Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
14-17 Ogos 2025- Kuching, Sarawak.
Kontinjen Zon Tengah yang terdiri daripada atlet-atlet dari DOSM Selangor dan DOSM Wilayah Persekutuan telah menyertai Sarawak Sports Carnival 2025 yang berlangsung di Sarawak Sports Village pada 14 – 17 Ogos 2025.
Sepanjang karnival ini, kontinjen Zon Tengah telah menyertai pelbagai acara seperti perbarisan kontinjen, bola sepak dan bola jaring yang bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, tetapi juga menonjolkan semangat setiakawan, disiplin serta kebersamaan antara jabatan dan zon.
Tidak cukup dengan itu, para peserta turut menyertai Sarawak Statsrun 2025 yang berlangsung di Dataran Waterfront, Kuching pada 17 Ogos 2025.
Penyertaan ini bukan sekadar bersaing di arena sukan, malah menjadi platform untuk memperkukuh jaringan ukhuwah, kerjasama serta membina semangat kebersamaan antara jabatan di seluruh negara.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas usaha gigih, semangat kesukanan dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang karnival ini walaupun pasukan Zon Tengah tidak berjaya memperolehi keputusan yang membanggakan dalam acara yang disertai kali ini. Semoga beroleh pencapaian yang lebih baik dalam Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) di Pagoh nanti.





