Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

1 Feb 2013

Nur Khaleda Amni selamat dilahirkan


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab POG mengucapkan tahniah kepada Azeman dan isteri kerana menerima kehadiran ahli keluarga baru.

Setelah dikurniakan dua orang puteri yang comel-comel belaka, cahaya mata mereka yang ketiga yang juga seorang puteri telah selamat dilahirkan pada 31 Januari 2013, jam 5.35 petang.

Bayi seberat  3.28 kg yang dilahirkan di Hospital Selayang diberi nama Nur Khaleda Amni.

Seluruh warga POG mendoakan semoga puteri-puteri mereka bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.


tembamnya dia... 



Baca selanjutnya...

20 Jan 2013

Selamat Pengantin Baru... Zureen

19 Januari 2013 (Sabtu) - Seorang anggota P.O Gombak, Azureen bt. Mohamad Sirojuddin telah membuat keputusan muktamad untuk menamatkan zaman anak daranya dengan pasangannya, Mohamad Faisal b. Mohamed Hawari.

Majlis perkahwinan tersebut diadakan di Taman Melawati, serentak dengan adik lelaki beliau, Md Azwan Shah b. Mohamad Sirojuddin dan pasangannya.

Walaupun hari hujan, ramai juga kawan-kawan dari POG yang berkesempatan hadir memeriahkan majlis tersebut. Hujan rahmat tu terutamanya bagi pengantin.

tak sempat nak ambil gambar,
hanya ada gambar lama masa tengah hangat bercinta
di kejohanan bowling POG tahun lepas
(abaikan pakcik baju kuning kat belakang tu... )

KPOG mengucapkan selamat melayari bahtera perkahwinan kepada Zureen dan suami, semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat... membawa ke syurga... dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Aamin Ya Rabbal 'Aalamiin


.
Baca selanjutnya...

3 Jan 2013

Amanat Tahun Baru 2013 dari Ketua POG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat tahun baru 2013. Marilah sama-sama kita hayati Amanat Tahun Baru dari Ketua POG, En. Mohd Rosli bin Mahmood, semoga dapat diambil iktibar.




Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2012, tahun yang penuh suka dan duka kepada kita. Tahun yang banyak mengajar kita tentang tanggungjawab seorang Hamba Allah s.w.t, tanggungjawab seorang Muslim, tanggungjawab seorang penjawat awam dan tanggungjawab seorang rakan sekerja.

Tahniah dan terima kasih kepada tuan/puan semua kerana dengan usaha dan daya dari tuan/puan, kita dapat mengharungi segala rintangan dalam memastikan P.O. Gombak terus cemerlang dan seiring dengan pejabat lain. Sekurang-kurangnya dalam merealisasikan hasrat Jabatan, P.O.Gombak turut memainkan peranan.

Dalam memastikan kejayaan dan kecemerlangan ini terus dicapai, kecemerlangan berterusan dari tuan/puan amat bermakna. Sudah menjadi lumrah alam, dalam mencapai kejayaan, ada yang perlu kerja kuat, komitmen tinggi dan usaha berterusan. Tidak dinafikan juga ada dikalangan kita yang terkebelakang sedikit, kurang komitmen dan kurang usaha.

Sekiranya ada sifat sedemikian (kalangan terkebelakang, kurang komitmen dan kurang usaha), ayuhlah kita berubah, jadikan Tahun 2013 sebagai permulaan. Biarlah kita menjadi sebahagian dari warga P.O.Gombak yang bersama-sama meningkatkan kecemerlangan P.O.Gombak. Tinggalkan perkara-perkara yang tidak baik. Ayuhlah...

Diharapkan Tahun 2013 menjadi tahun:

1. Yang meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah

2. Yang menginsafkan diri kita sebagai seorang Muslim

3. Yang meningkatkan daya usaha kita agar menjadi penjawat awam yang berkualiti

4. Yang merubah kita menjadi semakin 'bernilai'

5. Yang mengubah kita menjadi rakan sekerja yang sama-sama berusaha meningkatkan kecemerlangan Jabatan

6. Yang memastikan sumber rezeki kita halal dan diberkati

7. Yang menjadikan kita lebih bertanggungjawab dalam membekalkan data/maklumat yang berkualiti dan bertepatan masa kepada pembangunan negara

8. Yang penting, kita sama-sama memastikan P.O.Gombak terus mantap dan cemerlang

 

Terima kasih kepada Penolong saya Pn. Norazlinda kerana banyak membantu saya dalam menguruskan organisasi ini. Sumbangan yang cemerlang dari Pn. Norazlinda telah memastikan kecemerlangan dapat dikekalkan.

Terima kasih juga kepada penyelia-penyelia saya, En. Rahimi dan En. Arifin kerana membantu memastikan kecemerlangan P.O.Gombak.

Terima kasih kepada semua anggota, FE dan juga kawalan serta pentadbiran.

Tahun 2013, saya masih bersama tuan/puan.

Jumpa lagi... Sekian, terima kasih.


Baca selanjutnya...

11 Dec 2012

Majlis Perasmian pejabat baru Pejabat Operasi Gombak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

10 DISEMBER 2012

9.00 - 9.30 pagi     :  Ketibaan para jemputan.

         9.30 pagi     :  Ketibaan Ketua Perangkawan, Y.Bhg. Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hasan.

9.30 - 10.00 pagi   :  Minum pagi.

10.00 - 10.05 pagi  :  Pengerusi majlis, En. Muhamad Faizal bin Noorsham memulakan acara.
                              Bacaan doa oleh En. Abdul Rahim bin Shaharuddin.

10.05 - 10.10 pagi  :  Ucapan alu-aluan oleh Pengarah JP Selangor, Tn. Hj. Ibrahim bin Jantan.

10.10 - 10.20 pagi  :  Ucapan Perasmian oleh Ketua Perangkawan, Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hasan.

10.20 - 10.30 pagi  :  Persembahan Multimedia, disediakan oleh En. Mohd Fadzly bin Mohd Noor.
                              Mengandungi ucapan Ketua Pejabat Operasi Gombak, En. Mohd Rosli bin Mahmood,
                              serta pengenalan struktur organisasi dan operasi POG.

10.30 - 11.00 pagi  :  Ketua Perangkawan melawat sekitar pejabat baru sambil beramah mesra dengan
                              semua anggota POG.

11.00 - 1.00 t/hari  :  Makan tengahari, diikuti sesi bergambar dengan Ketua Perangkawan.
                               Ketua Perangkawan berangkat pulang.


acara bermula

sebahagian tetamu dan tuan rumah

ucapan perasmian dan sessi dialog


lawatan dan beramah mesra

selamat dirasmikan

jamu selera

bergambar kenangan dengan anggota POG

berangkat pulang



Emel penghargaan dari Ketua POG kepada semua anggota POG yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan menjayakan majlis perasmian ini : 


Assalamualaikum
Tuan/puan, 
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Terima kasih tidak terhingga kepada anda semua.
Kerjasama yang utuh dan usaha yang berterusan dikalangan tuan/puan memberikan kesan positif pada majlis kita pagi ini. Harapan saya, kita sentiasa teruskan bekerjasama. Ini kerana setiap kerja jika dibuat bersama-sama akan menjadi lebih baik dan sempurna. 
Sekian, terima kasih.

    
Baca selanjutnya...

29 Nov 2012

Tahniah Wan Faizal & Isteri

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab POG mengucapkan tahniah kepada Wan Ahmad Faizal dan isteri kerana menerima kehadiran ahli keluarga baru.

Cahaya mata mereka yang kedua telah selamat dilahirkan pada 27 November 2012, jam 1.37 am.

Bayi perempuan seberat  2.7 kg yang dilahirkan di Putra Medical Centre, Sungai Buloh, diberi nama Wan Auni Zahra.

Setelah dikurniakan anak sulung yang merupakan seorang putera, kali ni dapat puteri pula, mencukupkan sepasang cahaya mata.

Seluruh warga POG mendoakan semoga putera puteri mereka  bakal menjadi anak yang soleh dan solehah... aamiinn. Insya Allah.

Baca selanjutnya...

9 Oct 2012

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil & Doa Selamat


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pada 5 Oktober lalu, Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat, sempena menduduki pejabat baru. Setelah kira-kira sebulan mula menduduki pejabat baru, barulah POG berkesempatan mengadakan majlis tersebut kerana agak sibuk dengan tugas-tugas hakiki. Diharapkan perpindahan ini akan mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t.

Majlis tersebut diketuai oleh Ustaz Rosdi yang dijemput khas dari Surau Bukit Beruntung, Rawang. Majlis tersebut turut dihadiri Pengarah JP Selangor; Tn. Hj Ibrahim Jantan, Ketua Penolong Pengarah; Tn Hj Aziz Abdullah serta beberapa pegawai dan anggota dari Shah Alam.











Selesai sahaja majlis, diadakan pula Sesi Review Penyiasatan Integriti Nasional (PIN) bagi mereka yang terlibat dan berlarutan hingga ke petangnya.


Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.