Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

26 Mar 2025

Program Ihya Ramadan POG 2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

26 Mac 2025 (Rabu) - POG telah mengadakan Program Ihya Ramadan untuk menyemarakkan keberkatan Ramadan dengan menyumbang kepada Pertubuhan Kebajikan Ehsan As-Shakur (PEKEAS) di Bandar Tasik Puteri, Rawang, yang menempatkan anak-anak yatim dan asnaf serta warga emas.

Seluruh Warga PEKEAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah
menyumbang segala bentuk sumbangan kepada PEKEAS. Semoga segala sumbangan menjadi bekalan indah menuju ke akhirat kelak.





Sabda Rasulullah s.a.w : 
“Apabila Mati Anak Adam Akan Terputuslah Segala Amalannya Kecuali Tiga Perkara Iaitu Sedekah Jariah, Ilmu Dimanfaatkan Dan Anak Soleh Yang Mendoakannya”
(Hadis Riwayat Muslim)
Baca selanjutnya...

Survei Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

DOSM Gombak sedang melaksanakan Survei Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri sepanjang bulan Ramadan bermula 𝟐 - 𝟑𝟎 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝟏 - 𝟐𝟗 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇) secara temuramah bersemuka meliputi bazar terpilih di daerah Gombak dan Hulu Selangor.

Antara bazar- bazar yang terpilih adalah:

1. Bazar Ramadhan Stadium Selayang
2. ⁠Bazar Taman Tun Teja, Rawang
3. ⁠Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri
4. ⁠Bazar Ramadan Bukit Beruntung
5. Bazar Ramadan Taman Bersatu
6. Bazar Ramadan & Aidilfitri JRD Batang Kali 
7. ⁠Bazar Aidilfitri Taman Seri Gombak 

Tujuan pelaksanaan Survei Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri adalah untuk mengumpul maklumat  dan harga bagi item terpilih serta popular untuk melihat berbandingan harga di seluruh Malaysia.

Terima kasih kepada responden yang sudi memberikan kerjasama dalam pelaksanaan survei ini.


















Baca selanjutnya...

19 Mar 2025

Majlis Berbuka Puasa POG 2025

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

19 Mac 2025 bersamaan 18 Ramadan 1446H (Rabu) - Kelab Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Nur Izyan, Restoran Tuuu… Dia Pak Tam Selayang,








Acara tahunan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah sesama anggota dan ahli keluarga masing-masing. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis ini.

Baca selanjutnya...

14 Mar 2025

Majlis Iftar Ramadan 1446H DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Shah Alam, 14 Mac 2025 – KSKS DOSM Selangor telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadan 1446H di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk warga kerja DOSM Selangor.

Majlis pada kali ini dianjurkan oleh  bertujuan mengeratkan ukhwah bersama warga kerja jabatan ini di samping dapat memuliakan bulan Ramadan yang barakah ini. Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis dimulakan dengan alunan selawat dan munajat Ramadan yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syawal bersama kumpulan Qasidah Hadrah An-Najihin Al-Mustofa. YBhg. 

Dato’ Sri Dr Ketua Perangkawan juga turut berbesar hati menyampaikan serahan Infaq Kasih Ramadan kepada ibu tunggal dan anak yatim. Tidak lupa juga duit raya untuk anak-anak yang hadir. Selesai Tarawih, beliau turut meluangkan masa moreh bersama warga kerja. 







Terima kasih kepada semua warga POG yang turut hadir memeriahkan iftar kali ini.
Baca selanjutnya...

7 Mar 2025

Ceramah: Ramadan & Al-Quran: Dua Cahaya yang Membimbing

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

7 Mac 2025 (Jumaat) - Pejabat Operasi Gombak telah mengadakan majlis bacaan surah Al-Kahfi, Yasin dan Ceramah Ramadan yang bertajuk "Ramadan & Al-Quran: Dua Cahaya yang Membimbing".

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mejar Dr Hj Muhammad Syukri Hj Zahari Al-Hafiz atas perkongsian ilmu yang berharga serta kepada semua pihak yang telah hadir dan memberikan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi panduan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga kita terus diberi kesempatan untuk menghadiri majlis ilmu pada masa akan datang.










Selesai majlis, sempat pula shooting video ucapan Aidilfitri POG...




Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.