Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

14 Nov 2024

Sesi Perjumpaan bersama Pengarah DOSM Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

14 November 2024 - Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Warga Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Selangor telah diadakan di  Banquet Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Negeri Selangor.

Puan Hartini binti Yaacob, Pengarah DOSM Selangor turut menyampaikan ucapan dan memberi ucapan penghargaan kepada warga jabatan kerana telah berusaha melaksanakan projek sebaiknya.

Seterusnya, diadakan juga sesi team building warga kerja DOSM Selangor bagi memantapkan lagi hubungan sesama anggota. 













Tahniah juga diucapkan kepada team Prosesan, Perkhidmatan dan Harga-Harga yang menjuarai kemenangan pada sesi team building. Majlis ini dihadiri oleh semua kakitangan tetap DOSM Selangor.

Baca selanjutnya...

8 Nov 2024

Sesi Review Pasca Banci Pertanian 2024 peringkat Daerah Gombak dan Petaling

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

𝟖 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 - Sesi Review Pasca Banci Pertanian 2024 peringkat Daerah Gombak dan Petaling telah diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam.

Tujuan sesi review ini adalah untuk menilai dapatan awalan Banci Pertanian 2024 dan membandingkannya dengan data yang sedia ada di pelbagai agensi di peringkat daerah. Selain daripada itu tujuan adalah untuk meninjau hasil awalan banci serta menyediakan platform bagi perbincangan mengenai input dan penambahbaikan data yang diperlukan. Diharapkan perbincangan ini dapat membantu pihak DOSM dalam menghasilkan laporan Banci Pertanian yang lebih komprehensif dan tepat.

Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024 bagi Negeri Selangor, Puan Hartini binti Yaacob, serta wakil dari Ibu Pejabat, Puan Komathi a/p Pindaya, bersama pengiringnya, Pn Josephin Puis dan Encik Ahmad Shahrul.

Antara agensi yang hadir adalah Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Gombak, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Pihak Berkuasa  Tempatan MBSA, MBSJ, MBPJ, MPS, MPAJ, Pejabat Pertanian Daerah Gombak/Petaling, Pejabat Perikanan Daerah Gombak/Petaling, , Pejabat Veterinar Daerah Gombak dan Petaling, Pertubuhan Peladang, Pejabat RISDA, MARDI Kundang, Jabatan Perhutanan, FAMA, FRIM dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor.











DOSM Selangor ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi pertanian yang hadir atas komitmen dan kerjasama yang cemerlang dalam Sesi Review Pasca Banci Pertanian 2024 Daerah Gombak dan Petaling hari ini.

Baca selanjutnya...

4 Nov 2024

Stats Run 2024 (Fun Run 7.5km)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

3 November 2024
Program Stats Run 2024 (Fun Run 7.5KM) telah diadakan di Straits Quay, Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Turut dijalankan acara larian obor sempena sambutan Jubli Intan 75 tahun DOSM. Antara acara menarik lain adalah mini karnival dan cabutan bertuah.

POG turut menghantar wakil ke program tersebut diketuai oleh Ketua P.O, Puan Jay Purani.







Tahniah buat semua peserta.
 


Baca selanjutnya...

1 Nov 2024

Berakhir Sudah Operasi Banci Pertanian 2024

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Banci Pertanian 2024 telah melabuhkan tirainya. Lebih 11,000 tempat kediaman dan pertubuhan yang terlibat dalam aktiviti pertanian di daerah Gombak dan Hulu Selangor telah diliputi sepanjang tempoh bancian mulai 7 Julai hingga 31 Oktober 2024. 

Pekebun, pesawah, penternak, nelayan, petani berskala besar hingga skala kecil telah kami banci.
Pelbagai pengalaman pahit manis dilalui para pegawai, penyelia dan juga pembanci sepanjang melaksanakan proses pembancian bertemu pengusaha aktiviti pertanian hingga ke kebun, kebun komuniti, ladang, kolam, reban dan kandang. Pelbagai cabaran juga ditempuhi termasuk menyusuri jalan berlopak, meredah sungai dan mendaki bukit. Pastinya menjadi pengalaman berharga bagi semua yang terlibat.

Ini sebahagian gambar-gambar semasa pembancian :



                            Operasi banci dmulakan dengan majlis bacaan Yasiin dan solat hajat



Bermulalah operasi banci


















Seronoknya masing-masing bila dapat bawa balik buah tangan...







Majlis meraikan tamatnya operasi banci di Ramly Bistro...

meraikan tamat operasi banci di Ramly Bistro



Jutaan terima kasih diucapkan kepada responden yang memberikan kerjasama yang baik semasa Banci Pertanian ini dijalankan.

Tahniah jua buat semua yang terlibat menjayakan banci ini.
 
"Banci Pertanian, Kunci Kemajuan Pertanian"

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.