Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

14 Jun 2025

Treking ke Air Terjun Lata Gapi, Serendah

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

14 Jun 2025 (Sabtu) - Seramai 22 orang anggota PPG telah menyertai aktiviti treking ke Air Terjun Lata Gapi, Serendah. Ini merupakan aktiviti pertama yang dianjurkan oleh KPPEG di bawah jawatankuasa yang baharu dilantik tempoh hari bagi sesi 2025-2026. 

Jarak laluan treking ke Lata Gapi ini hanyalah kira-kira 4km pergi dan balik. Laluan pun kebanyakannya landai sahaja, tidak perlu mendaki cerun curam sangat. Beberapa kali juga perlu meredah anak sungai yang cetek. Boleh jalan santai-santai sahaja... sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak hingga warga emas.

Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dan kerjasama sesama anggota PPG. Sekali-sekala buat aktiviti sihat begini dapat juga menenangkan fikiran setelah penat otak bekerja. Tak percaya, lihatlah wajah ceria masing-masing.... 











Sayang sekali kerana ramai lagi anggota lain yang tidak berkesempatan menyertai kerana sibuk dengan urusan masing-masing. Tak apa, lain kali kita buat lagi, harapnya lebih ramai dapat menyertai.
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.