Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

30 Aug 2025

Salam Kemerdekaan ke-68 dari Warga PPG

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

DOSM Gombak mengucapkan Salam Kemerdekaan ke-68 kepada seluruh warga DOSM dan rakyat Malaysia.


Terbang Tinggi Si Burung Merpati,
Hinggap Sebentar Di Atas Dahan,
Sudah 68 Tahun Kemerdekaan Dirai,
Negara Sejahtera Penuh Kenangan

Sebagai tanda semangat Kemerdekaan, kami kongsikan video khas Merdeka daripada kami semua.


𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜: 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗗𝗜𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜

Baca selanjutnya...

29 Aug 2025

Majlis Bacaan Surah Al-Kahfi, Yasiin, Tahlil & Selawat Sempena Maulidur Rasul

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

29 Ogos 2025 (Jumaat) : 
Majlis Bacaan Surah  Al-Kahfi, Yasiin dan Tahlil (untuk Allahyarham/Allahyarhamah ibu bapa mertua En. Azeman dan ibu Cik Hazimah yang telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini) telah diadakan bertempat di Bilik Taklimat Sri Selayang,Pejabat Perangkaan Gombak.



Majlis diakhiri dengan bacaan selawat beramai-ramai sempena Maulidur Rasul.

Baca selanjutnya...

28 Aug 2025

FitDOSM Merdeka PPG di Gamuda Gardens, Rawang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Program FitDOSM Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 telah diadakan di Gamuda Gardens Central Park, Rawang. Program dianjurkan bagi menyemarakkan semangat Merdeka dalam kalangan warga PPG dengan aktiviti kecergasan.

Pakaian pun ikut tema warna-warna bendera Malaysia...









MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Baca selanjutnya...

20 Aug 2025

Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Kempen Jalur Gemilang Peringkat Daerah Hulu Selangor Tahun 2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

20 Ogos 2025 – Kuala Kubu Bharu

DOSM Gombak telah menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam dan Kempen Jalur Gemilang Peringkat Daerah Hulu Selangor Tahun 2025 yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor bertempat di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Dalam perhimpunan ini juga YBrs. Tuan Haji Yuhanas Auree bin Kamaruddin, Pegawai Daerah Hulu Selangor telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua ketua jabatan di Daerah Hulu Selangor bersempena dengan Bulan Kemerdekaan.






Bagi pihak DOSM Gombak, kehadiran telah diwakili oleh En. Abdul Rahim bin Shaharudin dan En. Aidil Ariff bin Asyurisham.
Baca selanjutnya...

18 Aug 2025

Karnival Sukan & Statsrun Sarawak 2025

 Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.


14-17 Ogos 2025- Kuching, Sarawak.


Kontinjen Zon Tengah yang terdiri daripada atlet-atlet dari DOSM Selangor dan DOSM Wilayah Persekutuan telah menyertai  Sarawak Sports Carnival 2025 yang berlangsung di Sarawak Sports Village pada 14 – 17 Ogos 2025.


Sepanjang karnival ini, kontinjen Zon Tengah telah menyertai pelbagai acara seperti perbarisan kontinjen, bola sepak dan bola jaring yang bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, tetapi juga menonjolkan semangat setiakawan, disiplin serta kebersamaan antara jabatan dan zon.


Tidak cukup dengan itu, para peserta turut menyertai Sarawak Statsrun 2025 yang berlangsung di Dataran Waterfront, Kuching pada 17 Ogos 2025. 


Puan Jay melepaskan Wakil PPG; Zulrusdi, Afiq, Fadzly & Ainun...




perlawanan bola sepak persahabatan antara DOSM All Stars vs Veteran Sarawak

acara StatsRun


Penyertaan ini bukan sekadar bersaing di arena sukan, malah menjadi platform untuk memperkukuh jaringan ukhuwah, kerjasama serta membina semangat kebersamaan antara jabatan di seluruh negara.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas usaha gigih, semangat kesukanan dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan sepanjang karnival ini walaupun pasukan Zon Tengah tidak berjaya memperolehi keputusan yang membanggakan dalam acara yang disertai kali ini. Semoga beroleh pencapaian yang lebih baik dalam Sukan Statistik Kebangsaan (SSK) di Pagoh nanti.

Baca selanjutnya...

13 Aug 2025

Sesi Perjumpaan Pengarah Bersama Atlet DOSM Selangor Yang Akan Mewakili Zon Tengah ke Karnival Sukan di Sarawak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

"Dari padang bola ke gelanggang netball, misi Zon Tengah kini terbang jauh ke Bumi Kenyalang!
Bukan sekadar lawan, tapi nak bawa balik piala, eratkan ukhuwah.




Ayuh warga DOSM Selangor, kita bagi semangat padu untuk atlet bola sepak & bola jaring DOSM Zon Tengah yang akan berjuang di Sarawak! 💪🔥


Baca selanjutnya...

9 Aug 2025

Forest Merdeka Run 2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

9 Ogos 2025 (Sabtu) - Warga Pejabat Perangkaan Gombak turut serta dalam Forest Merdeka Run anjuran FRIM Kepong. Terima kasih kepada FRIM atas jemputan! 








Tahniah juga diucapkan kepada FRIM atas pengiktirafan berprestij yang menjadikan FRIM Forest Park Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO ke-6 di Malaysia. 

Jom amalkan gaya hidup sihat.
Baca selanjutnya...

4 Aug 2025

Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

4 Ogos 2025 (Isnin) - Pejabat Perangkaan Gombak turut strim secara langsung Majlis Perhimpunan Penjawat Awam bersama-sama YAB Dato' Menteri Besar Selangor dan Pelancaran Bulan Kebangsaan serta Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025.







Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.