Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

17 Dec 2025

Sesi Taklimat Operasi Banci Ekonomi 2026 DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

SHAH ALAM │ 17 Disember 2025

Sesi Taklimat Operasi Banci Ekonomi 2026 telah diadakan di Ballroom, Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, SUK Selangor. 

Taklimat yang disampaikan oleh Puan Wan Roslida, Timbalan Pengarah DOSM Selangor ini bertujuan untuk memberikan penerangan terperinci kepada semua anggota yang terlibat mengenai mekanisme operasi serta gerak kerja lapangan bagi memastikan kualiti data Banci Ekonomi 2026 di tahap yang optimum. 





Semoga segala ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan sepenuhnya semasa operasi sebenar nanti. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Baca selanjutnya...

Majlis perjumpaan Bersama Pengarah serta Majlis Bingkisan Kasih Sanjungan Budi Pengarah DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Shah Alam │17 Disember 2025
Ballroom Dewan Jubli Perak, SUK Selangor

Sekali lagi Warga DOSM Selangor dapat berkumpul di Majlis Perjumpaan Bersama Pengarah 2025 sekaligus Majlis Bingkisan Kasih Sanjungan Budi khas buat Pengarah DOSM Selangor; Puan Hartini Binti Yaacob. 

Majlis berlangsung dengan suasana santai...sesekali terbawa emosi bila Puan Hartini bergenang air mata sambil menyampaikan amanat. Terima kasih puan atas kepimpinan, bimbingan dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang tiga tahun sembilan bulan ini. Kenangan ini akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.



cenderahati dari warga PPG

turut menyampaikan hadiah tempat kedua 
pertandingan dekorasi hari raya yang dimenangi oleh PPG




En. Zul menyumbangkan suara dengan lagu Bintang ditujukan khas buat Puan Pengarah

bersama sebahagian warga PPG

bersama warga DOSM Selangor

Bintang kau pergilah..🎵
Kerna itulah yang terbaik untukmu
Kita akan tetap bersama…Cuma lain suasana...🎶

Baca selanjutnya...

16 Dec 2025

Program Kampung Angkat Madani di Kampung Baharu, Sabak Bernam

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

13-15 Disember 2025 - Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah menganjurkan Program Kampung Angkat Madani bertempat di Kampung Baharu, Sabak Bernam yang juga merupakan kampung kelahiran Ketua Perangkawan Malaysia, Dato' Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.


Warga PPG turut terlibat menjayakan program tersebut selaku jawatankuasa logistik.

Pelbagai aktiviti dalam Program Kampung Angkat MADANI telah dilaksanakan dengan jayanya yang memberi manfaat kepada warga Kampung Baharu:

Larian FitDOSM Santuni Kampungku MADANI

Kejohanan Bola Sepak Bawah Umur 10 & 12 tahun  Piala Ketua Perangkawan Malaysia 2025

Pertandingan Memasak & Dekorasi Pulut Kuning MADANI

Majlis Rewang Santuni Kampungku MADANI

Kuliah Maghrib dan Kuliah Subuh

Majlis Makan Malam Santuni Kampungku MADANI

Pertandingan Gubahan Buah-buahan Kampungku MADANI

Promosi Pelaksanaan Banci Ekonomi 2026

Sukaneka Kampungku MADANI bagi kategori kanak-kanak dan dewasa

Pertandingan Memancing Kampungku MADANI

Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma 

Mercu tanda Kampung Angkat Madani


GALERI KENANGAN WARGA PPG





















Baca selanjutnya...

29 Nov 2025

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Aidil

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada En. Aidil Ariff bin Asyurisham, Pembantu Perangkaan E1, telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada jam 7.41 pm, 28 November 2025.

Bayi yang dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya itu dinamakan Muhammad Ali Imran bin Aidil Ariff.


Tahniah kepada En. Aidil dan isteri sempena kelahiran cahaya mata sulung mereka itu.

Kami warga PPG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga putera mereka bakal menjadi anak yang soleh... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

18 Nov 2025

Kerja Lapangan Semakan Rangka Ekonomi dan Program Retreat PPG di Kalumpang

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

17-18 November 2025 | Hulu Selangor

Banci Ekonomi (BE) 2026 akan bermula awal tahun depan. Kerja di lapangan bagi menyemak rangka Banci Ekonomi sedang giat dijalankan oleh anggota DOSM Selangor termasuk di PPG. Kali ini anggota Tetap & PMS PPG telah turun padang bertemu pemilik perniagaan di sekitar daerah Hulu Selangor.


Selesai melaksanakan tugasan di lapangan, sempat juga Kelab PPG mengadakan program retreat/team building untuk semua anggota PPG yang terlibat bertempat di Sri Damai Resort, Kalumpang.

Antara aktiviti yang sempat dijalankan :

Merentas halangan dan aktiviti air dengan meredah sungai


solat maghrib dan isyak berjemaah serta doa selamat sempena BE2026


makan malam bersama


FitDOSM & brisk walk



Semoga aktiviti ‘team building’ ini dapat meningkatkan semangat berpasukan, membina hubungan yang lebih erat dan komunikasi yang lebih efektif di antara anggota PPG seterusnya segala tugasan yang diamanahkan menjadi lebih lancar.

Selesai program, semua peserta terlibat menyambung kembali tugasan masing-masing untuk hari kedua di sekitar daerah Hulu Selangor.



Baca selanjutnya...

15 Nov 2025

Sesi latihan menemuramah pelajar Universiti Malaya bersama DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

15 November 2025 - Hari ini berlangsung sesi latihan menemuramah bersama yang melibatkan para pelajar dan pensyarah Universiti Malaya bersama DOSM Selangor di sekitar Seksyen 17, Shah Alam. Anggota PPG dari Unit Isi Rumah turut terlibat dalam sesi ini.

Sebelum turun padang, semua petugas & pelajar diberi taklimat ringkas tentang prosedur kerja luar, kaedah temu ramah, keselamatan, etika profesional, serta pematuhan kepada SOP DOSM. 
Sesi ini penting untuk memastikan setiap tugasan di lapangan berjalan lancar, teratur dan menepati standard pengeluaran statistik rasmi negara.







Langkah kecil sebelum kerja bermula, tapi kesannya besar untuk memastikan data yang dikumpul adalah tepat, berkualiti dan berintegriti.
Baca selanjutnya...

11 Nov 2025

Sesi Libat Urus Banci Ekonomi (BE) 2026 bersama Stakeholders Negeri Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

11 November 2025 - Sesi Libat Urus Banci Ekonomi 2026 Bersama Stakeholders mendapat sambutan daripada pemain industri dan persatuan peniaga di negeri ini. Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi; Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor turut meluangkan masa merasmikan dan menyokong pelaksanaan Banci Ekonomi yang ke-6 bermula awal Februari tahun depan melibatkan 300,000 syarikat berdaftar.


Sesi ini membuka ruang kepada pelbagai pihak berkepentingan Negeri Selangor untuk berkongsi pandangan, idea dan input ke arah memperkukuh pelaksanaan dasar berasaskan data.

Terima kasih kepada semua rakan strategik yang telah hadir dan terus menyokong misi DOSM ke arah ekosistem data yang inklusif dan mampan.








Warga PPG sekali lagi diberi tanggungjawab melaksanakan tugasan selaku sebahagian ahli Jawatankuasa Program & Protokol bagi memastikan kelancaran perjalanan majlis dari mula hingga  ke akhir.
Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.