Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

21 Jan 2026

Sesi Perjumpaan Pengarah DOSM Selangor bersama Warga PPG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

21 Januari 2026

Selesai turun padang meninjau kerja-kerja operasi di lapangan Banci Ekonomi 2026 di Taman Selayang Jaya, YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa, Pengarah DOSM Selangor telah berkunjung ke Pejabat Perangkaan Gombak untuk Sesi Perjumpaan bersama warga PPG.

Sesi ini bertujuan untuk berkenalan dengan anggota PPG serta meninjau operasi PPG bagi memperkukuh peranan dalam pengumpulan dan penyampaian data statistik. Fokus utama adalah meningkatkan kecekapan kerja, mengenal pasti cabaran, dan memastikan data yang dikumpul berkualiti serta relevan untuk pembangunan daerah.



Terima kasih kepada YBrs. Puan Pengarah kerana sudi hadir ke pejabat kami.
Baca selanjutnya...

Operasi Kerja Lapangan Banci Ekonomi 2026 di Taman Selayang Jaya

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

21 Januari 2026

Dikongsikan gambar kerja lapangan  yang merangkumi Pasar Harian dan Medan Selera/Food Court di sekitar Taman Selayang Jaya, Gombak

Pengarah DOSM Selangor, YBrs. Puan Siti Zakiah binti Muhamad Isa turut turun padang bagi memantau serta memastikan kelancaran perjalanan banci. Ini kerana pemantauan secara langsung dapat memastikan setiap proses banci dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.





Terima kasih kepada semua peniaga dan pengusaha atas sokongan yang diberikan. 
Baca selanjutnya...

14 Jan 2026

Kerja Lapangan Banci Ekonomi 2026 Fasa 1... jom serbu pasar!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pejabat Perangkaan Gombak, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah melaksanakan kerja lapangan Banci Ekonomi 2026 Fasa 1 mulai 𝟱 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟴 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 bagi 𝗣𝗲𝗿𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗶𝗸𝗿𝗼 & 𝗜𝗻𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝗹. Bancian dilaksanakan di sekitar Daerah Gombak dan Hulu Selangor melalui kaedah bancian secara bersemuka di lokasi berikut :

  Pasar Moden Rawang
  Pasar Moden Bandar Country Homes
  Pasar Selayang Baru
  Pasar Moden Taman Ehsan, Kepong 
  Pasar Moden Taman Sri Gombak
  Pasar Harian Batu Arang
  Pasar Awam Kuala Kubu Bahru
  Pasar Peladang Kuala Kubu Bahru

Dikongsikan suasana sekitar kerja lapangan Banci Ekonomi Fasa 1. 







Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan inisiatif penting negara bagi menyediakan statistik ekonomi yang menyeluruh, relevan dan berimpak tinggi demi perancangan pembangunan Malaysia yang mampan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pengusaha perniagaan atas kerjasama yang amat baik sepanjang pelaksanaan banci.
Baca selanjutnya...

8 Jan 2026

Banci Ekonomi 2026 Kini Bermula

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


𝐎𝐛𝐣𝐞𝐤𝐭𝐢𝐟 𝐁𝐚𝐧𝐜𝐢 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐁𝐄𝟐𝟎𝟐𝟔)

Banci Ekonomi 2026 (BE26) merupakan inisiatif penting negara bagi menyediakan statistik ekonomi yang menyeluruh, relevan dan berimpak tinggi demi perancangan pembangunan Malaysia yang mampan.

𝗢𝗯𝗷𝗲𝗸𝘁𝗶𝗳 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗕𝗘𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸:

1️⃣ Mengumpul maklumat berkaitan pertumbuhan, sumbangan, komposisi dan taburan output, nilai tambah, guna tenaga serta profil ekonomi negara.
2️⃣ Mengenal pasti industri dan produk baharu dalam sektor ekonomi.
3️⃣ Menyediakan penanda aras baharu bagi statistik ekonomi.
4️⃣ Meningkatkan kapasiti statistik negara serta memperkukuh pangkalan data ekonomi Malaysia.

𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐣𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐜𝐢 𝐄𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐞𝐩𝐚𝐧 𝐞𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚.
Baca selanjutnya...

6 Jan 2026

Taklimat Operasi Fasa 1 Banci Ekonomi 2026 PPG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

6 JANUARI 2025 | SELASA 

Taklimat Pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 peringkat Pejabat Perangkaan Gombak telah diadakan bagi memberi pendedahan dan penjelasan kepada Personel MySTEP berkaitan pelaksanaan banci. 









Taklimat ini bertujuan untuk memberikan kefahaman yang menyeluruh berkaitan objektif banci, skop liputan serta garis panduan operasi BE 2026 di lapangan nanti. Pendedahan ini penting bagi memastikan setiap peranan dilaksanakan dengan cekap & berintegriti dan seterusnya menjamin pengumpulan data yang berkualiti.

Baca selanjutnya...

5 Jan 2026

Selamat Datang & Selamat bertugas kepada Pengarah Baharu DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 & 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀:

𝐘𝐁𝐑𝐒. 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐙𝐀𝐊𝐈𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐈 𝐌𝐔𝐇𝐀𝐌𝐀𝐃 𝐈𝐒𝐀 
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑


Warga DOSM Selangor mengucapkan selamat datang kepada YBrs. Puan Siti Zakiah Binti Muhamad Isa atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor. Kami amat berbesar hati menerima kehadiran puan sebagai peneraju baharu di DOSM Selangor.

Ikhlas daripada Warga Kerja DOSM Selangor.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.