Sepatah Dua Kata

Blog Kelab Pejabat Perangkaan Gombak ini diwujudkan sebagai wadah perkongsian maklumat khususnya sesama ahli kelab dan juga sesama rakan-rakan lain di DOSM umumnya. Blog ini akan melaporkan segala perkembangan aktiviti kelab dan juga segala peristiwa yang berlaku di PP Gombak. _________________________________________________________________________________________

25 Oct 2024

Kelahiran Cahaya Mata : Tahniah En. Shahrul

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa isteri kepada En. Mohd Shahrul bin Johari, Pembantu Khidmat Am H1, telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada jam 12.03 am, 24 Oktober 2024.

Bayi yang dilahirkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya itu dinamakan Nur Dhiya bt Mohd Shahrul.


Tahniah kepada En. Shahrul dan isteri sempena kelahiran cahaya mata kedua mereka itu.

Kami warga POG mendoakan semoga kehidupan mereka sekeluarga dirahmati, diberkati, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta semoga puteri-puteri mereka bakal menjadi anak yang solehah... aamiinn. Insya Allah.
Baca selanjutnya...

24 Oct 2024

Sesi Review pasca Banci Pertanian 2024 Peringkat Daerah Kuala Selangor & Hulu Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

24 Oktober 2024 - Sesi Review Pasca Banci Pertanian 2024 Peringkat Daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor telah diadakan di Hotel De Palma Resort, Kuala Selangor

Sesi ini merupakan sesi penting yang perlu dilaksanakan bersama agensi-agensi pertanian di setiap daerah. Ia bertujuan untuk menilai dapatan awal Banci Pertanian 2024, serta membuat perbandingan dengan data-data pentadbiran sedia ada yang dipegang oleh pelbagai agensi di peringkat daerah. Sesi ini bukan sahaja bertujuan untuk meninjau hasil awal banci, tetapi juga menyediakan platform untuk perbincangan mengenai input dan penambahbaikan data yang diperlukan. Perbincangan ini akan membantu pihak DOSM dalam menghasilkan laporan Banci Pertanian yang lebih komprehensif dan tepat.






Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024 bagi Negeri Selangor, Puan Hartini binti Yaacob, serta wakil dari Ibu Pejabat iaitu Puan Komathi Pindaya dan pengiringnya, Encik Ahmad Shahrul. Terima kasih diucapkan kepada semua agensi-agensi pertanian yang hadir dan memberi kerjasama yang baik dalam Sesi Review Pasca Banci Pertanian 2024 Daerah Kuala Selangor dan Hulu Selangor hari ini.

Baca selanjutnya...

20 Oct 2024

Program Satu Pemimpin, Satu Kampung sempena Hari Statistik Negara 2024 peringkat Negeri Selangor

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

19 Oktober 2024 (Sabtu) - Masjid Jamek Mahmudiah, Kampung Baharu, Sabak Bernam.

Program Satu Pemimpin, Satu Kampung anjuran Jabatan Perangkaan sempena Hari Statistik Negara 2024 peringkat Negeri Selangor!


Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan yang turut dihadiri beberapa anggota POG :

- Program Santuni Madani Bersama Komuniti Kampung Baharu 
- Larian FitSantuni Madani 
- Kejohanan Bolasepak Bawah Umur 10 & 12 tahun
- Sukaneka Mewarna Dewasa dan Kanak-Kanak 
- Reruai Pelbagai Agensi Kerajaan 
- Merewang 
- Gotong-Royong Bersihkan Kubur 
- Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma 














Baca selanjutnya...

3 Oct 2024

Banci Pertanian 2024 di kebun-kebun komuniti sekitar daerah Gombak

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pelaksanaan Banci Pertanian bertempat di kebun-kebun komuniti  sekitar daerah Gombak pada sepanjang minggu ini:

1. Kebun Komuniti Gombak Utara
2. Kebun Komuniti Flat Dadimur, Batu Caves
3. Kebun Komunit Taman Rakyat Greenwood, Batu Caves
4. Kebun Komuniti Kampung Sungai Tua Baharu, Batu Caves
5. Kebun Komuniti Kampung Baru Batu Caves 
6. Kebun Komuniti Persatuan Penduduk Taman TAR, F1, Zon 1









Terima kasih jua diucapkan kepada semua pengusaha kebun komuniti  yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam memberikan maklumbalas menjawab borang soal selidik Banci Pertanian 2024.

Untuk maklumat lanjut, layari portal Banci Pertanian melalui pautan: http://www.myagricensus.gov.my

"Banci Pertanian, Kunci Kemajuan Pertanian"

Baca selanjutnya...
 
PENAFIAN: Kelab P.O Gombak (K-POG) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.