Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

29 Jul 2025

Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Selangor

29 Julai 2025 (Selasa) - Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Selangor dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor di Hotel Wyndham, Klang. 

Hadir sama, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia merangkap Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024, serta barisan kepimpinan negeri dan persekutuan termasuk Y.B. Dato' IR. Izham Hashim (EXCO Pertanian Selangor), Dato' Mohd Yazid Sairi dan Dato' Johary Anuar dari Pejabat SUK Selangor dan Puan Hartini Yaacob (Pengarah DOSM Selangor). Turut hadir, wakil agensi dan jabatan, rakan media serta para responden dan pertubuhan berkaitan pertanian.

Laporan interim ini membentangkan dapatan awal Banci Pertanian 2024 dan menjadi asas penting dalam perancangan pembangunan sektor pertanian yang lebih mampan dan berdaya tahan di Negeri Selangor.

Turut diadakan bersempena majlis peluncuran ini adalah forum Agrotalk@Selangor yang bertajuk  "Antara Cabaran, Inovasi dan Masa Depan Lestari" dipengerusikan oleh Encik Wan Mohammad Zukarnain bin Baharudin, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Jabatan Pertanian Negeri Selangor.
Dua orang panel jemputan adalah daripada wakil usahawan penternakan, Encik Mohd Faizul bin Ismail dan Dr. Vijaya Subramaniam, Pegawai Penyelidik, Lembaga Minyak Sawit (MPOB).











Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk wakil dari PPG yang bertugas melancarkan perjalanan majlis.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.