. Hj. Ibrahim b. Jantan. Beliau berharap En. Razak sentiasa sihat dan berbahagia sepanjang menikmati alam persaraan. Pihak jabatan dan K-POG berbesar hati memberikan sumbangan cenderamata kenang-kenangan kepada beliau. 



 Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan tayangan video yang disediakan oleh En. Mohd Fadzly mengisahkan tentang biografi dan memori En. Razak.

Selain itu, turut diadakan penyerahan sumbangan kelahiran cahaya mata dan hari lahir kepada beberapa anggota oleh Tn. Hj. Ibrahim Jantan. Majlis diakhiri dengan acara memotong kek persaraan dan hari lahir serta jamuan makan.


penerima hadiah hari lahir
penerima sumbangan kelahiran

P/S: 4 Februari 2013(Isnin) adalah hari terakhir En. Razak bertugas sebelum bercuti (menghabiskan cuti rehat sebenarnya) dan kemudiannya menikmati alam persaraan.

Baca selanjutnya...

1 Feb 2013

Nur Khaleda Amni selamat dilahirkan


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab POG mengucapkan tahniah kepada Azeman dan isteri kerana menerima kehadiran ahli keluarga baru.

Setelah dikurniakan dua orang puteri yang comel-comel belaka, cahaya mata mereka yang ketiga yang juga seorang puteri telah selamat dilahirkan pada 31 Januari 2013, jam 5.35 petang.

Bayi seberat  3.28 kg yang dilahirkan di Hospital Selayang diberi nama Nur Khaleda Amni.

Seluruh warga POG mendoakan semoga puteri-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.


tembamnya dia... 



Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.