Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

11 Jun 2012

Kejohanan Bowling Tertutup P.O.G 2012

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selepas menganjurkan Kejohanan Ping Pong Tertutup sepanjang bulan Mei lalu, K-POG menganjurkan Kejohanan Bowling Tertutup pula. K-POG memang sengaja menganjurkan kejohanan sukan secara tertutup bagi memastikan hanya kaum kerabat POG sahaja yang membawa pulang hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan... hehe, lumayanlah sangat!

Kejohanan ini merupakan acara tahunan di POG tetapi pada tahun 2011 tidak dapat diadakan memandangkan kesibukan melampau dalam menjalankan kerja-kerja Banci Ekonomi. Tahun ini kejohanan diadakan pada 9 Jun 2012 di Speed Bowl, gelanggang yang baru dibuka di Rawang.

klik pada gambar untuk besarkan

Keputusan:

Kategori Lelaki:

1. Rohaizad (juara bertahan...balik-balik muka dia..)
2. Fairuz (adik Faizal)
3. Fadzly
4. Azeman
5. Rahim (bekas Raja Longkang)


Kategori Wanita:

1. Nurul Huda (tunang Darwis-sambilan)
2. Rosaini (awek Rais-sambilan)
3. Ifa (Neelofa POG kot...)
4. Pn. Linda
5. Hasnida (orang rumah Ali)


Harap maaf! Keputusan penuh jumlah jatuhan pin tidak dapat dipaparkan kerana kecuaian seorang wakil penganjur yang telah menghilangkan kertas keputusan. Nak kena saman ni...

Tak apalah, mari kita tengok gambar-gambar kemeriahan sekitar kejohanan...

yang bertuah dalam cabutan bertuah.... bertuah punya budak...

ucapan perasmian oleh En. Rosli
meriah sungguh
Wakdir sedang berkongsi rahsia bagaimana menghasilkan 'perfect game'
mungkin inilah caranya untuk menyelesaikan masalah split...
baru boleh kena dua-dua pin...
keluarga paling produktif di POG setakat ini... syabas!

Kaum Kerabat P.O. Gombak
En. Rosli, Pn. Linda & En.Rahimi bersama pasangan masing2...
Ehh...Wakdir datang secara solo je?
Bazri, Azeman, Ali & Ifa bersama pasangan masing2...
Faizal, Fadzly & Husna bersama pasangan masing2...
Rohaizad bawa anak dua je?

Ayu, Afiq, Rahim & Ainun bersama pasangan masing2

ada yang datang solo... Rozan, Shahrul & Wani
ada yang datang berteman... Zureen, Darwis & Rais..

Penganjuran kejohanan bowling ini boleh dikatakan berjaya mencapai matlamatnya, iaitu mengeratkan silaturrahim sesama anggota POG sambil bersukan. Bukan itu sahaja, dapat juga lebih saling mengenali ahli keluarga masing-masing.

Jumpa lagi tahun depan.... Insya Allah.
Baca selanjutnya...

2 Jun 2012

Tahniah Fairos & suami!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Kelab POG mengucapkan tahniah kepada Norfairos & suami di atas kelahiran cahaya mata sulung mereka pada jam 4.28 pm, 19 Mei 2012.

comeynya...kecik-kecik dah pakai baju liverpool, mesti anak abah ni...

Bayi lelaki seberat  3.17 kg dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan dan diberi nama Muhammad Afeef Nawfal.

Agak-agaknya apa maksud namanya ye...mari kita cari...

Muhammad... yang terpuji
Afeef.... asli,beriman
Nawfal... pemurah,dermawan

Semoga Muhammad Afeef Nawfal menjadi anak yg soleh. Aamiin.
Baca selanjutnya...

1 Jun 2012

Kejohanan Ping Pong Tertutup P.O.G

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sepanjang bulan Mei yang lalu, kejohanan ini telah diadakan untuk mencungkil bakat-bakat yang agak berkaliber yang mungkin boleh diketengahkan lebih jauh. Dijalankan secara liga, terdapat 5 pasukan yang bertanding di mana pemainnya ditetapkan secara undian...


Senarai Pasukan & Pemain :

AYAQ ASAM (RAHIM & AZEMAN)
BELACAN (FADZLY & ROHAIZAT)
BUDU (AFIQ & SHAHRUL)
CENCALOK (ROZAN & AZIZOL)
TEMPOYAK (BAZRI & ALI)


Keputusan:

AYAQ ASAM vs BUDU :           17-21, 16-21
CENCALOK vs BELACAN :       21-18, 19-21, 21-15
TEMPOYAK vs AYAQ ASAM :   17-21, 17-21
BUDU vs CENCALOK :             20-22, 21-13, 21-19
BELACAN vs TEMPOYAK :       23-21, 17-21, 11-21
AYAQ ASAM vs CENCALOK :   21-7, 21-17
BUDU vs BELACAN :                21-9, 21-20
TEMPOYAK vs CENCALOK :     21-16, 21-15
AYAQ ASAM vs BELACAN :      21-11, 21-13
BUDU vs TEMPOYAK :              23-21, 20-22, 21-11


Kedudukan: 


Perlawanan telah diadakan pada waktu rehat tengahari dan penganjur amat menghargai komitmen pemain-pemain yang terlibat kerana sanggup mengorbankan masa makan tengahari mereka. Kejohanan juga memakan masa selama hampir sebulan kerana sering tidak cukup korum disebabkan para pemain terikat dengan komitmen kerja luar.

Secara keseluruhannya, penganjur telah dapat mengenal pasti beberapa pemain yang rasa-rasanya boleh diketengahkan untuk mewakili P.O.G ke peringkat lebih tinggi. Sementara beberapa pemain lagi rasanya boleh diketepikan saja atau kita paksa mereka bersara sajalah dari main ping pong ni...hehehe.
Baca selanjutnya...

23 May 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2011 bagi JP Selangor, khususnya kepada Pn. Raiham Abdullah sebagai satu-satunya warga P.O Gombak yang menerima anugerah tersebut.

Penerima APC JP Selangor 2011 bersama Pengarah

Gaya seorang kakitangan cemerlang, gemilang lagi terbilang...
Teruskan kecemerlanganmu Raiham, semoga menjadi contoh ikutan kepada warga POG yang lain.

Mungkin beliau mengamalkan Petua Menjadi Pekerja Cemerlang.

Err.....bila nak buat kenduri kesyukuran??? :D
Baca selanjutnya...

10 May 2012

Institut Latihan Statistik Malaysia (ILSM) Sungkai

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pasti semua sudah maklum bahawa mulai tahun 2012 ni semua kursus dalaman jabatan akan dijalankan di ILSM Sungkai yang baru beroperasi. Di tempat baru ni, kemudahan yang disediakan memang boleh dikatakan serba lengkap dan ada kelas. Bilik penginapannya pun sangat selesa macam bilik hotel berbintang... (kata kawan-kawan yang dah pergi).


Mohd Shahrul b. Johari a.k.a Kecik mencatat sejarah tersendiri menjadi warga P.O.G pertama yang menghadiri kursus di ILSM iaitu Kursus Asas Pembangunan Diri pada 19 -20 Mac lalu.

Yang menariknya, kakitangan JP Selangor terutamanya warga P.O.G yang ingin berkursus ke ILSM disarankan menaiki pengangkutan awam, khususnya keretapi elektrik (ETS). Sesuatu yang agak unik berbanding dengan JP negeri-negeri lain.

Tentu seronok dapat naik keretapi elektrik kan??? Walaupun menaiki pengangkutan awam ni agak mencabar terutamanya bila kena mengusung bagasi yang agak berat, atau nak kena menunggu bas/teksi ke stesen keretapi lagi... tapi takkanlah tak boleh bersusah payah sikit berkorban demi jabatan dan negara kan???

Kalau nak bawa kenderaan sendiri boleh juga tapi tak bolehlah nak buat tuntutan perjalanan melainkan berkongsi kenderaan dengan rakan-rakan lain yang kebetulan pergi pada tarikh yang sama... itu pun jika ada!!!



Akhir kata, selamat menghadiri kursus kepada semua warga JP Selangor khususnya P.O.G yang bakal menghadiri kursus di ILSM selepas ini.
Baca selanjutnya...

3 May 2012

Kejohanan Bowling JP Selangor bersama Ketua Perangkawan

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


Memandangkan tarikh berkenaan cuti hujung minggu yang bersambung pula dengan cuti Hari Pekerja, ramailah warga P.O.G yang tak berkesempatan untuk turut serta sebab sibuk dengan urusan masing-masing.

Maka P.O.G hanya dapat menghantar 3 orang wakil yang ada kelapangan masa iaitu En. Rosli, Azeman dan Fadzly.

Walaupun mereka sengaja tidak menang kerana mahu menjaga hati pihak tuan rumah, komitmen mereka dalam menjayakan acara tersebut amat membanggakan kami. Syabas! =D>

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.