21 Januari 2026
Dikongsikan gambar kerja lapangan yang merangkumi Pasar Harian dan Medan Selera/Food Court di sekitar Taman Selayang Jaya, Gombak
Pengarah DOSM Selangor, YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa turut turun padang bagi memantau serta memastikan kelancaran perjalanan banci. Ini kerana pemantauan secara langsung dapat memastikan setiap proses banci dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.
Terima kasih kepada semua peniaga dan pengusaha atas sokongan yang diberikan.


